Apa yang kita nak sebenarnya ?

Saya sudah publish video berkaitan “Apa yang kita nak sebenarnya” di  saluran Youtube dan Page Facebook.

Dua platform ini saya akui mencabar untuk digunakan.

Ambil masa.

Dalam penulisan pun sama.

Tetap juga ambil masa.

Berita baiknya menulis boleh diedit dan ‘diadjust’ agar lebih baik dan lebih sempurna.

Video tidak begitu.

Video lebih spontan dan perlu banyak perkara untuk diperkatakan.

https://www.youtube.com/watch?v=VB32KXDHcD8

Kita lupakan dulu perkara tersebut.

Berbalik kepada topik yang ingin saya kongsikan di sini.

Apa yang kita nak sebenarnya ?

Tanya kepada diri sendiri.

Tanya pada hati.

Secara jujur dan telus.

Bukan kepada orang lain.

Kepada diri sendiri juga.

WAJIB BACA :   Dua Jiwa Satu Cinta

Setelah tahu apa yang diingini sekarang fikir cara bagaimana untuk mencapainya.

Saya bagi contoh kepada diri sendiri.

Saya ingin membina keluarga yang bahagia dan penuh kasih sayang.

Langkah pertama tentulah mencari calon yang berkenan dengan kita dan kita pun berkenan dengannya.

Oleh itu saya wajib memikirkan cara untuk mencapainya.

Antaranya saya perlu ada kerjaya dan sumber kewangan yang tetap.

Alhamdulillah, saya sudah memilikinya.

Bagaimanapun saya belum boleh rasa selesa.

Saya wajar menyediakan rumah yang lebih selesa, kenderaan yang baik dan tabungan kewangan yang mantap lagi stabil.

Jadi saya telah mengambil keputusan untuk menceburi perniagaan yang sangat menarik, potensi yang sangat besar tetapi permulaan modal yang terjangkau.

WAJIB BACA :   5 amalan sebelum tidur untuk cipta kejayaan luar biasa 2020

Artikel tentang perkara tersebut telah saya tulis dalam pautan berikut.

BISNES APA PALING SENANG NAK BUAT

18 thoughts on “Apa yang kita nak sebenarnya ?”

  1. Apa yang kita nak sebenarnya?

    Susah juga nak jawab soalan ini.
    Selama aku hidup, banyak benda yang aku nak [baca: angan-angankan] tapi bukan semuanya boleh dicapai pon. Asasnya, nak capai kena usaha, rajin dan terus belajar/cuba.

    Keinginan itu sentiasa berubah dan tak pernah puas untuk dicari dan dikejar. Selepas capai yang ini, nak yang lain pula. Selepas gagal yang ini, cuba yang lain pula. Itulah yang akan terus berulang-ulang.

    Secara amnya, aku nak [1]konsisten, [2]fokus, [3]tetap pendirian dan [4]kecukupan dalam segala hal.

    Kalau dalam bab materialistik, semuanya aku nak. Rumah, motor, kereta, simpanan banyak, saham untung, perniagaan maju, keluarga bahagia dan sebagainya. Apa yang orang lain ada, aku nak. Tapi yang paling penting aku nak merasa [4]cukup. Itu penting supaya aku tahu bersyukur.

    Ini komen first, jadi
    Selamat berkenalan.


    Konabareng recently posted…10 Sebab MESTI Jadi Ahli KoPPIMMy Profile

    Reply
  2. sy x ada jawapan yg specific. buat masa skrg sy cuma nak hidup tenang, sihat dan dapat beribadah dgn selesa.

    Reply
  3. Soalan yang bagus, tapi salah soalan.

    soalan yang betul adalah “apa yang prospek saya nak?”

    dan “bagaimana produk/servis/tulisan saya dapat bantu prospek saya?”

    hehe saja usik bro. tengok bro masih teruskan menulis blog setiap hari, buatkan saya mahu aktif balik tulis post di blog saya.

    – hypnotistblogger

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge