Saya menukar tabiat makan roti canai kerana khasiat tosai. Jumaat lepas, tercapai hajat makan tosai.
Saya pilih tosai keju dengan secawan teh tarik.
Jujurnya, ini bukan pertama kali saya makan tosai,
Dari segi rasa memang sedikit masam tetapi sedap hampir menjilat telapak kaki.
Boleh kenyang sebagaimana makan nasi.
Kira ok la.
Harga dalam RM7.50 beserta teh tarik.
Sedikit mahal namun masih boleh dianggap berpatuttan.
Tosai boleh dimakan pagi, petang atau malam.
Tapi paling sesuai untuk minum pagi atau petang.
Tosai diperbuat daripada tepung beras.
Jika nak belajar tosai boleh pergi ke laman web Hairul.com
Nama lain bagi tosai ialah dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli/
Apakah khasiat tosai yang jarang dihebahkan ?
Ada 3 khasiat tosai
1.Rendah kolestrol
Ia juga kurang menggunakan minyak kerana tidak digoreng seperti goreng pisang atau cucur.
2.Rendah lemak
Bahan utama tosai adalah beras dan merupakan makanan yang ruji rakyat Asia.
3.Mudah dihadam
Mudah hadam kerana seperti makanan bayi hehehe.
4.Kaya karbohidrat
Makanan yang boleh bekal tenaga untuk pekerjaan seharian.
5.Kaya protein
Jika menggunakan kacang dhal, memang menjadi sumber protein.
Kesimpulan
Ironinya bersyukur tinggal di Malaysia kerana boleh menikmati pelbagai makanan dari negara luar seperti capati, sushi, pizza dan tosai.
Bukan setakat menikmati kesedapan makanan malah merasai khasiat tosai umpamanya.
Apapun jom share makanan yang kalian suka dengan harga murah namun tinggi khasiat.
Barulah berbaloi dan bernilai dengan wang yang dibelanjakan.
betul tu, tosai tak guna minyak.
So pilihan yg bagus utk mrk yg tak suka mknn berminyak terutama yg muka berjerawat.
Hairul recently posted…Cara Pasang Lampu & Wiring Di Tempat Baru. Jual Putu Mayam Di Pasar Tani.
ya…bro…Tosai makanan sihat
Saya suka laksa utara atau laksa lemak.
wah…peminat laksa rupanya…boleh juga cuba kalau jumpa laksa Sarawak
saya memang peminat tosei berbanding nasi lemak. capati pun sihat dan kenyang.
Wah ada peminat tosai rupanya…baguslah kalau begitu
tosai mmg berkhasiat kalau x de kuahnya hahhaha
kuah pilih kacang dhal…ia memang beekhasiat juga
Saya tak pernah cuba tosei keju. Tapi saya pernah maka tosei bawang dan cili. Terangkat! Hehe..
Nur recently posted…Pening
Memang sedap juga keju tu..tapi tak letak banyak…