Ada persoalan yang perempuan nak tahu iaitu kenapa lelaki tak nak lepaskan kita? Oh, ya artikel ini cukup santai dan ringan.
Saya ingin berbicara tentang kemanusiaan atau perhubungan lelaki dan perempuan .
Sebagai lelaki saya terpanggil untuk bagi pandangan dan pendapat peribadi.
Ingat, tidak semestinya betul dan mungkin juga ada salahnya.
Lelaki dan perempuan berbeza.
Perbezaan tersebut memerlukan satu sama lain.
Keperluan yang membentuk kesempurnaan.
Lelaki yang hebat terlihat dengan ketokohan dan kepimpinan.
Selain bertanggungjawab, amanah dan boleh dipercayai.
Bonus kalau kacak, hitam dan tinggi.
Lelaki begini ada potensi untuk jadi suami unggul seperti dalam SuamiUnggul.com
Perempuan pula kelihatan sempurna jika ada keperibadian lemah-lembut, sopan-santun dan taat-setia.
Selain itu ada pakej bonus seperti cantik, ramping dan putih mulus.
Extra bonus jika faham agama.
Kenapa lelaki tak nak lepaskan kita
Andainya ada ciri tersebut maka wanita seperti ini jadi sebab utama
kenapa lelaki tak nak lepaskan mereka.
Apa yang berlaku pada hari ini banyak cerita sensasi yang tidak sedap didengar.
Tetapi ramai yang nak tahu kerana melibatkan selebriti, influencer dan orang terkenal.
Jika ditanya kali kedua kenapa lelaki tak nak lepaskan kita?
Jawapan mudah saya melibat kepada panjang akal dan pendek akal.
Panjang akal milik lelaki kerana otak lebih dominan.
Pendek akal milik perempuan kerana emosi jadi keutamaan.
Lelaki yang panjang akal dan tentunya matang akan berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.
Kesan baik dan kesan buruk akan dipertimbang tiga hari dan tiga malam.
Lelaki tidak mudah melepas ikatan yang sah lagi sahih.
Benak fikiran lelaki akan ligat cari 101 jalan penyelesaian.
Penyelesaian kepada kerumitan dengan harapan ada cahaya di hujung terowong.
Lelaki lebih optimis, bersangka baik dan bijak menangani emosi yang terbungkam.
Masa jadi indikator kesabaran.
Walaupun bukan semua bersikap demikian namun majoriti harus dijadikan sandaran demi sebuah kebenaran.
Itulah sedikit jawapan saya kepada persoalan kenapa lelaki tak nak lepaskan kita ?
Percayalah lelaki dan perempuan dicipta untuk saling memerlukan dan berpasangan baik di dunia mahupun di akhirat.
Semoga ada pencerahan minda dan sekelumit manfaat untuk kalian semua.
Adakah ini ada kena mengena dengan kes rumahtangga artis yang tengah naik turun court tu? Hehe.. kalau tak nak lepaskan, kenapa lukakan hati isteri dengan pasang orang lain? 😁
Nur recently posted…Kepanasan
hahahaha…soalan maut.
Namun penulisan ini tidak kena mengena dengan sapa-sapa
sekadar untuk test kata kunci tersebut
pakej bonus tu sy mmg x de langsung. tp kalau sbb (pompuan) kaya pun lelaki payah jg kan nk tinggalkan?🤭
tiada jawapan yang salah atau betul kerana semuanya subjektif kepada keadaan dan individu itu sendiri
terima kasih pencerahan!
sama-samma Uncle
saya ada boyfriend yang katanya keliru dengan perasaan dia terhadap saya , bila kami bincang untuk berpisah , bf saya tak nak pisah tapi sikap, cara dia dah berbeza . dia masih nak saling berhubung dengan saya tapi agak berbeza dari dulu. apa yang patut saya buat?
Kalau setakat boyfriend dan tiada niat untuk lebih serius…saya sarankan lebih baik berpisah.
cari yang lain …mungkin ada yang lebih baik dan itu yang sepatutnya
hidup ini banyak pilihan