7 kelebihan Telegram daripada Whatsapp

Kelebihan Telegram daripada whatsapp amat mengujakan. Jika nak tahu teruskan bacaan dan ini pasti mengejutkan buat kalian.

Aplikasi Telegram lebih kemudian wujud berbanding Whatsapp.

Atas sebab itu penggunaan Whatsapp lebih luas dan popular.

Namun begitu ada 7 perkara yang ada pada Telegram mendahului Whatsapp.

Lepas ini, Whastapp bukan terlalu sempurna buat kita.

Cuma persamaan yang nyata, kedua-dua aplikasi ini belum berbayar atau masih percuma.

Jom kita bongkar kelebihan telegram daripada whatsapp.

Kelebihan Telegram daripada Whatsapp

kelebihan Telegram daripada Whatsapp

1.Gambar lebih baik

Mutu gambar yang dihantar menggunakan Telegram lebih jelas dan berkualiti. Tiada isu kualiti gambar downgrade.

2.Setting privacy

Perkara ini sangat penting jika melibatkan urusan duit, peribadi dan sebagainya. Telegram ada fungsi ini berbanding Whatsapp.

WAJIB BACA :   Kisah Cinta Yang Menyentuh Hati Wanita

3.Boleh hantar fail besar

Telegram tidak kedekut dalam bab ini. Gambar boleh dihantar dengan saiz sehingga 1.5GB berbanding Whatsapp sekitar 100MB. ( sekarang boleh cecah 2GB)

4.Akaun selamat

Andainya kalian ada teruninstall Telegram, jangan risau. Akaun tersebut masih wujud tanpa apa-apa perubahan bila diinstall kembali.

5.Channel tiada had

Telegram boleh muat seberapa banyak pengguna. Grup Whatsapp hanya mampu 256 orang sahaja.

6.Grup Telegram

Ahli yang baharu masuk dalam grup Telegram boleh membaca posting sebelum mereka masuk. Fungsi ini sangat membantu kepada golongan pelajar untuk tidak ketinggalan ilmu yang dikongsikan.

7.Ada user name

Fungsi ini tidak mendedahkan kita kepada pihak yang berhati hitam. Dalam bahasa lain boleh terselamat dari diintai oleh golongan scammer.

WAJIB BACA :   Projek Pendapatan Sampingan Pilihan Ramai

Kesimpulan

Cukuplah setakat ini perkongsian saya tentang kelebihan Telegram daripada Whatsapp.

Apa yang penting, aplikasi Telegram amat membantu dan memudahkan urusan pekerjaan atau perniagaan.

Persoalan dalam benak fikiran saya, mengapa aplikasi Telegram dan Whatsapp disediakan secara percuma?

Jika tahu, jom kongsikan dalam ruangan komen.

Comments 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge