Bagaimana dapatkan modem modified unlimited terbaik ? Apakah modem modified unlimited? Tentu ramai yang perlu dan cari ‘benda alah’ ini.
Tapi sebelum tu…
Istilah modem modified unlimited memang janggal kedengaran kepada mereka yang belum biasa dengan teknologi dan gajet.
Siapa lagi kalau bukan saya sendiri.hehehe
Sebagai golongan yang berusia jangan malu mengaku. Ya, mengaku tidak begitu cakna perihal gajet dan seumpamanya.
Saya jelaskan sepintas lalu apakah yang dimaksudkan dengan modem modified unlimited.
Modem adalah gabungan perkataan modulator-demolator. Ini isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer dialihkan kepada isyarat untuk telefon.
Bagaimana pula dengan modified unlimited ?
Kalau diterjemahkan secara terus merujuk kepada pengubahsuaian tanpa batasan.
Hebat tak maksudnya?
Modem modified unlimited adalah inovasi yang diperlukan oleh mereka untuk mendapat data internet yang laju dengan pakej paling jimat.
Modem jenis ini bukan saingan kepada streamix atau fiber optik. Ia sangat diperlukan oleh golongan marhaen dalam mendapatkan akses internet dengan kos yang jimat dan mampu milik.
Fungsi utama modem jenis ini untuk bypass hotspot pada pakej telco anda. Dengan melanggan pakej telco yang unlimited data tetapi data untuk hotspot sangat terhad.
Ada yang hanya 5GB, 10GB atau 15GB sebulan. Sedangkan jumlah ini tidak mencukupi jika penggunaan yang berat seperti menonton Youtube, sidang video dan sebagainya.
Sebagai jalan penyelesaian kalian terpaksa menggunakan modem modified unlimited yang boleh menghasilkan isyarat internet tanpa penggunaan data hotspot.
Sekarang kita pergi ke tip dapatkan modem modified unlimited terbaik.
Modem modified unlimited terbaik
Tip ini saya perolehi selepas menonton video Youtube di bawah dan banyak lagi review berkaitan modem.
1.Pilih band telco yang sesuai dengan modem
Untuk dapatkan info berkaitan band ini, anda perlu install aplikasi Betwork Cell Info Lite. Hanya menggunakan band yang sesuai dengan modem akan memastikan fungsinya dengan baik.
2.Pilih modem yang ada jenama
Jenama yang sangat disarankan seperti Huawei, Tplink dan ZTE. Selain dapat isyarat yang lebih baik,, modem yang ada jenama mempunyai waranti yang boleh dipercayai.
3.Beli ikut bajet yang ada dalam poket
Kalau diikutkan secara logik, lagi mahal modem maka lagi baik. Namun tidak semestinya betul 100 peratus kerana kemampuan sesuatu model bergantung kepada penerimaan tahap signal telco di kawasan kediaman anda.
Lagi pun tujuan kita menggunakan modem modified unlimited adalah untuk penjimatan.
Kesimpulan
Penjelasan di atas diharap dapat memberi sedikit penjelasan dan penerangan tentang modem modified unlimited.
Gunalah modem jenis ini dengan cara yang betul dan bijak.
- Edisi kemas kini 231/8/22
rumah takde wi-fi..selalu guna mobile hotspot kt hp kalau nak on laptop..
kalau untuk sorang boleh jer…hotspot di phone
Bran Huawei di Indonesia juga menjadi salah satu jenama yang banyak digunakan dalam modem modified unlimitted. Harganya lumayan kompetititf dengan merk-merk lainnya
Huawwi antara jenama yang boleh dipercayai mas….
Pernah guna ZTE.
Sekarang guna Tends.
wah…mantap la awak
Perkongsian yang menarik. Ramai diantara kita memilih sesuatu rangkaian tanpa mengira keperluan. Contohnya melanggan Unifi 300mbps tapi penggunaan hanya untuk stream YouTube sahaja. So pembaziran berlaku seperti dalam point no. 3 yang diberi. Saya pula hanya menggunakan digi unlimited RM1/day untuk semua activity internet dalam rumah termasuklah stream Netflix, YouTube dan juga play PS Games.
AhmadiKatu recently posted…Siapa Tidak Pernah Rasa Sakit
gunalah Wifi dan bemda alah ini mengikut keperluan..
kalau tidak ia akan jadi pembaziaran yang tidak nampak hehhe
nnt laa lps ckp setahun sy try cari modem lain sbb so far ok je. layan youtube mmg laju
kalau yang sekarang ok…tak usah tukar