3 strategi memulakan perniagaan atas talian

Strategi memulakan perniagaan perlu dipelajari dan dikaji. Lebih-lebih lagi perniagaan yang dibuat atas talian.

Permulaan memang mencabar. Kita akan dibayangi perasaan takut dan gusar. Tidak yakin dan tidak percaya akan kemampuan diri.

Untuk mengatasi cabaran ini saya cuba mengupas persoalan ini dengan santai janji mesej sampai.

Sebelum itu saya ingin kongsikan beberapa aktiviti yang saya lakukan pada 4 Oktober 2021.

Aktiviti 1

Penyerahan dua produk Vcafe percuma kepada seorang kenalan.

Oleh kerana saya nak jogging dan tidak bawa telefon, saya belum berkesempatan untuk berswafoto dengannya.

Ketika menyerahkan produk tersebut, saya berpesan untuknya agar bancuh dengan air yang separuh. Biar rasa kaw-kaw.

Biar kelazatan air kopi dan teh yang saya bagi kepadanya meninggalkan rasa bahagia dan gembira.

Aktiviti 2

Pada hari ini juga saya sempat singgah di cawangan kurier J&T untuk menghantar hadiah yang berupa kopi dan teh yang sedap.

Maknanya kopi dan teh yang sedap tadi terus berada di ceruk rantau muka bumi ini. Tidak kira bandar atau desa.

WAJIB BACA :   Catatan ahli perniagaan

Pekan atau kota, janji ada manusia maka di situ produk tersebut akan berada.

Berbalik semula ke topik strategi memulakan perniagaan dalam talian.

1.Impian

 strategi memulakan perniagaan

Saya tekankan impian. Saya tidak malu mengaku sebagai penjual impian untuk berjaya.

Semua orang mahu kaya, berjaya dan bahagia tetapi belum semua mampu untuk membayar harga untuk perkara tersebut.

Impian yang besar dan hebat hanya akan tercapai dengan cara dan tindakan yang hebat juga.

Group CEO Volten International berpesan, “Apabila impian diperbesarkan maka masalah akan dikecilkan”.

 strategi memulakan perniagaan

Menarik sungguh.

Ramai orang berjaya dalam perniagaan bermula dengan impian. Ironinya impian umpama api dalam sekam.

Membakar dari dalam. Membara api keghairahan untuk berjaya dengan cara yang mulia serta terhormat.

Sebab itu jangan pandang enteng tentang impian. Malah impian adalah asas kekuatan emosi dalam perjalanan menuju kejayaan.

Dengan impian juga anda akan menyahut cabaran jika ada orang bertanya berani ke buat bisnes sendiri ?

2.Ilmu

 strategi memulakan perniagaan

Saya masih teringat zaman sekolah. Selalu sangat dengar orang kata “ ilmu pelita hidup”

Rupa-rupanya saranan ini bertepatan sekali dengan konsep yang dibawa oleh ajaran Islam.

WAJIB BACA :   5 cara buat bisnes online yang simple lagi best

Nak dunia perlu ilmu. Nak akhirat perlu ilmu. Jika nak keduanya perlu juga ilmu.

Ternyata ilmu yang diperlukan dalam strategi memulakan perniagaan.

Tidak bertepi dan tidak berhujung. Ilmu ini terus berkembang dari hari ke sehari.

Izinkan saya bawa konsep ilmu netcommerce dalam Volten International.

Netcommerce merupakan satu konsep yang mengabungkan e-dagang dan networking dengan platform digital yang canggih dan teknologi terkini.

Halia hitam menjadi produk asas Volten. Cuba lihat dalil yang menyatakan ada 10 sebab halia hitam jadi bahan terbaik dunia

Setakat ini Volten sudah memiliki tujuh produk yang terbaik dan mempunyai kadar ulangan yang tinggi

Semua ilmu begini saya pelajari dari latihan dan perjumpaan secara maya. Kaedah digunakan melalui Zoom dan Google Meet.

Terdapat juga info dari saluran telegram, Youtube dan page Facebook.

Nampak tak bagaimana saya mempersiapkan diri dengan ilmu untuk buat perniagaan dalam talian.

3.Modal

 strategi memulakan perniagaan

Kalau nak buat perniagaan memang tidak boleh lari jauh dari modal. Sudah tentu bukan modal duit semata-mata.

Duit adalah modal utama dan ia bukan juga faktor penentu kejayaan. Banyak lagi faktor lain yang terlibat sama.

WAJIB BACA :   Barang yang cepat laku dijual online di Malaysia

Antaranya faktor masa, tenaga dan usaha.

Kita bincang dulu pasal masa.

Jika pelaburan masa dilebihkan untuk bisnes maka potensi untuk sukses juga tinggi.

Peruntukan masa untuk belajar, cari prospek, jumpa dan sebagainya.

Begitu juga dengan tenaga minda. Dalam urusan online, tenaga minda difokuskan memikirkan cara dan kaedah untuk membuat prospekting

Malah tenaga minda juga perlu untuk baca mesej atau buat live dalam mempromosikan produk Volten.

Jadi tidak hairan, lagi banyak modal ini dilaburkan maka lagi banyak pula laba menanti anda.

Kesimpulan

Strategi memulakan perniagaan ini boleh dirumuskan sebagai impian sebagai pembakar semangat.

Ilmu untuk memantapkan kemahiran dan melengkapkan pengalaman.

Modal pula sebagai booster terbaik agar perniagaan berada di landasan utama.

Pembaca boleh semak semula artikel ini untuk mengetahui apakah bisnes terbaik masa kini ?

Berita baiknya saya tawarkan hadiah berupa dua sachet Vcafe Brazil Arabica dan Vcafe Black Tea Premium secara percuma.

Sila Whatsapp nama penuh, email dan alamat untuk saya poskan hadiah tersebut. Ingat siapa cepat dia dapat kerana tawaran terhad.

Jom Whatsapp kami hari ini.

arrow

2 thoughts on “3 strategi memulakan perniagaan atas talian”

Leave a comment

CommentLuv badge