Data Internet Cepat Sangat Habis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Data Internet Cepat Sangat Habis.Perkara ini menyebab saya runsing seketika.Plan data tersebut saya langgan dengan harga RM48.Ianya berkapasiti 2GB.Kini dah nak habis meskipun tempoh sahnya 30 hari.Saya habiskan kouta dalam masa 10 hari sahaja.Hebat tak?

data internet

Ini bermakna saya perlu melanggan semula.Saya keluarkan duit lagi.Alamak.Jika tak buat maka tak online lah jawapnya.Kini saya ada perlu elanggan secara mingguan yang harganya RM15 untuk 1GB.Targetnya untuk dua minggu agar saya boleh online sehingga hujung bulan.Ia pun gara-gara tengah kering kontang sekarang ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana saya begitu rakus menghabiskan data internet yang berkapasiti 2GB dalam masa 10 hari.

WAJIB BACA :   Makanan yang perlu dielakkan ketika diet

Sejujurnya saya bukan kaki download.Saya bukan orang yang obses untuk download  apa juga software,gambar atau video.Saya guna internet untuk aktiviti kemaskini blog dan menjelajah blog ke satu blog yang lain.Sehingga saya terkesan kerana terasa penggunaan data internet saya sangat pantas habis.

Nak kata penyedia perkhidmatan itu terlaju makan data mungkin ada betulnya.

Dengan kawalan bajet yang sangat ketat saya terpaksa mengguna telefon untuk aktiviti blogging sebagai cara penjimatan tegar.Namun kaedah ini tidak begitu praktikal.Saya berhadapan situasi buka dan tutup.Saya buka simkad dari modem untuk dimasuk telefon pintar.Sekali sekala tak pe.Kalau setiap hari naik bosan juga dibuatnya.

Kini saya terus mencari kaedah paling ampuh untuk berjimat dan dalam masa yang sama mencari formula ajaib menjana pendapatan untuk kelangsungan hidup ber’online.

WAJIB BACA :   Bagaimana dapatkan modem modified unlimited terbaik ?

Dalam pada itu terfikir juga nak memperlahankan aktiviti online dan cari duit cara offline pula.Itu merupakan idea yang boleh dipertimbangkan walaupun bukan yang terbaik.

Saya bekerja makan gaji.Pendapatan bulanan amat terhad.Peluang untuk buat duit secara kerja lebih masa hampir tiada.Jadi peluang untuk menjana pendapatan cenderung secara online.Mahu atau tidak mahu saya mesti usaha online sebagaimana terhasilnya blog Buku Online.

{sekilas pandang}

Antara cabaran menjadi blogger ialah kemampuan untuk membiayai kos internet.Ada yang percuma WIFI seperti pergi ke restoran yang ada kemudahan tersebut.Namun adakah ia cara bijak.Rasanya tidak.

Tak akan nak masuk restoran tanpa order sebarang makanan atau minuman.Paling cikai pun order air secawan yang paling murah RM3.00

WAJIB BACA :   Blogwalking Tegar Untuk Impak Maksima

Lainlah kalau ada dikalangan pembaca yang hidup di kawasan yang ada akses internet percuma.Hari-hari online tanpa kos.

Cukup setakat ini dan saya nak fikir pulak cara nak cari duit lebih supaya lambat habis.

30 thoughts on “Data Internet Cepat Sangat Habis”

  1. mommy jarang pakai henpon utk akses ke internet .. biasa mommy duk guna unifi je la ..berdesup desup . tp terhad dlm rumah je la . bila keluar mula la mati kutu.

    Reply
  2. Bro, kalau betul serius mahu berniaga online, kena labur dalam internet yang laju. Langgan streamyx. Bila internet laju, kerja kita banyak boleh buat – jimat lebih banyak masa – lebih produktif – lebih banyak sales boleh dibuat. Saya cakap dari pengalaman. Semoga kaya dan berjaya!

    Reply
    • mak oii..7GB kalau 3 tahun dulu memang banyak..sekarang tak banyak dan pasti cepat habis kerana kelajuan isyarat 4 Lite.

      it pun kalau guna broadband dan mungkin berbeza guna HP.

      Reply
  3. setuju kadang-kadang menghairankan jugak takde aktiviti download, takde tengok video, hanya access web, updet blog dan baca2 info je pakai data internet kat hp tapi boleh habis 3GB dalam masa 10 hari sahaja. Rasanya memang tepat jangkaan penyedia perkhidmatan terlaju makan data :D:D. Sebelum ni guna takelah laju sangat habisnya.. entah2 service provider kita dari syarikat sama kot hero borneo..hihi.

    Reply
  4. Kalau guna internet percuma pon ada banyak kekurangannya juga, antaranya line slow, kalau dah ramai sangat guna ditambah pula ada yang kaki download, menangis juga kita ni.

    Lebih buruk lagi kalau ada penggodam yang turut sama guna masa kita tengah online, secara tak langsung, kita terdedah kepada ancaman untuk digodam.

    Kita lebih kurang je tuan hanafi, peluang nak buat OT tu susah sikit, nak tak nak, secara online nila lubang yang kita boleh cuba dan usaha kan?

    Reply
  5. Saya jarang online kat luar. Kat rumah guna wifi je senang. Sebabnya saya tak suka online kat luar bateri cepat habis. Duit habis cepat kalau selalu guna data. Fikirkan sesuatu yang lebih berbaloi untuk bisnes kita.

    Reply
  6. Alhamdulillah untuk saat ini saya sudah memiliki akses jaringan sendiri dirumah, sehingga tidak perlu kuatir akan kehabisan kuota karena sifatnya unlimited. Salam kenal dari sesama Blogger Borneo yach… 🙂

    Reply
  7. Internet dah jadi suatu benda yang dalam hidup kita seharian. Nak tak nak kena jugak cari alternatif terbaik untuk dapat akses internet laju n mudah kerja blogging ni.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge