Blogwalking Tegar Untuk Impak Maksima…Mrhanafi suka blogwalking.Itupun tiga tahun dahulu.Sekarang semakin kurang.Macam dah sibuk dengan dunia media sosial.Lebih banyak lepak di media sosial berbanding dekat blog.Dahlah tu tahan berjam-jam pulak.
Namun begitu aktiviti blogwalking tidaklah diperhentikan seratus peratus.Blogwakking untuk lebih10 blog itu memang ada,Itupun membalas kunjungan rakan-rakan yang sudi berkunjung ke blog mrhanafi sama ada di blog ini ataupun dirangkaian blog-blog mrhanafi yang lain.
Sebagai blogger, aktiviti blogwalking cuma pilihan sahaja.Tugas blogger yang utama mengemaskini blog dan menulis sesuatu untuk dikongsikan dengan para pembaca serta pencari maklumat alam maya.Namun secara tidak langsung blogwalking sebenarnya membina networking sesama blogger.
Bayangkan kalau ada 100 blogger yang singgah dekat blog kita dan memberi komen dengan apa yang kita tulis.Pembaca organik yang singgah di blog tersebut akan terpegun kerana begitu banyak reaksi dari para pembaca.Setakat ini cuma blog Denaihati yang memiliki komen yang sangat banyak dari pembaca.
Dalam pengiraan logik hanya blog yang ada jenama dan reputasi serta pengikut ramai sahaja boleh mendatangkan komen sehingga 100 orang.Jika dari blogwalking tegar sudah tentu kita perlu singgah ke 1000 blog.Sebab peratusan untuk blogger singgah balik ke blog kita cuma 10%.Walau apapun angka ini tidak rasmi dan mungkin juga berbeza antara satu blog dengan blog yang lain.
Buat masa kini mrhanafi cuba nak blogwalking walaupun tidak tegar.Tak kisah sama ada mereka balas balik atau tidak Yang penting blog tersebut memberi backlink yang berkualiti supaya blog kita mudah terindek di enjin carian Google.Perlu diingatkan ia bukan syarat mutlak namun ia boleh mempengaruhi sedikit sebanyak.
Perlu juga mrhanafi perjelaskan blogwalking yang dilakukan secara tegar pasti membina networking yang hebat.Sebagai contoh, ada Group Whatsapp iaitu Best Blogger Network merupakan tempat puluhan blogger untuk lepak dan saling bertukar fikiran tentang ilmu blogging.Selain itu saling ping artikel blog masing-masing ke group whatsapp itu sendiri maupun ke laman web bestbloggernetwork.com
Blogwalking tegar perlukan komitmen masa,data internet dan tenaga fikiran.Sebab itu tak ramai yang sanggup buat.Lagipun rata-rata blogger memang ada kerjaya dan keluarga masing-masing.Mesti fikirkan juga mana yang lebih utama dalam hidup ini.
Mrhanafi perlu dan berusaha untuk blogwalking agar blog Buku Best boleh dikenali ramai.Itu sahaja kerja promosi yang mampu mrhanafi lakukan dalam masa terdekat ini.Jika belum mampu secara tegar mrhanafi lakukan secara istiqamah pun kira terbaik dalam masa yang terdekat ini.
Sekian.Terima kasih kerana sudi membaca.
Nak jadi blogwalking yg tegar nak kena banyak idea dan luangkan masa yang banyak tuk mengomen.
tulah modal utama ..masa dan yang kedua..soal internet laju atau tidak
Yang penting kita telah lekatkan pautan kembali pada blog org lain. Setidak tidaknya blog kita nanti boleh dapat carian yang mudah pada paparan “google search”
sebab itulah org lebih suka berkomen dekat blog wordpress selfhost yg mggunakan plugin commentluv. Hehehe..
MDHAFiZ.NET recently posted…Servis Buat Blog WordPress Self-Host Percuma
pendapat bro memang logik dan sama dengan pendapat saya la..
saya still lagi bw.. sama ada kunjungan di balas atau tak, tak penting sgt..
nikkhazami recently posted…Diskaun 90% Sempena Birthday LAZADA
macam tulah bagus nik..ikhlas dalam persahabatan
Betul tu, blogwalking pun ada guna nya juga untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama blogger..
Haaa.. untuk artikel Raya 2016 tu adalah artikel standby untuk tarik organik traffik.. hehe supaya info awal yg lebih berguna.. Lagi pun buat awal supaya google serp naik terus ke first page..
Ada link involve asia dan lazada di sana..hehe
Ni nak standby lagi artikel tuk buat banyak lgi keyword terpilih tuk seo raya 2016 🙂
perancangan yang bijak dan semoga terus sukses mendominasi SEO
sehari saya bw around 50-100 blog. huhuh
Raihanah Ahmad recently posted…Berpantang Makan Di Kalangan Ibu Menyusu
wow..itu memang tegar..tahniah dan teruskan
Dah lama tak blogwalking sejak balik kampung ni, mesti traffic pun dah ke ‘laut mati’
haha
Noriza Rahman recently posted…Sejukkan Badan dan Kekal Sihat ketika Cuaca Panas
tak juga..kalau artikel bagus SEO..memang ada pelawat organik
Moga berjaya Mr HB. All the best. Mek ila pun ada projek menarik ni. Jom wasap untuk more info ye~
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Kejayaan dalam Bidang Akademik Penting, Namun…..
macam best je bunyinya tu..saspen juga saya dibuatnya
Salam singgah blogwalking di blog mrhanafi.com… alhamdulillah dpt juga bertandang setelah sekian lama juga kurang berblog. Salam sukses buat sahabat… 🙂
Khir Khalid recently posted…Jenis Pelaburan Yang Disarankan Dalam Syariat Islam
salam sukses dan lawatan tuan Khir memberi inspirasi kepada saya untuk lebih aktif berblogging
Belum sampai lagi ke tahap blogwalking tegar. Boleh hari-hari 10 blog dulu pun dah cukup bagus buat masa ni…hehe
orang kata..janji ada..saya tahu blogwalking bukan kerja yang mudah
Saya dulu bw setiap hari..tapi sekarang ni seminggu 3,4 kali je..tapi sekali bw tu memang banyak juga blog saya singgah.tak semua yang dtang balik blog saya..maklum la..masing2 sibuk..kita pun faham tu..
saya dulu pernah buat kajian tak rasmi tentang blogwalking nie..kunjungan balik blogwalking pada blogger tertentu sahaja..rata-rata memang tak akan berkunjung balik..sebab mereka busy,tak sedar dan tak nampak bW itu ada kebaikan untuk kedua belah pihak..
Bukan mudah nak bw secara konsisten. Masih mencuba sedaya upaya, at least setiap hari mesti ada.
hawa recently posted…Kimchi Probiotik Pengganti Natural Yogurt
disebabkan sukar itu menyebabkan ramai yang tak dapat buat..masa adalah kekangan utama..
agak sibuk kebelakangan ini… ada masa singgah kesana kesini.. jenguk rakan2 blogger yang lain…
zik recently posted…Bisnes jual air kopi rm5, laku ke?
hebatnya bro..sekarang semakin sibuk..