Blog Buku Best Kini Dilancarkan…Mrhanafi sangat bersyukur kerana keinginan untuk memiliki blog yang ada niche buku fizikal dapat diwujudkan.Apa yang menarik tentang blog ini adalah hasil gabungan untuk review buku fizikal dan digital dalam satu blog.Jimat masa dan kos penyelenggaraan mrhanafi dalam mengurus rangkaian blog.
Untuk pengetahuan semua blog Buku Best adalah pengganti kepada blog e-buku.info yang mrhanafi tidak lagi sambung pembayaran domainnya.Blog tersebut pernah menghasilkan pendapatan sampingan sewaktu kewujudan Ashadee.com.Sekarang jarang menjana pendapatan walaupun mrhanafi masih mempromosi produk Klikje.com.
Blog Buku Best masih dioperasikan atas platform blogspot dan cuma bertukar nama domain sahaja.Itulah kelebihan menggunakan hosting percuma dari blogspot.Nama bertukar tetapi kandungan blog masih dikekalkan.Sungguhpun begitu kerja-kerja edit pautan yang broken masih diteruskan dari semasa ke semasa.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa perbezaan antara blog yang dulu dengan blog Buku Best.Secara kasarnya blog Buku Best lebih umum lagi fungsi untuk mempromosi buku fizikal dan buku digital (ebook) sekali gus.Blog yang dulunya hanya mempromosi produk digital seperti ebook dan mrhanafi langsung tidak memasukkan produk lain selain daripada ebook.Itulah kelemahan yang mrhanafi akui sekarang ini.
Sekarang mrhanafi nak optimumkan penjanaan income melalui blog Buku Best sebagaimana namanya yang best tu.Kebetulan pula mrhanafi berjaya mendaftar domain yang menggunakan akhiran com.Lagilah mrhanafi menyayangi dua lagi domain yang ada com dibelakangnya.Nilai komersial domain dot com lebih terasa dihati berbanding domain dot net atau dot my.
Buat sementara ini mrhanafi belum bercadang untuk pergi berhijrah ke platform WordPress.Memang platform WordPress jauh lebih seronok berbanding platform blogspot.Cukuplah blog ini kekal di WordPress dan mrhanafi akui bukan banyak masa sangat nak mengadap blog secara online.
Tanpa berselindung lagi mrhanafi turut berkongsi juga kepada pembaca dan rakan blogger yang nak menjana pendapatan secara affililate di Bookcafe di link http://lynk.my/9ifu. Cubalah buat promosi dan mana tahu ada sumber income dari sumber tersebut.Selepas ini jangan kata mrhanafi tak payung pula kepada rakan-rakan semua.
Selain itu peluang untuk menjana wang bukan setakat program affiliate.Kini ada satu lagi program yang bersifat referral mengenai talian telco Wafymobile .Rakan –rakan pun boleh mencuba mana lah tahu ada rezeki murah kat sana.Sudah tentu sebagai blogger,kita semua semakin agresif dan tegar untuk mencari pendapatan tambahan.
Harapan terbesar mrhanafi dengan blog Buku Best ini ialah mempunyai kekuatan SEO yang mantap dan berdaya saing untuk menarik pelawat organik.
Dalam masa yang sama dapat juga mrhanafi kongsikan hasil pembacaan mrhanafi tentang buku fizikal dan digital dengan lebih banyak lagi.Moga-moga usaha ini memberi manfaat untuk anda semua.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wahh.. agak menarik jugak blog Buku Best tuh…
harap-harap begitulah..
dan mencabar buat saya kerana nak cari buku yang betul -betul best untuk dikongsikan kat sana..
ramai orang suka baca buku.. boleh jadi top2 nih
ye ke..statistik yang terbaharu ke..
biasanya orang suka baca kat FB dan Whatsapp je
saya sokong apa yang bro buat, nampak ada strategi di situ dan setiap blog akan lebih fokus kepada arah masing masing
tulah bro..sekarang buat blog fokus kepada niche masing-masing
terbaiklah tuan
terima kasih..puan..tak pe sebenarnya
Banyak juga blog Mr hanafi. Yang inipastinya disukai oleh peminat buku.
saya buat blog untuk sasaran umum dan juga sasaran khusus..
bagi pemninat buku…in shaa Allah pasti mengemari
woah best ni.. semoga blog buku best dapat banyak trafik
aamiin..ada trafik yang tinggi baru boleh generate income
Sentiasa konsisten yaaa.. Amin
harap..begitulah..ada konsisten semua kerja jadi mudah
hmm menarik gak ni. bleh explore tengok nanti
biasa je bro..blog lama yang diberi nama baru..
Tahniah dengan pelancaran satu lagi blog MH, semoga berjaya
terima kasih dan blog ini lama juga sebenarnya..untuk kemskini domain sahaja