Cinta Tanpa Syarat Bukti Keikhlasan

Cinta Tanpa Syarat Bukti Keikhlasan…Topik berat untuk mrhanafi kupas.Berat macam mana sekalipun mrhanafi tetap kupas agar mereka yang tengah bercinta tatkala ini faham akan konsep cinta tanpa syarat.Perlu diingatkan cinta itu anugerah terindah  untuk kehidupan ini.Tiada siapa yang mampu menafikan hakikat tersebut.

cinta tanoa syarat

Mrhanafi bukanlah pakar cinta.Mrhanafi bukan juga orang yang obses dengan cinta.Namun sebagai insan biasa yang ada naluri semulajadi untuk bercinta dan dicintai maka mrhanafi beranikan diri untuk berkongsikan pandangan tentang persoalan cinta tanpa syarat.Sekali lagi diingatkan ia bukan merujuk kepada diri sendiri.Mrhanafi kongsikan persoalan cinta ini sebagai pandangan umum sifatnya.Sekali lagi bukan ditujukan kepada orang tertentu semata-mata baik yang masih hidup atau sudah berada di alam fana.

Cinta tanpa syarat tidak berpaksikan nafsu berahi.Cinta ini lebih kepada pengorbanan untuk  seseorang yang disukai tanpa meletakkan apa-apa harapan agar cinta berbalas.Biar dikatakan cinta syok sendiri atau bertepuk sebelah tangan maka bukan alasan untuk berhenti mencintai.Dengan rasa cinta tersebut insan ini akan berdoa untuk kebaikan kepada orang yang disayangi.Merindui dalam diam dan  berbahagia dari jauh.Hilang dari mata namun bersemadi dalam hati.

WAJIB BACA :   Makanan yang perlu dielakkan ketika diet

Insan ini akan turut bahagia melihat kekasih hatinya berbahagia dengan orang lain.Pelik tapi benar.Itulah penangan cinta tanpa syarat yang boleh dikatakan tidak masuk akal oleh mereka yang tidak memahami.Tanpa rasa cemburu biarpun orang kata cemburu tanda sayang.Insan ini tidak sanggup menyakiti ataupun menguris perasaan kekasihnya  kerana rasa cinta yang terlalu mendalam.Cinta yang menuntut pengorbanan luar biasa tanpa mengharapkan apa-apapun ganjarannnya.

Tatkala menyorot jauh dalam persoalan cinta tanpa syarat ini tentu rasanya sangat tidak adil andai jodoh itu kepada orang lain.Adakah insan ini akan kecewa,merana dan menderita.Sudah pasti tidak, kerana cintanya  tulus dan ikhlas.Bahagia kekasih hatinya itu adalah bahagianya juga.Derita kekasih hati sendiri itu tanggung sendiri.Padan muka.Eh silap ayat la pulak.Ya.Penderitaan kekasihnya itu pasti menuntun rasa belas yang tak terungkap dengan apa-apa melainkan doa untuk dikembalikan hakikat kebahagiaan dan keseronokan hidup di sini dan hidup di sana.

WAJIB BACA :   Kisah Sadis Etnik Uyghur Pertahankan Islam

Wahai insan berhati mulia yang memiliki selautan rasa cinta tanpa syarat kepada sesorang jangan berhenti mencintai.Lakukan terus menerus tanpa rasa prejudis kerana cinta tersebut memang ikhlas.Dah dinamakan cinta ikhlas jadi jangan mengharapkan balasan,respon atau reaksi untuk dicintai.Dia bahagia maka kita derita pun tak apa.Sebab  cinta tidak semestinya memiliki.Cinta tidak semestinya bersama itu sebagai jodoh.Cinta adalah ujian untuk membuktikan rasa ikhlas itu wujud atau tidak dalam hati manusia.

Kepada seseorang yang dicintai tanpa syarat maka bersyukur ada orang sayang,cinta dan kasih dengan kita.Jangan rasa bersalah kerana kita tidak mencintai kembali.Sebab cinta mana mungkin boleh dipaksa.Biarkan dia mencintai kita.Andainya dia antara insan yang betul ikhlas sudah pasti hatinya memang untuk kita semata-mata.Tiada dua atau tiga.Namun ditakdirnya cinta itu mahu berbalas mungkin itu kesan dari keikhlasan.Harapan agar hidup yang saluti cinta begini sentiasa indah,ceria dan bahagia selama-lamanya.

WAJIB BACA :   Sarawak Kini Dilanda Musim Landas

{sekilas pandang}

Cinta tanpa syarat jarang berlaku sekarang ini.Kalau adapun satu dalam seribu.Kira beruntung kalau pasangan kita memiliki cinta begini.Dia pasti setia dan tidak akan tega menduakan kita.

Itulah cinta tanpa syarat yang ikhlas sifatnya.Memang tak masuk akal kerana cinta itu sendiri sifatnya yang pelik,luarbiasa dan luar jangkaan minda.

Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan berhenti untuk membaca pula dalam blog .

13 thoughts on “Cinta Tanpa Syarat Bukti Keikhlasan”

Leave a comment

CommentLuv badge