Sarawak Kini Dilanda Musim Landas

Sarawak Kini Dilanda Musim Landas…Dalam dialek tempatan,landas merujuk kepada banjir atau bah.Penduduk Sarawak ini dalam keadaan berjaga-jaga.Ada beberapa tempat yang rendah telah ditengelami air.Hujan renyai dan kadang-kadang lebat turun tanpa henti sejak beberapa hari yang lepas.Demikian menurut salah seorang penduduk Sarawak yang cuma mahu dikenali sebagai mrhanafi.

Banjir di serian

Untuk makluman semua,gambar yang mrhanafi kongsikan ini berlaku di Bandar Serian.Salah satu tempat yang popular iaitu sejam perjalanan dari Bandaraya Kuching.Siapa yang pernah berkunjung ke Sarawak dan melawat Bandar Serian memang akan tahu tempat ini popular dengan hasil tanaman seperti durian,lada hitam dan terung assam.

Jarak Bandar Serian dengan Bandar Samarahan iaitu tempat mrhanafi bermukim sekarang ini.Jika memandu kereta Camry Hybrid dengan perlahan lebih kurang 45 minit sahaja.Sekirannya memecut dengan Toyota Ninja King sudah tentu lebih pendek tempohnya.Dalam pada itu mesti juga ingat bahawa jangka hayat kita akan turut pendek sekiranya berlaku perkara yang diingini.Lebih lebih lagi pada masa musim landas seperti sekarang ini.Lebih baik berhati-hati la ye.

WAJIB BACA :   Harga Minyak Petrol Ogos 2016

Berdasarkan pengalaman mrhanafi sendiri musim landas ini mencapai kemuncak pada bulan Februari setiap tahun.Lebih tepat selepas tahun baharu Cina dan berterusan sehingga perayaan Chap Goh Mei.Ia merupakan  satu perayaan turun temurun untuk penutupan tahun baharu Cina.

Dulu sekitar tahun 1995 mrhanafi berada di kampung halaman.Pada masa tersebut banjir besar melanda Pekan Dalat iaitu satu tempat 45 minit perjalan dari Bandar Mukah..Rumah orang tua mrhanafi ditengelami air paras lantai.Biasanya rumah kami dikampung ada tiang.Semua tiang rumah yang tinggi tinggi belaka.Sekirannya musim landas maka bawah rumah sahaja ditenggelami air.

Selama 3 hari dan 3 malam mrhanafi tak keluar rumah.Nasib tak cun pada masa itu kerana belum kahwin.Kalau dah kahwin best juga bercanda dengan isteri.he..he..he..Lagipun mrhanafi baharu sahaja lepas sekolah tingkatan lima.Masih remaja dan teruna terpelihara lagi tu.Teringat memori ini membangkitkan  rasa rindu mrhanafi pulak dengan kampung halaman.

WAJIB BACA :   Apa yang kita nak sebenarnya ?

{seimbas pandang}

Musim landas atau musim banjir bukan perkara baru.Ia  hampir berlaku setiap tahun.Sebab itu kita perlu ambik iktibar dan pengajaran berdasarkan kisah-kisah yang lalu.

Perkara asas ialah pandai berenang.Belum pandai berenang boleh belajar perlahan-lahan.>>>>>>>>Jom Belajar Berenang!

26 thoughts on “Sarawak Kini Dilanda Musim Landas”

  1. Wah punya tinggi air naik ya…

    Berapa laa agaknya kos baikpulih rumah kalo kena banjir macam ini.

    Alhamdulillah tempat saya masih selamat tak ditimpa banjir sehingga setakat ini…

    Reply
  2. tinggi juga air kat gambar tu.. semoga cepat surut dan kembali asal..
    lama juga tu 3 hari tak boleh keluar.. kena siap2 simpan stock makanan byk2 pada bulan february..

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge