Wahai Lelaki Jangan Nodai Cinta

Wahai Lelaki Jangan Nodai Cinta…Hidup ini kalau kalau tiada cinta tak ada keindahan dan kesempurnaan.Macam masakan yang kurang masin atau air minuman yang kurang manis.Namun terlebih masin atau terlebih manis boleh memudaratkan kesihatan.Begitu juga dengan cinta.

Jika terlebih buruk padahnya.Sekiranya terkurang hambar jadinya.Secara idealnya cinta perlu ada pada diri setiap insan.Tak lebih dan tak kurang melainkan cinta kepada Yang Maha Kuasa.

IMG_20160220_045614

Mrhanafi baru sahaja membaca buku Jangan Nodai Cinta hasil tulisan Solihin M.Iwan Januar.Belum habis baca.Namun sudah teruja untuk berkongsikan dengan kalian semua.Buku ini sangat bagus.Mrhanafi amat galakan untuk bacaan para remaja yang baru nak ‘angkat bujang’.Malah bagus juga untuk kaum suami yang sudah berbahagia dengan isteri isteri masing-masing.

WAJIB BACA :   7 Kebaikan Perintah Kawalan Pergerakan yang ramai tidak sedar

Sambil membaca buku ini mrhanafi teringat pula dengan kata-kata seorang pakar motivasi,Tuan Raja Shamerin.Perasaan yang cinta yang terwujud dalam hati akan memyebabkan otak sebelah kanan sangat aktif,Kuasa bayangan menjadi-jadi.

Selain itu kemampuan untuk berbahasa Melayu dan Inggeris yang bersifat seni serta sastera semakin baik.Jiwa lebih sensitif dan impian demi impian yang sifatnya arfirmasi terbentuk secara semulajadi.

Sejujurnya mrhanafi sangat setuju.Kebetulan pula mrhanafi seorang blogger motivasi yang menulis dalam blog Hero Borneo.Dalam proses untuk mencapai impian unsur-unsur kuasa bayangan,arfirmasi dan peranan otak sebelah kanan amat berpengaruh.

Oleh itu jangan menodai cinta dengan nafsu dan kemahuan yang sifat duniawi.Jadilah cinta itu sebagai pemangkin kejayaan,kekayaan dan kebahagiaan.

WAJIB BACA :   7 Perkara Yang Majikan Mahu Dari Pekerja

Dalam buku Jangan Nodai Cinta, si penulis mengambil pendirian dan pendekatan melalui agama Islam.Menurut mereka tiada istilah cinta islamik.Yang ada ialah cinta setelah bernikah dengan sah.

Cinta yang disuburkan dengan hubungan ‘couple’ akan membuka ruang kepada zina.Maafkan mrhanafi dengan penggunaan kata yang telus begini.

Hubungan cinta yang bebas lepas.Cinta yang disulami gelojak nafsu syahwat.Cinta yang obses kepada rindu.Cinta yang bergurau senda keterlaluan.Cinta yang membenarkan berpegang tangan lelaki dan wanita yang bukan suami isteri  hanyalah undangan pihak ketiga untuk menjerumus ke pintu zina.Maaf sekali lagi.Terlepas kata yang boleh sentap jiwa mereka halus dan lembut tersebut.

Siapa yang sangat kuat dalam boleh menolak desakan cinta nafsu adalah hero kepada diri sendiri.Mungkin si lelaki.Mungkin juga si gadis.Cinta adalah anugerah terindah dalam kehidupan seseorang.

WAJIB BACA :   ADAM50 Hadiah Terbaik Untuk Bayi Malaysia

Dengan cinta termeterinya ikatan sah pernikahan walaupun bukan teori mutlak.Melalui cinta selepas kahwin sahajalah seseorang patut berkorban jiwa dan raga.Harus untuk berjanji sehidup semati atau rela susah senang bersama.Ingat jika belum ada ikatan sah maka segala janji dan impian cumalah harapan yang boleh disangsikan.Kahwin dulu la baru la boleh dibuktikan.Betul sik?

{sekilas pandang}

Mrhanafi layak untuk membebel tentang cinta seperti ini kerana mrhanafi sudah berkahwin.Ada mempunyai tiga cahaya dan telah melalui alam perkahwinan hampir 15 tahun.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat bahawa cinta itu adalah nilai kehidupan.Hargai cinta selayaknya dan sekali menodai cinta.

20 thoughts on “Wahai Lelaki Jangan Nodai Cinta”

  1. Betul aa tue bro…skrg nie lagi mudah terjebak dengan noda2 cinta seawal usia kanak2 lagi…lagi2 dgn adanya benda2 media sosial yg sgt mempercepatkan proses cinta dinodai ini…

    Harap2 anak2 kita tidak terjebak dalam kancah yang sungguh menakutkan ini….ameen

    Reply
    • Saya sentiasa berdoa semoga anak-anak kita tak kira laki atau wanita sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan dijauhkan dari musibah cinta dinodai..

      Reply
    • itu yang terbaik DT..kalau masa boleh masa diundur saya pun nak buat macam tu..bila berkenan dan tanpa was-was saya akan melamar untuk nikah dan boleh bercinta lepas nikah

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge