Kenangan Terindah Ke MRSM Betong…Tak sangka. Malah tidak terduga Mrhanafi telah menjejak kaki di MRSM Betong, Sarawak.
Ia bukanlah sesuatu yang terlalu baharu maupun asing. Namun mrhanafi cukup teruja untuk berada di bumi Betong buat seketika.
Mrhanafi bersama pasangan hidup aka isteri serta anak-anak telah memulakan perjalanan dari Kota Samarahan ke Sri Aman sehari sebelum pendaftaran anak ke MRSM Betong.
Pendaftaran pelajar MRSM untuk kemasukan ke tingkatan Satu dan Empat dijadualkan secara serentak di seluruh negara pada 15 Februari 2016 pada pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengahari.
Habis sahaja waktu bekerja, mrhanafi dan isteri terus memecut ‘Kuda Biru’ ke Bandar Sri Aman sekitar jam 5 petang.Keadaan jalan tidak sesak.
Sebab kawasan Kota Samarahan masih belum mencapai taraf bandar. Penduduk belum padat sangat, Rata-rata penduduknya terdiri dari penuntut tiga institusi pengajian tinggi.
Dalam beberapa tahun akan datang suasana akan jauh berubah.[ sekarang sudah mulai sesak dan padat]
Alhamdulillah perjalanan sangat lancar.Mrhanafi sekeluarga selamat sampai ke Bandar Sri Aman sekitar jam 8 malam.
Kebetulan pula jalanraya kurang kenderaan walaupun perjalanan dilakukan pada petang hari Ahad. Rezeki kami pada petang itu.
Perjalanan mudah,lancar dan selamat. Kami bermalam di rumah kakak kepada isteri mrhanafi. Jimat bajet 100 peratus daripada bermalam di hotel.
Sekitar jam 7.30 pagi kami memulakan perjalanan. Sebelum itu singgah minum pagi di Bandar Sri Aman sambil pekena tauhu goreng dan cakoi.
Layan juga tu meskipun kami minum kedai cina. Untuk pengetahuan semua kedai ini menjadi tumpuan ramai penduduk Sri Aman tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
Istimewanya ia telah beroperasi selama puluhan tahun dalam keadaan sebegitu rupa.Ringkas dan santai sahaja.
Setelah kekenyangan, mrhanafi dan rombongan terus bertolak ke Betong sekitar jam 8.10 pagi. Perjalanan juga sangat lancar.
Lagipun laluan ke MRSM Betong lurus tanpa banyak simpang. Tanpa menggunakan aplikasi GPS atau Waze pun tiada masalah.
Kelebihan yang ada di Sarawak ialah luasnya kawasan untuk terus dibangunkan baik pada masa kini mahupun masa akan datang.
Alhamdulilah pada pukul 9 pagi kami dah sampai MRSM Betong. Tempat yang luas,cantik dan menarik.
Kelihatan sudah ramai yang datang lebih awal terutama dari kawasan Engkelili,Sri Aman,Sarikei dan Kapit.
Kami di sambut oleh para pelajar MRSM yang segak dan bergaya.Ramai juga para pelajar membantu pihak maktab dalam urusan pendaftaran pelajar baru.
MRSM Betong
Pelajar di sini sangat ramah dan berbudi bahasa. Lantas memberi gambaran terindah kepada benak fikiran mrhanafi bahawa para pelajar yang berada di kawasan luar bandar masih utuh dengan nilai-nilai kemanusiaan yang terbaik dan terpuji.
Tahniah serta terima kasih kepada para pelajar maktab dan guru-guru yang sangat berdedikasi menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Urusan pendaftaran melalui 3 peringkat yang sangat bersistematik. Peringkat pertama ialah penyemakan dokumen.
Terdapat 10 kaunter disediakan dan dilakukan sendiri oleh para pelajar maktab. Selesai peringkat pertama kami melalui pula proses perdaftaran oleh pihak guru.
Terdapat 8 kaunter disediakan. Apa yang menariknya semasa proses tersebut mrhanafi mendapat pujian kerana menyediakan dokumen yang paling lengkap.
Kira dalam kondisi terbaik dan keunggulan sejati.(lebih-lebih lah pulak dan ia gurau je).
Selesai proses pendaftaran, anak mrhanafi disuruh ke dalam dewan secara berseorangan untuk proses penyerahan dokumen. Secara simboliknya anak mrhanafi dengan rasmi menjadi pelajar MRSM Betong.
Wah best sungguh. Anak mrhanafi telah disahkan menjadi keluarga besar MRSM untuk menjadi pelajar yang boleh memenuhi aspirasi negara dalam bidang sains dan teknologi. Aamiin dan In Shaa Allah.
Selepas proses penyerahan dokumen,anak mrhanafi ditempatkan di asrama. Dalam satu bilik terdapat 14 katil, loker dan meja belajar.
Boleh dikatakan tempat ini agak sempit dan belum memuaskan. Bayangkan kepada anak-anak semakin membesar dan tempat ini memang kurang selesa jawabnya.
Mrhanafi berharap selepas tingkatan 3 mereka ditempatkan ke asrama yang lebih luas lagi.
Kemudahan dobi memang terbaik dan kebersihan asrama tip top. Berdasarkan pengalaman mrhanafi yang pernah tinggal di asrama ternyata kebersihan asrama MRSM Betong terbaik dalam kelas tersendiri.
Proses ‘penyerahan’ anak mrhanafi kepada MRSM Betong selesai jam 1.30 petang.
Kelihatan anak mrhanafi agak takut dan gusar. Maklum sahajalah anak baru berumur 13 tahun sudah berjauhan dengan ibubapanya.
Jauh dalam hati mrhanafi memang tak sanggup berpisah. Namun kerana peluang terbaik dan persekitaran yang kondusif untuk masa depannya ia memang tidak boleh dilepaskan.
{sekilas pandang}
Jika berada dirumah sendiri anak mrhanafi sangat leka dengan games,tv dan media sosial. Tanpa rasa malu untuk mengakui, mrhanafi bukan garang orangnya.
Malah untuk marah-marah demi disiplin pun mrhanafi tidak sanggup kerana peribadi mrhanafi adalah seorang ceria dan membahagiakan.
Atas alasan ini adalah lebih baik anak mrhanafi dibentuk dengan disiplin dan akhlak melalui pelaturan MRSM yang ketat.
Dalam masa yang sama penghantaran anak mrhanafi dari kawasan bandar ke luarbandar besar hikmah. Dari tempat begini dia akan belajar bersama rakan-rakan yang lain untuk menjadi manusia yang ada akhlak dan peribadi yang tinggi.
Lagipun rata-rata ibu bapa yang menghantar anak ke MRSM Betong berasal dari keluarga susah. Mereka sudah mendidik anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh demi membela keluarga.
Mrhanafi berharap anak kesayangan ini belajar untuk menjadi manusia yang mengikut resmi padi. Semakin berisi maka semakin tunduk.
Memang tidak dinafikan anak mrhanafi mempunyai keupayaan pemikiran aras tinggi. Sebagai seorang ayah memang menyedari kebolehan anak sendiri yang mampu berfikir dan berkomunikasi dengan gaya bahasa yang matang dan berilmu.
Sedikit sebanyak hasil pembentukan dan saranan dari ayahnya yang suka kepada ilmu perkembangan potensi individu.
Akhir kata MRSM Betong adalah pusat inkubator kepada para pelajar untuk berjaya dalam hidup mereka.
Bagi mrhanafi pula ada dua lagi cabaran menunggu. Ada dua lagi anak yang mesti diasuh dan diasah minda mereka untuk berjaya sebagaimana abang mereka.
Sudah tertentu ia tepatan sekali dengan prinsip mrhanafi yang suka kepada result oriented dalam merencana kejayaan dalam hidup ini.
Persoalannya ‘bagaimana dan macamana’. Ilmu ini boleh dibongkar dalam ilmu hafal sifir.
Moga anak tuan menjadi insan yang berjaya kelak ya bro Hanafi…
ya..harap begitu tuan Sani..doa kalian memang saya perlukan..aamiin
Seronoknya, langkah pertama anak-anak untuk kejayaan yang lebih gemilang. Amin
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Cara Mudah Bezakan Braxton Hicks dengan Kontraksi Sebenar
aamiin..dan semoga dia terus sukses pada masa yang akan
Tahniah Bro Hanafi…dapat juga anak pergi ke MRSM, Betong, Sarawak. Moga ddpatlah anak belajar dengan srlesa di tempat baru dsn lebih terjamin.
sensasi2020 recently posted…JDT Juara Piala Sumbangsih 2016
terima kasih tuan Kamil..harapan ibu bapa kepada anak-anak supaya mereka mendapat pendidikan terbaik
tetiba teringat masa-masa sekolah dulu 🙂
nie mesti bro pernah masuk MRSM dulu kan
Tak semestinya kena garang untuk mendidik anak-anak kan..sebenarnya anak-anak ni suka dimanja dan dibelai dengan kasih sayang dan tutur kata yang lembut
Noriza Rahman recently posted…Testimoni Akibat Jerawat, Muka Berparut dan Kusam
kasih sayang tanpa pendekatan yang bijak menyebabkan mereka naik lemak..
Alhamdulillah, selesai sdh satu perkara. Skrg masa utk rindu-rinduan….
yalah kan…betul tu..
masa untuk rindu pada anak ..
rindu tanda sayang..
anak sedara saya pun baru ke mrsm semalam. rasa sedih juga walaupun saya sekadar aunty dia. maklumlah memikirkan hidup dia di rumah, tetiba kena berdikari pula.
Raihanah Ahmad recently posted…10 Cara Tingkatkan Sistem Imun Secara Semulajadi
untuk kebaikan..redha sahaja kerana ia memang pilihan bijak..
nanti ada masa boleh lawat mereka semasa hujung minggu
wah, tahniah! kemasukan ke mrsm memang sangat sengit…tahniah kepada mak dan ayahnya…moga jadi anak ang cemerlang dunia dan akhirat
siti hazreen recently posted…Hari Ini Cuti Sakit
aamiin dan persaingam memang sengit sebab ramai juga yang nak pergi ke MRSM nie
all the best untuk anak mrhanafi 🙂
terima kasih bro..terbaik gitu
wah tahniah anak mr hanafi berjaya masuk mrsm..mak bapak mesti teruja kan..hehe
ya..terima kasih cik tom…adalah teruja sikit..sebab macam best je.
he..he..memmang kenangan terindah..
betul tu mas..terima kasih kerana turut menghadiahkan doa buat saya..
itulah harapan para ibubapa..
Salam bro, boleh share sikit tentang yuran2 semasa mendaftar anak ke tingkatan 1 tu? maybe brapa bayar masa daftar, then bulan2 akan ada pembayaran lagi ke etc?
mrsm betong ni anak bro ambil aliran apa yer?
Tq
kalau saya ada masa nak share juga dalam artikel …
sebelum tu..kosnya boleh tahan..beratus juga satu semester tetapi tak semahal belajar di IPT
di MRSM anak saya ambik sains dan rata-rata MRSM memang untuk sains