7 Perkara Yang Majikan Mahu Dari Pekerja

Majikan biasanya bos.Pekerja merujuk kepada kuli.Maaf bahasa saya agak kasar.Majikan dan pekerja saling memerlukan.Senang kata seperti aur dengan tebing.

Saya sudah bekerja lebih 20 tahun.Pekerjaan pertama saya selepas STPM pada tahun 1997.Itu secara rasmi.Tak perlu saya cakap apa pekerjaan tersebut.Tak penting pun.

Baiklah.

Saya hendak kongsi beberapa perkara yang majikan mahu dari pekerja.

Teori mudah.

Majikan mahu membayar serendah yang mungkin upah kepada pekerja mereka dan memerah sebanyak mana keringat pekerja mereka untuk dapat untung.

Teori macam zalim.

Sebenarnya itu yang terbaik jika ingin syarikat tempat kita bekerja terus maju dan jaya.Percayalah.

Oh, ya.

Ini cuma mukadimah sahaja.

Jom kita kaji serba ringkas apa yang ditulis dalam buku Lahirnya Seorang Jutawan hasil tulisan Azizi Ali.Saya tulis semula.Saya ubah suai dengan bahasa yang lebih santai.Bukan salin begitu sahaja.

WAJIB BACA :   10 orang paling kaya di dunia tahun 2022

1.Boleh deliver tugas dengan baik

Deliver atau sampaikan apa-apa tugas yang telah diarahkan.Tanpa gagal lagi bagus.Hasil cemerlang lagi baik.Yang penting operasi atau pentadbiran majikan lancar.

2.Boleh bekerja sama dengan pekerja lain

Yang ini majikan suka.Siapa yang  suka kalau para pekerja bermasam muka.Gaduh sana.Gaduh sini.Kesudahan satu kerja pun tak jadi.Lagi baik hubungan kita dengan pekerja lain maka lagi sayanglah majikan dengan kita.Semudah itu sahaja.

WAJIB BACA :   Bacaan selawat nabi yang mudah..semua orang mampu beramal !

3.Boleh bersikap jujur setiap masa

Jujur sikap terpuji.Jujur dengan kerja-kerja yang dilakukan.Jujur dengan harta majikan.Jika semua jujur tidak perlu pasang CCTV di tempat kerja.Persoalannya jujur adalah mitos pada sebilangan kita.Sampai ada orang kata.Buat apa jujur sangat.Nanti kena pijak.Betulkan.

4.Boleh bekerja dengan rajin

Rajin lawannya malas.Orang malas siapa yang suka.Kalau suami malas bekerja, isteri boleh tendang bila-bila masa.Dalam dunia pekerjaan sama sahaja.Perlu rajin buat kerja.Rajin membantu orang lain tanpa berkira.Realiti ramai yang mengomel bila disuruh bekerja luar skop kerja.Itu tandanya kurang rajin.Namun rajin biarlah bertempat.Salah tempat bodek namanya.

5.Boleh expresi minat pada kerja

Sebenarnya majikan boleh tahu pekerja yang minat bekerja.Yang tak minat tetapi berpura-pura minat ramai.Sebab itu hasil kerja kurang baik.Mutu dan keunggulan jauh panggang dari api.Majikan sayang pekerja yang minat kerja mereka.

WAJIB BACA :   Cerita lelaki berselipar buruk dengan kereta mewah

6.Boleh menjadi pekerja yang setia

Susah jumpa pekerja yang setia.Pekerja yang setia sanggup bekerja seumur-umur dengan majikan mereka.Mereka tidak seperti katak.Lompat si katak lompat.Bagi mereka, setia dengan majikan adalah penghormatan.Majikan tentulah suka.Lebih suka kalau pekerja ini ada nilai dan kepakaran dalam bidang mereka.

7.Boleh bekerja banyak perkara dalam satu masa

Pekerja jenis pelbagai guna.Bidang tugas perakaunan tetapi mahir pulak dalam komputer.Bekerja bahagian ‘cleaner’ tetapi mahir pulak pemasaran.Dua kerja tetapi gaji sama.Sebagai majikan mestilah suka.Yang tak suka pekerja.Siapalah mahu kerja lebih tetapi dibayar sama dengan kerja utama.

Kesimpulan.

Terpulang kepada pekerja untuk ikut petua yang saya kongsikan ini.Pekerja adalah aset syarikat jika mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan di atas.Pekerja yang menguntung majikan.

Sekiranya tidak, majikan pula menanggung beban.Nak buang tiada peluang.Nak simpan menyesakkan kepala otak.

Sebagai pekerja fikirlah yang terbaik untuk diri dan kerjaya.

Sebagai majikan, jagalah pekerja seperti menatang minyak yang penuh.

Dua-dua suka.Dua-dua gembira.Akhirnya syarikat maju dan terus maju.

Itu sahaja.

*kemaskini 9 Julai 2020

23 thoughts on “7 Perkara Yang Majikan Mahu Dari Pekerja”

  1. setuju min, setuju sangat dengan teori mudah tu, majikan mmg itu je yg dipikirkan… kuarkan modal seminimum yg boleh tp dpt keuntungan semaksimum yg boleh.

    Semua pekerjaan mmg kene ikut semua ciri2 yg min tuliskan tuh, klu kerja ikut suka abis melingkup lah

    Reply
    • kan..

      kalau jadi majikan memang itulah yang kita nak dari pekerja

      kalau jadi pekerja kita nak majikan suka kita.

      bagaimanapun itulah perkara asas dalam pekerjaan..

      Reply
  2. Betul !! Kalau jadi majikan itulah juga yang kita nak dari staf kita. Dan jika kita jadi staf kita nak boss baik dan suka hasil kerja kita 😀😀

    Reply
  3. Cumanya sekarang, ada kualiti gitu pun belum tentu hidup aman damai.

    Sebab banyak sykt yg rasis dan memang memerah keringat orang yang rajin, hanya akhirnya menaikkan bangsa tertentu bila waktu naik pangkat sampai.

    Ini pengalaman saya sendiri yang dah lama bekerja di Malaysia dengan banyak skyt bukan bumiputera.

    Kali pertama bekerja di bank, hampir semua sebangsa saya yang dapat kerja di situ, lulusan universiti. Tapi ada seorang perempuan berbangsa X yang muda ya amat. Saya tanya dia, you grad dari mana. Dia cakap oh, saya tengah tunggu SPM.

    Kepala pening. Itu kerja pertama saya.

    Perkara sama saya lihat pada kerja ke 2, 3 dan seterusnya. Gaji pun tak sama. Ada juga waktu executive berbangsa X gajinya lagi tinggi dari saya, managernya.

    Bila ada tugasan luar negara, dia yang tak pandai berbahasa Inggeris akan dapat. Saya managernya disuruh handle kerjanya di Malaysia.

    Dua, tiga bulan kemudian, dia naik pangkat sama dengan saya. Bila dia ada apa-apa masalah, saya disuruh settlekan kerjanya.

    Tak lama selepas itu, dia jadi bos saya.

    Sakit hati. Yup. Tapi ini realiti di Malaysia.

    Tak juga bermakna disebabkan ini, kita kerja separuh hati. Kalau bengang, berhenti saja dan cari kerja lain (walaupun hampir semua yang dipegang bangsa X akan buat benda sama hihi)
    Iskandar Suhaimi recently posted…Nak Rasa Luncur Air Terpanjang Dunia? Mai Penang! Woohoo!!!My Profile

    Reply
    • betul-betul bersemangat la bro komen topik ini..

      terima kasih banyak.

      ya saya akui kebenaran senario ini..

      nak buat macam mana jika teori kapitalis digunapakai

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge