10 orang paling kaya di dunia tahun 2022

Orang paling kaya

Orang paling kaya di dunia  diukur dengan trilionaire, bilionaire atau jutawan.

Setakat ini hanya Elon Musk pernah mencatat rekod  orang paling kaya di dunia iaitu kekayaannya sudah mencecah trilion ringgit Malaysia.

Bayangkan anda sudah dapat kekayaan dalam bilion atau trilion. Apa yang anda boleh buat dengan kekayaan sebanyak itu?

Kalau tanya saya, sudah pasti saya jawap belum terfikir lagi. hehehe

Bagaimana kalau anda dapat wang berjuta-juta sebagai pendapatan melalui bisnes Netcommerce? 

 ” Minat untuk sertai Bisnes Netcommerce —-> KLIK SINI “

Ditambah lagi dapat kereta, rumah atau wang tunai sejuta percuma sebagaimana Mr Murthy ..Tepuk dada tanya selera.

 

Baiklah…kita tinggalkan dulu kisah tersebut.

Tanpa memeningkan kepala, doakan kita semua kaya, sihat dan bahagia. Aamiin yang Mujib.

Itu memadai sebagai pencapaian umum. Pencapaian peribadi hanya empunya diri yang tahu.

Betul tak ?

Berbalik kita kepada topik utama yakni kisah orang paling kaya. Data ini berdasarkan Indeks Bilionaire Bloomberg pada tahun 2022.

Orang paling kaya

Orang paling kaya

1.Elon Musk = RM1.10 trilion

Beliau pemilik Tesla dan SpaceX yakni syarikat automotif dan aeroangkasa yang gah di Amerika Syarikat.

2.Jeff Bezos = RM760 bilion

Bekas CEO Amazon yang berusia 57 tahun yang telah meletak jawatan pada Julai 2021

3.Bernard Arnault = RM704 bilion

Tokoh barangan mewah dari Perancis yang kini berusia 72 tahun.

4.Bill Gates = RM556 bilion

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Microsoft ini jangan mengaku pernah pegang komputer.

5.Larry Page = RM520 bilion

Nama Google lebih dikenali berbanding nama pemilik secara bersama ini.

6.Mark Zuckerberg = RM512 bilion

Sebut Facebook maka terpancul nama beliau sebagai pengasas media sosial tersebut.

7.Sergey Brin = RM500 bilion

Kalau nak tahu beliau ialah pengasas bersama bangunkan Google sehingga sangat gah ke hari ini.

8.Steve Ballmer = RM488 bilion

Pemilik Los Angeles Clippers NBA dan pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft

9.Larry Ellison = RM436 bilion

Beliau ialah Pengerusi dan Pengasas Oracle, iaitu jenama popular dalam dunia komputeran.

10.Warren Buffett = RM84 bilion

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway yang sudah berusia 91 tahun.

Kesimpulan

Kekayaan yang hakiki bukan di dunia  tetapi di hati dan di akhirat nanti. Kekayaan hati terbukti apabila anda meletakkan kepentingan orang lain melampaui kepentingan diri sendiri.

Kalau ada, maka anda layak jadi billionaire dan cukuplah hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Penduduk langit kenal siapa anda walaupun penduduk bumi tidak peduli sesiapapun anda ketika ini

Andainya belum jadi orang paling kaya di dunia maka bersabarlah mungkin anda bakal jadi orang paling kaya di akhirat nanti.

Jika belum baca Kisah OKU Malaysia Berjaya Jadi Jutawan wajar baca ia sekarang juga.

Jumpa lagi.

4 thoughts on “10 orang paling kaya di dunia tahun 2022

  1. boleh mengucap rasanya lihat jumlah2 kekayaan tu. tapi hakikatnya, ujian orang kaya ini besar. sebab tu awa syukur je ngan apa yg ada , hehe

  2. Bill Gates jatuh no 4. Apapun apa yang kita buat dengan harta itu yang penting sebab akan ditanya di akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge