Golongan OKU Malaysia berjaya sentiasa mencuri tumpuan ramai. Kejayaan mereka pasti menjadi sumber inspirasi kepada golongan yang senasib.
Apatah lagi kejayaan meraih gelaran jutawan juga membuka mata pelbagai pihak termasuk golongan yang sihat tubuh badan.
Begitulah kisah Tuan Mohd Tarmizi Md Suji seperti dipetik dari portal Hmetro.com.my.
OKU Malaysia berjaya

Tuan Mohd Tarmizi kini berumur 37 tahun. Kira-kira 17 tahun yang lalu, beliau mengalami kecelakaan jalan raya.
Kejadian ini menyebabkan Tuan Mohd Tarmizi hilang keupayaan untuk berjalan. Akibat kemalangan itu juga Tuan Mohd Tarmizi gagal meneruskan pengajian Diploma Kejuruteraan Kapal Terbang di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
Beliau menghabiskan waktu terluang dengan bermain Playstation.
Dari situ, beliau mendapat idea untuk menjana pendapatan dengan menyewa Playstation kepada kanak-kanak.
Hasil dari situ, beliau mampu menjana pendapatan RM100 sehari dan telah berjaya membuka cawangan.
Namun bisnes ini tidak bertahan lama. Adat perniagaan. Ada turun dan ada naiknya.
Tuan Mohd Tarmizi tidak berputus asa. Beliau terus mencuba pelbagai perniagaan sehingga bertemu dengan perniagaan produk kesihatan.
Dalam perniagaan ini, Tuan Mohd Tarmizi bertemu rezeki. Bintang kejayaannya mulai terserlah.
Bukti kejayaan beliau apabila mendapat Anugerah Khas Belia OKU dalam Program Gerak Ekonomi Belia Upaya (Gempur 22)
Kini beliau menjadi pengasas dan pengusaha produk kesihatan keluaran MD Empire yang mampu meraih antara RM2 hingga RM3 juta sebulan.
Bercerita tentang rahsia kejayaan, Tuan Mohd Tarmizi menjelaskan beliau menjalankan perniagaan dengan niat menyara diri sendiri selain membantu keluarga.
Bayangkan pergerakannya hanya menggunakan kerusi roda boleh berjaya.
Sekiranya ada insan yang senasib seperti beliau dan ingin jadi OKU Malaysia berjaya, boleh menceburi industri Netcommerce.
Bidang perniagaan ini hanya memerlukan modal permulaan yang mampu dimiliki semua orang iaitu sekitar RM500.
Cara perniagaan boleh online tanpa perlu keluar dari rumah. Bimbingan dan latihan akan diberikan oleh mereka yang terbukti sudah berjaya.
Jadi apa tunggu lagi. Layari segera Netcommerce: Model bisnes terbaik masa kini
Kepada mereka yang belum membaca Februari 2022 datang untuk diharungi penuh harapan, jangan segan -segan pulak.
Boleh baca untuk menambah pengetahuan dan motivasi dalam bulan Februari ini.
Jumpa lagi dan salam sukses selalu.

Alhamdulillah tidak putus asa Tuan Mohd Tarmizi.
antara sifat orang yang berjaya ialah tidak berputus asa
Alhamdulilah, usaha tangga kejayaan.. moga beliau terus berjaya di masa akan datang…
Sis Lin recently posted…7 CONTOH RESEPI DIET EAT CLEAN BAJET
aamiin…usaha tangga kejaayaan
orang berusaha ada potensi untuk berjaya
tiada alasan lagi utkk berusaha dan berjaya
ya…itu sudah semestinya
Terima kasih atas infonya.
Harap kami di OppaBear pun dapat menjadi usahawan yang berjaya dengan penjualan teddy bear yang besar dan murah serta berkualiti.
OppaBear recently posted…Gadget beri impak negatif kepada tumbesaran kanak-kanak kecil
Aamiin Ya Mujib..
saya amat berharap dan usaha anda semua untuk berjaya sebagai usawan juga berjaya