Pembaziran tenaga minda jarang orang sedari.Tambahan pula pembaziran boleh berlaku di mana-mana.Pembaziran yang paling ketara ialah pembaziran masa.Tidak terkecuali pembaziran wang,harta benda dan sebagainya.
Malah pembaziran terbesar yang selalu saya perhatikan ialah pembaziran tenaga minda manusia.Saya sendiri juga tidak terkecuali.
Tenaga minda manusia sangat berkuasa.Namun ramai dikalangan kita membazir tenaga minda ini baik secara sedar atau tidak.Persoalannya bagaimana tenaga minda itu dibazirkan.
Jom kita telusuri satu persatu.
Table of Contents
Tenaga minda
1.Selalu berfikiran negatif
Sudah lumrah.
Ramai yang berfikiran negatif.
Ada yang fikir tentang diri sendiri dan orang lain.
Malah memikirkan negatif tentang haiwan pun ada.
Memang dahsyat sekali jika dalam situasi begini sih.
Adakah gampang kita memperlakukan minda yang hebat ini untuk memikirkan sesuatu yang negatif.
Sekali sekala masih boleh lagi diterima.
2.Melayan emosi sedih
Emosi sedih begitu banyak membuang tenaga minda.
Minda terus berfikir untuk layan emosi sedih.
Yang pasti emosi sedih tidak membawa apa-apa manfaat.
Jadi mengapa buang tenaga yang pasti yang tidak bermanfaat untuk anda.
Kadang-kadang melayan emosi sedih melampau-lampau la pulak.
3.Angan-angan kosong
Wah.
Pasti ramai yang suka berangan kosong.
Layan perasaan tanpa tujuan.
Entah-entah yang diangankan ngak bagus.
Jadi buat apa angan-angan kosong yang membuang masa dan tenaga minda kita.
Angan-angan yang disusuli dengan doa dan tindakan tak pelah pulak.
4.Menceritakan gosip orang lain
Gosip sesuatu enak sekali dibicarakan.
Lagi jahat cerita tersebut maka lagi seronok pula bercerita.
Minda kita akan terus berfikir dan berfikir untuk mereka cipta cerita keburukan orang lain.
Tetapi sayang perkara ini betul-betul membuang tenaga minda kita.
Dalam agama Islam, perkara ini adalah dosa.
Ya.
Dosa mengumpat.
5.Menonton cerita cinta cintun
Maafkan saya kerana agak prejudis dengan cerita cinta yang keterlaluan.
Cerita begini selalu dipaparkan melalui cerita Hindustan yang panjang filemnya sehingga tiga jam.
Bayangkan sahaja berapa banyak tenaga minda yang diperlukan untuk menghayati jalan cerita begini.
Sedangkan realiti kehidupan tidak mungkin begitu.
Kalau nak feeling cinta tak salah.
Tapi biarlah realistik dan berpijak di bumi yang nyata.
Kesimpulan
Ayuh pembaca sekalian.Usah bazirkan tenaga minda kita untuk terus menerus melakukan lima perkara yang saya nyatakan diatas.Ianya akan menjadi sia-sia sahaja.Tiada manfaatnya.
Alangkah bagus kalau tenaga minda yang ada ini digunakan untuk meningkatkan kemampuan diri dan juga menambah ilmu untuk minda seperti membaca
Sekian.Salam ceria dan semoga bahagia serta gembira hendaknya.
p/s: Jom baca Pasrah Tuntutan Terakhir Selepas Berusaha
Angan-angan tu free. Tu sebab ramai je yg suka berangan 😀
boleh berangan dan tidak salah.
yang salah pada tempat dam masa yang salah.
contoh angan-angan mat jenin
Wah, baru Zumal sedar banyak juga Zumal bazirkan tenaga minda selama hidup ini
jangankan Zunal.
saya juga begitu.
sekarang proses untuk beubah jadi baik
yaa…saya sedang menggunakan tenaga minda untuk membaca blog ini…hahahah
tapi jangan risau sunah.
bacaan ini tidak sia-sia.
thanks for reading
aduhai, yg membazir tu le yg mudah disukai. hihi…
sharmien recently posted…Start Your Own Business
ini semua pengaruh syaitan.
syaitan suka menghasut kita supaya membazir
sebab itu syaitan sudah dapat tagline…maembazir amalan syaitan
saya suka berangan..sampai sekarang penyakit ni susah nak lawan
saya sarankan bro berangan pada tempat dan masa yang betul..
in shaa Allah tiada masalah malah boleh membawa kejayaan pula
Kena sentiasa perbaiki lagi diri ini agar tak membazirkan tenaga minda kpd yg sia2. Thanks sharing pengisian bermanfaat ni tuan.
betul tuan..
berlatih untuk fikir yang baik-baik sahaja
Ooo yang no.5 tu menonton cerita Hindustan ke hehe. Layan juga tapi bergantung pada jalan cerita dan pelakonnya juga. Yang sampai 3 jam tu iklan yang lebih rasanya
biasalaha tu…
ternasuk lagu yang tak pernah berhenti .
sebab tu cerita semakin panjang