Nafkah isteri wajib ada dua jenis. Lahiriah dan batiniah. Dalam artikel ini saya cuma menyentuh tentang nafkah isteri yang berbentuk zahir atau lahiriah sahaja.
Menurut tanggapan umum, nafkah isteri menjurus kepada keperluan ranjang. Sebenarnya tidak. Pengertian nafkah isteri jauh lebih luas dari itu. Lebih mendalam dan lebih kompleks.
Bagaimanapun saya cuma menyelongkar dari sudut yang ringkas.
Saya ingin sentuh tentang nafkah isteri yang paling asas. Tentunya tidak terlalu berat untuk difahami oleh suami atau bakal suami dalam melaksanakan dengan hati yang lapang, gembira dan bahagia.
Table of Contents
Nafkah isteri
Ada lima nafkah isteri yang wajib. Tidak ada pengecualian kepada suami. Lainlah kalau suami jatuh sakit atau kehilangan sumber pendapatan.
Itupun dalam keadaan isteri reda untuk membantu suami. Jika tidak reda tidak mengapa kerana bukan kewajipan isteri dalam menyara keluarga.
Persoalannya dalam hubungan suami isteri ialah susah senang hidup bersama atau hanya sanggup bersama ketika hidup senang. Isu ini berat dan jika masih dalam dilema sila rujuk kepada pihak yang lebih arif.
Berikut adalah lima perkara asas dalam memenuhi nafkah isteri secara lahiriah.
1.Keperluan makanan dua kali sehari
Jumlah ini minimum sahaja yakni makan tengahari dan makan malam. Untuk sarapan pagi, minum petang dan ‘supper’ adalah pilihan. Jika dapat makan enam kali sehari kira sangat beruntung.
Saya pasti golongan suami di Malaysia sudah lebih dari mampu menyediakan makanan yang sedap dan lazat kepada isteri mereka.
Sebagai bukti ramai rakyat Malaysia kini obesiti dan mengalami penyakit akibat makan berlebihan.
2.Tempat tinggal yang selamat dan selesa
Suami wajib menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk isteri atau keluarga sekiranya sudah beranak-pinak.
Jika belum mampu membeli rumah cukuplah menyewa.
Dalam keadaan tertentu menyewa bilik bukan pilihan terbaik kerana faktor kurang selesa dan kurang selamat.
Rumah sewa adalah pilihan tepat untuk memulakan kehidupan suami isteri walaupun ada trend yang masih tinggal bersama di rumah orang tua.
3.Membeli pakaian dua persalinan setahun
Dalam setahun suami wajib membeli pakaian dua kali. Terpulanglah dua pasang sekali gus semasa Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji.
Pakaian mungkin dalam bentuk baju atau seluar. Mungkin seluar dalam atau baju dalam. Semuanya bergantung kepada keperluan isteri.
Jika suami mampu dan kaya tidak salah membeli persalinan yang cantik dan mewah. Perlu difahami bahawa isteri adalah insan yang suka kepada fesyen dan gaya terkini.
4.Menyediakan keperluan produk kebersihan diri
Isteri adalah cerminan kepada suami.Isteri dan suami yang pembersih adalah hasil gaya hidup keluarga yang hebat. Mereka pembersih dan mengutamakan kebersihan dalam kehidupan harian.
Suami yang hebat akan memastikan isteri mereka berbau harum luar dan dalam. Sebab itu bajet untuk membeli produk kebersihan diri seperti minyak wangi, sabun, losyen dan syampu tidak boleh diabaikan kepada isteri.
Sekiranya suami mampu, wajar sungguh untuk membelanja isteri pergi spa atau butik kecantikan.
Cantikan isteri sendiri lebih baik daripada mengkagumi kecantikan wanita yang bukan milik mereka.
5.Keperluan ubat-ubatan kecemasan
Sakit tidak mengira masa dan tempat. Mungkin tengah malam buta dan sebagainya. Suami yang bijak perlu tahu menyediakan keperluan ubat-ubatan kepada isteri mereka.
Ubat sakit perut atau pening kepala perlu ada dalam First Aid Kit. Khaskan belanjawan ini untuk isteri kerana sudah termaktub dalam tanggungjawab nafkah isteri.
Dalam ertikata yang lebih luas, sakit pening dan soal kesihatan adalah tanggungan suami.Tidak boleh diabaikan walau apapun alasan.
Perkara terpenting juga, sediakan suplimen kesihatan seperti produk Volten International untuk isteri tercinta.
Kesimpulan
Nafkah isteri adalah tanggungjawab tuntas suami. Ini belum termasuk soal amanah yang lain.
Lihat dahulu perkara asas yang wajib penuhi dalam memastikan tanggungjawab suami benar-benar terlaksana.
Memang benarlah seorang suami tanggung semua ini di dunia dan jawabnya pula di akhirat nanti. Jangan risau atau takut untuk memikul tanggungjawab ini kerana ia adalah lumrah setelah seorang lelaki bertukar status menjadi suami.
Rasanya sebelum mendapat isteri, wajib pula baca artikel tentang 5 Tips memikat hati wanita agar mudah tergoda
- kemas kini 1/9/22
betul tu min, selalunya org pikir kalau nafkah tu yg zahir dan batin je…
tu pun kadang ada je suami yg tak bagi nafkah wang ringgit pd isteri bilamana isterinya pun bekerja
ramai yang tidak tahu kot..
kalau rasa takut di akhirat nanti..
bincang elok-elok antara suami dan isteri
Mmg besar tanggungjawab suami kpd isteri dan keluarga. Tanggungjawab tu bukan shj di dunia malah akan dipertanggungjawabkan juga di akhirat nanti. Terima kasih atas perkongsian peringatan ini tuan.
inilah tanggunjawab yang perlu dipikul oleh suami ..
wajib tahu dan semoga ianya bermanfaat
satu panduan yang berguna untuk orang bujang macam saya ni =)
orang bujang dan orang dah kahwin perlu ambik tahu bro
ada satu artikel sy baca. ramai org salah anggap tentang nafkah batin. sebenarnya nafkah batin tu contohnya bagi isteri gembira, ckp baik2, beri pujian, jg hati dia, buat dia sentiasa tenang dan gembira agar tak terseksa batinnya berkahwin dgn lelaki yg dipanggil suami.
akhir artikel tu ada menyebut, belajar jd lelaki dulu sebelum jd suami hehehe org pompuan pun sm jg
anies recently posted…V-Soy Multi Grain sesuai untuk yang nak kurus
betul tu..
batin adalah dalaman, perasaan dan nukan yang itu jer.
saya sebetulnya segan juga dengan topik rumahtangga nie