Sedekah Umpama Formula Luarbiasa Untuk Jadi Jutawan

Sedekah adalah formula luarbiasa untuk mengubah orang susah menjadi jutawan.Ilmu ini saya perolehi dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2 hasil karya Fathuri Salehuddin.

Mungkin ada yang masih belum percaya bagaimana sedekah boleh menjadikan seseorang kaya, jutawan dan hidup bahagia.Menurut penulis ini, sedekah adalah  formula luarbiasa untuk orang susah menjadi jutawan.

Jom saya kongsikan bagaimana  sedekah boleh membantu kita menjadi apa yang kita ingini dalam hidup ini.In shaa Allah apa-apapun boleh berlaku dengan meletakkan keyakinan mutlak kepada Allah SWT semata-mata.

Lihat pada carta mudah bawah ini:

Tangga 1: RM1
Tangga 2: RM10
Tangga 3: RM100
Tangga 4: RM1,000
Tangga 5: RM10,000
Tangga 6: RM100,000
Tangga 7: RM1,000,000

Berdasarkan tangga-tangga tersebut kelihatan enam tangga untuk dilalui supaya kita berada di tangga ke tujuh iaitu tahap jutawan.

Formula ini nampak mudah dan praktikal.Sebabnya menggunakan sedekah sebagai modal bersama keyakinan, doa dan usaha yang berterusan.Persoalannya sama ada lambat atau cepat.

Peganglah janji Allah seperti mana yang ada dalam dua ayat dalam Al Quran dibawah ini.

” Sesiapa berbuat kebaikan  mendapat 10 kali ganda amalannya” Surah al- An’am: Ayat 160

” Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dihendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikan, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki ‘ – Surah Saba’ : Ayat 39

Untuk lebih mudah memahami anggap sahaja balasan yang Allah bagi untuk nilai sedekah digandakan 10 kali.Mungkin jauh tinggi sehingga 700 ganda.Sesungguhnya sedekah adalah formula yang amat luarbiasa.

Tangga 1

Tangga  adalah simbolik kedudukan kewangan seseorang.Jika orang susah boleh bermula dengan tangga 1.Mulakan tabiat bersedekah dalam jumlah paling kecil sepeti 10 sen.Orang lebih senang boleh terus bermula di tangga 3 dan seterusnya.

Saya sudah mulakan sedekah dengan tangga 1.Buat apa malu bossku jika memang sudah tahu hidup susah.Jika mampu bersedekah RM1 pun apa salahnya.

Duit RM1 ini tolong pecahkan menjadi syiling 10 sen.Kalau nak sedekah terus RM1, tidak ada masalah sebenarnya.Masing-masing punya cara dan kreativiti.

WAJIB BACA :   Cerita Lelaki Kelaparan Yang Benar Berlaku Di Perantauan

Duit syiling 10 sen yang telah dipecahkan menjadi 10 keping boleh disedekah selama 10 hari ke dalam tabung masjid.Kita tidak tahu syiling yang mana satu ada nilai keberkahannya atau Allah gandakan menjadi RM10

Mungkin pada hari tertentu ada amalan sedekah kita telah Allah bayarkan segera.Inilah rasionalnya bersedekah dengan mempunyai pecahan.

Nak bagi budak-budak sekolah pun boleh.Janji sedekah nilainya RM1 sudah kita laksanakan.

Apabila sudah bersedekah genap RM1 minta doa dengan Allah agar diberi jalan dan ilham bagaimana nak dapat duit RM10 pula.

In shaa Allah bila sudah dapat duit RM10 atau lebih sila teruskan amalan bersedekah seperti sebelum ini.Sebab objektif kita nak pijak tangga yang seterusnya

Tangga 2

Setelah pembaca sudah ada duit RM10 dalam tangan dan memang berniat untuk bersedekah jangan bertangguh lagi.Duit RM10 ini pecahkan menjadi RM1 sebanyak 10 keping.

Duit ini sila sedekah kepada mereka yang memerlukan atau tabung masjid selama 10 hari.Nak selang seli pun boleh.Sebab cara kita bersedekah ikut seni dan kreativiti sendiri.

Setelah sudah genap sedekah RM10 maka kuatkan azam, usaha dan ikhtiar supaya Allah cukupkan duit menjadi RM100 pula.

Bagi mereka yang berniaga boleh tambahkan jualan agar menambah keuntungan.Mereka yang makan gaji pula boleh memikirkan cara untuk kerja sambilan atau apa sahaja yang baik untuk dapatkan lebihan duit RM100.

Jika dalam buku yang saya baca, kita boleh serahkan sahaja urusan ini kepada Allah.Tugas kita cuma memberi sedekah.Namun begitu jka tidak berikhtiar dan berusaha secara fizikal macam tak best la pulak.hehehe.

Tangga 3

Sekarang ini pembaca sudah diandaikan memilliki lebihan bajet RM100 dalam tangan.Sudah terfikir pulak nak makan di restoran segera atau tengok wayang.

Nanti dulu.Perjuangan kita belum selesai.Duit RM100 yang kita ada itu jomlah disedekahkan sebagaimana kita buat ketika berada di tangga 2 sebelum ini.

Pecahkan RM100 menjadi 10 keping bernilai RM10.Kalau nak gempak pecahkan kepada 100 keping bernilai RM1 pun boleh.Ikut citarasa dan kemahuan sendiri.

WAJIB BACA :   Kebaikan berjogging yang perlu kita tahu

Duit RM100 yang kita ada ini boleh disedekahkan kepada anak sendiri ke, anak buah ke, anak janda meletop sebelah rumah ke atau tabung masjid pun tak kisah.Yang penting sedekah berjalan macam biasa untuk genapkan nilai RM100.

Kita tidak tahu yang mana satu sedekah tadi telah Allah gandakan menjadi RM1,000.Lebih-lebih lagi jika sedekah tersebut sampai ke tangan orang yang benar-benar memerlukan.Kebetulan pula doa mereka makhbul menjadi asbab duit kita berganda menjadi RM1,000.

Tangga 4

Dengan memiliki duit tambahan RM1,000 dalam tangan memang boleh rabun mata dibuatnya.Jika pembaca minat gajet tidak mustahil terlintas dalam hati untuk menukar telefon pintar yang baharu.

Sekali lagi saya ingatkan misi kita belum selesai.Ada beberapa anak tangga yang perlu dipijak untuk sampai ke tangga 7.

Seperti biasa dengan duit RM1,000 dalam tangan memang menggigil juga nak pecahkan menjadi 10 keping duit RM100.Jika nak duit RM50 pun tiada masalah.Duit tersebut akan menjadi 20 keping.

Pada masa ini kita boleh mencari 10 keluarga yang benar-benar susah untuk dibantu sekiranya ahli keluarga sendiri ramai yang hidup senang.

Wang bernilai RM100 ini boleh kita bagi tunai atau dalam bentuk makanan kepada 10 keluarga susah.Ikut kreativiti masing-masing.Sendiri punya duit sendiri punya bikin la..kan.

Kita tidak tahu rahsia keajaiban sedekah.Dalam 10 keluarga yang kita tolong tersebut mungkin ada satu keluarga doa mereka mustajab.Tanpa disedari bisnes kita semakin maju atau kita naik pangkat dan sebagainya.

Insha Allah pembaca akan dapat lebihan duit RM10 ribu.Mungkin dalam masa terdekat atau masa yang jangka panjang.

Tangga 5

Berada di tangga ini pembaca sudah bersedia untuk meneruskan aktiviti sedekah dalam jumlah RM10 ribu.Duit ini seperti biasa kita pecahkan menjadi 10 bahagian.Satu bahagian ada RM1 ribu.

Dengan adanya duit RM10 ribu untuk disedekah lagi mudah proses mencari penerima.Carilah 10 pusat tahfiz atau 10 rumah anak yatim atau rumah kebajikan yang lain.

Mereka memang berlapang dada untuk menerima sumbangan RM1 ribu dari pembaca.Kalau RM1 mungkin tak sesuai sangat.Apatah lagi 10 sen seperti apa yang saya buat ketika berada di tangga 1.

WAJIB BACA :   3 Tip Untuk Kekal Bahagia Dalam Keluarga

Kita tidak tahu anak tahfiz yang mana satu atau anak yatim yang mana satu boleh mendoakan kita dapat ganjaran duit RM100 ribu.

Dapat RM100 ribu dari hasil yang tidak sangka memang amat disyukuri sangat-sangat.

Tangga 6

Alhamdulillah sekarang pembaca  berada di tangga 6 ini dan boleh dianggap insan yang pemurah dan sudah kaya.Pembaca sudah bersedia untuk memberi sedekah sebanyak RM100 ribu.

Seperti amalan sebelum ini, duit RM100 ribu pecahkan kepada 10 pecahan bernilai RM10 ribu.

Duit RM10 ribu ini boleh kita sedekahkan terus ke 10 masjid yang terpilih.Bincang elok-elok dengan pihak pengurusan masjid untuk beli makanan kepada orang yang dalam kesempitan.Mereka mungkin perlu beras,gula,tepung atau minyak masak.Letak di masjid dan boleh diganti bila bila mampu.Tujuannya agar lebih ramai lagi dapat manfaat.

Jika tidak pun duit RM100 ribu sebagai wang khairat kematian kepada keluarga yang susah di kampung.Cari Ketua Kampung atau mereka yang terlibat dalam soal-soal kematian.Gunakan duit RM100 ribu sebagai infak dalam membantu urusan jenazah dan sebagainya.

Kita tidak tahu mungkin ada dikalangan orang kampung mendoakan kita jadi jutawan pulak.Wang dalam tangan kita bisa menjadi berjuta-juta.Paling kurang satu juta ringgit.

Tangga 7

Pembaca kini sudah bergelar jutawan.Pembaca sudah ada wang berjuta-juta dalam simpanan.Pada masa ini wajib untuk bayar zakat pendapatan sebanyak 2.5 peratus atau RM25 ribu setahun.

Terpulanglah kepada pembaca untuk terus bersedekah atau melaburkan duit untuk membeli tanah sebagai infak dan wakaf.

jutawan app

Penutup

Saya berdoa agar tujuh tangga ini mampu kita lalui dengan jayanya.Percayalah balasan yang Allah kurniakan mungkin dalam bentuk duit, bisnes semakin maju, kenaikan pangkat dan anak-anak berjaya dalam hidup mereka dan pelbagai lagi.

Saranan yang saya kongsikan ini cuma panduan asas bagaimana perjalanan orang susah boleh menjadi jutawan dengan formula sedekah.Kalau tidak di dunia pasti di akhirat nanti.

Jom jadikan tabiat sedekah sebagai amalan sepanjang hayat.

Sila lanjutkan bacaan ke artikel ini pula:

P/s: Sedekah yang paling senang share sahaja artikel ini.Mana tahu orang yang rajin share nanti akan menjadi jutawan.Aamiin.

Comments 34

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge