Perkahwinan childfree
Perkahwinan childfree bukan perkara baharu walaupun agak sukar untuk diterima oleh kebanyakkan orang.
Secara asasnya berkahwin memang tujuan mahu ada anak sebagai penyambung zuriat dan legasi generasi.
Sejak akhir ini, ada segelintir masyarakat di negara ini mengamalkan gaya hidup perkahwinan childfree atau tidak mahu ada anak.
Mereka hidup sebagai suami isteri dengan cara merancang kehamilan sampai bila-bila.
Bagaimanapun kes suami isteri tiada anak kerana masalah kesihatan bukan isunya di sini.
Suami isteri yang childfree ini beranggapan bahawa ada anak akan menjejas komitmen kerja dan kos hidup serta hambatan kewangan.
Ya tidak dinafikan, ada anak kos hidup memang tinggi dan perlukan sumber kewangan yang kukuh.
Tanpa kewangan yang mantap maka risiko untuk pergolakan rumah tangga seperti penceraian memang tinggi pada zaman ini.
Tidak hairan ramai manusia berpaksi kepada wang ringgit dan berkiblat harta benda untuk hidup senang.
Anggapan mudah hanya ada duit yang cukup atau banyak duit barulah ada anak dalam rumah tangga.
Cara fikirnya begini..
Bayangkan saja bayi perlukan pakaian, makanan dan pengasuh.
Selepas itu anak masuk sekolah dan seterusnya universiti maka logik sekali memerlukan duit yang banyak.
Pemikiran takut susah dan takut miskin kerana ada anak tidak sepatutnya berlaku.
Memang ada pendapat, ada anak maka adalah rezeki.
Tetapi perlu juga ingat rezeki yang dimaksudkan bukan sekadar duit tetapi rezeki seronok dan bahagia itu perlu diambil kira.
Sebagai orang Islam dan beriman, hidup susah atau senang adalah ketentuan dan ujian Allah SWT kepada hambaNya.
Ada anak atau tidak bukan penentu hidup susah dan melarat.
Bahkan orang bujang yang tiada komitmen sekalipun belum tentu hidup senang.
Pokok pangkalnya, hidup perlu diteruskan kerana takdir, qada dan qadar sudah tertulis dalam sejak azali lagi.
Apa-apapun keputusan golongan yang memilih perkahwinan childfree ini perlu juga masyarakat hormati selagi mana tidak bertentangan dengan hukum-hakam negara dan menentang arus akidah agama.
Itu saja pendapat saya dan bagaimana pendapat anda.
Hmmmm…..kalau tangguh sebentar nak ada anak mungkin ok. Mungkin sebab study kat luar negara atau ada benda2 nak kena tangguh nak ada anak…..tapi kalau memang tak nak anak errr apa purpose dia berkahwin tu? Kalau berkemampuan nak tambah la umat Muhammad di muka bumi ni. Unless dia memang tak boleh ada anak sebab penyakit atau sebagainya…..
itulah masalahnya sekarang…
tak nak ada anak sebab takut susah dan ia sangat tidak wajar juga
iya sih memang ada beberapa perkawinan yang lebih memilih gak mau punya anak…itu hak dan urusan mereka sendiri, tapi tujuan kawin/menikah salah satunya biasanya ingin memiliki keturunan, tapi kesiapan mental dan fisik juga keuangan harus di persiapkan sedari awal, masalah biaya mahal karena alasan punya anak ya memang sudah menjadi resiko dan tanggung jawab, itu semua bagian dari kehidupan perkawinan,tapi sekali lagi itu pilihan.
Baguslah Heni faham situasi ini
bagaimanapun…kalau lihat pro dan kontra..sudah tentu childfee banyak konta sebenarnya
Halo Mr Hanafi salam kenal. Blog dan tulisan yang menarik
ya terima kasih dan salam kenal juga Nova
Saya oldskool. Saya rasa janggal dengan dakyah childfree atas pilihan ni. Tapi itu pendapat saya, tidak mewakili pendapat orang lain 🙂
tak pe…
masing-masing ada pilihan dan pilihan yang terbaik mestilah pada ajaran agama Islam
saya hampir childfree tapi bukan karena keinginan, tapi karena emang awalnya g dikasi,
eh sekarang malah dikasi, alhamdulillah
tidak mengapa….itu ada pilihan masing-masing
memang faham ekonomi sekarang susah nak afford untuk jaga anak but maybe boleh buat perancangan kan? i mean, zaty kalau nak kahwin pun mesti nak ada anak and family but the choices are theirs. thank u for this sharing!
merancang untuk awal perkahwinan bukan satu masalah
yang menjadi masalah jika tidak mahu ada anak terus
child free… mungkin prinsip mereka kawen nak enjoy as a married couple saja, x sanggup utk pikul komitmen anak
er, tertaip bm formal indah.. so far lom jumpa gik spesis yg kawen tp milih utk child free
aok…kawen sekadar nak enjoy tapi ada yang terpaksa berbuat demikian kerana faktor kewangan yang terhad gilak
kmk ada jumpa pasangan yang sikda anak kerana masalah kesihatan
First time mendengarnya tentang gerakan perkahwinan tanpa anak ni. Ini bukan sahaja bertentangan dengah Islam bahkan ia juga bertentangan dengan fitrah manusia yang mahukan zuriat. Hairan ada yang pada saya terlebih berfikir tentang akibat sedangkan semuanya telah tertulis. Tidak perlu berlebihan berfikir dan membuat perancangan.
Isu ini sudah dibicara dalam media sosial…cuma tiada data yang dijumpai
mungkin masih isu tepencil dan belum belum tersebar sangat
Baru tahu ada aliran sebegitu .. siapa guru mereka agaknya ya?
Mohd Shubhi Abdul recently posted…Kenapa anda perlu pergi taman bila risau dengan perniagaan yang sedang dijalankan
Aliran ini memang sudah ada cume belum dihebohkan sangat kerana seperti pilihan masing-masing
entahlah…saya pun tidak tahu siapa guru mereka
untuk yang beragama Islam, childfree tu sendiri pun dah bukan tujuan berkahwin tu..tapi, masing-masing ada pendapat sendiri…tetapi selagi mana pasangan tersebut masih boleh menerima kanak-kanak (anak kawan, anak saudara @ mana2 anak kecil), Insya-Allah satu hari nanti akan terdetik juga untuk merasa anak sendiri…
KIta mohon doa yang baik-baik kepada mereka yang aliran chilfree
memamng menentang arus juga tapi tulah…pendapat masing-masing
terpulang pada masing-masing tp anak bukanlan satu bebanan malah membawa rezeki.
anamizu recently posted…Jejari Ketam Crispy
Sebagai seorang ayah….saya memang suka anak-anak dan itu pun salah satu tujuan saya kahwin hehehe
kalau x silap smlm sy terbaca sepintas lalu. haram hukumnya berkahwin jika ada niat nak child free… kalau silap tlg perbetulkan…
saya masih mencari fakta tersebut dan dalinya..
nak memutus haram atau sebaliknya kita tunggu sehingga jumpa fakta yang sahih
sebagai orang beriman…jangan takut ada anak kerana soal rezeki hanya Allah sahaja yang aturnya
Perkahwinan itu menambahkan umat Nabi Muhamad saw dgn ada kelahiran. Setiap perkahwinan yg kemudiannya dikurniakan anak adalah fitrah. Belum atau lambat dpt anak itu ujian dari Allah.. Tapi sendiri tak nak anak selepas berkahwin itu luar fitrah manusia..
Betul pendapat tuan…
Dari sudut agama …berkahwin memang untuk dapat anak dan jika toada anak bukan rezeki
to be honest ya bang, saya penganut childfree sebenarnya. sebelum dengan suami , saya pernah sepakat dengan ex saya utk tidak punya anak. bukan Krn masalah biaya, tp kami tak suka anak2′. saya sendiri tak ada kesabaran menghadapi anak2′. kalau bagi orang lain anak2′ itu lucu, gemas etc, bagi saya tak samasekali.
tapi memang saya tak jodoh dengan ex saya itu. lalu ketemulah dengan suami sekarang. ternyata dia suka sekali anak2′.
kami pernah sempat putus saat masih pacaran. hanya Krn tak ketemu kata sepakat ttg anak. dia mau anak, saya tak nak.
tapi Allah memang pembalik hati kan.
saya pikirkan lagi, apa yg saya rasakan kalo sampai pisah selamanya dengan dia. selain masalah anak, suami saya ini tipe yg sangaaat mengerti saya. cuma dengan dialah saya bisa jujur, bisa nangis, ketawa, tanpa ada yg ditutupi. dia sahabat saya, dia soulmate saya.
akhirnya saya mengalah. saya mau punya anak, demi dia, bukan demi saya.
dan dia pun akhirnya kasih saya babysitter utk bantu mengurus anak2′, juga asisten supaya saya tak pening dengan urusan rumah dan anak. itu lah kenapa kami saling melengkapi.
dan syukurnya, lama2 pun saya mulai suka dengan anak2′..at least anak saya sendiri 😄. walopun terkadang masih marah jika mereka nakal, tapi tak lah sampai pukul, itu tak akan saya lakukan.
bersyukurnya, Allah KSH saya anak yg penurut. dari mereka bayi sampai sekarang , mereka tipe anak yg tidak pernah menyusahkan ❤️.
Alhamdu;illah…
Fanny dapat suami yang bertentangan fahaman yakni mahu anak.
saya faham…bukan semua mahu ada anak kerana menjejaskan lfestyle sesorang..
terima kasih juga bagi pandangan dan pengalaman yang tulus begini
anak2 pelengkap rumah tangga dan sebagai penyambung keturunan…
Betul…
itu yang sepatutnya dalam benak fikiran kita semua..
Ya, saya ada kawan yang memang tak nak anak..Dia suka bertanya terlebih dahulu time berkenalan dengan someone.. Haha..Sabo jela..Sampai sekarang tak kawen lagi 😂
tak pelah…
mungkin belum jodoh kot
tujuan orang kahwin memang mahu anak
Rasanya di negara-negara Bar at yang banyak kes begini.
itu sudah semestinya..
anak itu pilihan kedua sudah
fahaman barat ini tidak sepatutnya dibawa masuk ke dlm fikiran kita para muslimin dan muslimat sekalian. Anak itu rezeki dari Allah. Sy pun dah ada 5 org anak. Alhamdulillah..
abam kie recently posted…Nasihat kepada rakan guru
tulah abam Kie
pemikiran begitu tidak wajar untuk beriman
ada anak ada rezeki
susah memang susah tapi pahala akan diberi Allah SWT
child free sindrome ni salah satu kes denial jer…sebab tembak tembak tak lekat maka nak deny terus jadikan trend
trend yang dibenci Nabi Muhammad kerana nabi inginkan umatnya ramai
Snapbackpacker recently posted…Bukit ‘Terbelah’ dan Panorama Ternakan Lereng Bukit Ala Eropah Di Bukit Chabang Mari Perlis
hahaha…
tembak saja
apappun tembak sebarang tanpa strategi memang tak baik juga