5 ciri suami yang jadi idaman isteri

Sebetulnya topik ini bukan perkara baharu dalam dunia maya sekarang ini. Kalau bukan dalam blog ini, info tersebut boleh diperolehi dalam platform media sosial yang lain.

Jom kita teruskan dan telusuri perkongsian tersebut.

1.Tanggungjawab

Apabila sang lelaki sudah melafazkan “saya terima…..” ketika akad nikah dilangsungkan maka bermula episod baharu untuk memikul tanggungjawab memenuhi keperluan zahir dan batin isteri.

Selepas itu tanggungjawab berterusan dan berlanjutan kepada seluruh ahli keluarga seperti anak-anak dan sebagainya.

Pendek kata dan ringkas cerita, tanggungjawab suami kepada keluarga sehingga akhir hayat.

2.Kekuatan

Kekuatan apa yang diperlukan oleh suami?

Tak lain dan tak bukan kekuatan fikiran dan fizikal, emosi dan rohani dalam mendepani cabaran rumah tangga.

WAJIB BACA :   8 kebaikan hubungan intim yang ramai ingin tahu

Kuat mencari keperluan kebendaan itu satu tuntutan tanpa bantahan.

Bahkan kuat untuk memenuhi keperluan batin isteri jadi tunjangan keharmonian.

Selari dengan maksud jenama KukuBima yang popular di Indonesia.

“Kurang kuat bini marah’ hehehehe

 

3.Kewangan

Meminjam kata bossku, “ cash is king” maka suami yang mempunyai kewangan yang mantap, kukuh dan stabil dilihat lebih berkaliber pada mata isteri.

Wang jadi keperluan dalam semua perkara untuk mendapatkan makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan dan sebagainya.

Kekurangan wang menjadi beban dan cabaran untuk memenuhi apa yang keperluan sekarang ini.

Sebab itu suami digelar ketua keluarga dan bukannya ‘biawak hidup’ hehehe.

Sebagai ketua rumah tangga harus ada kelebihan dari segi kewangan.

WAJIB BACA :   Wanita dua suami....

4.Kesabaran

Suami yang sabar sinonim dengan sikap pemaaf, bertoleransi dan mudah diajak berbincang.

Tanpa sikap sabar, suami boleh jadi lelaki yang panas baran dan boleh melakukan kekerasan kepada pasangannya.

Bukan itu sahaja, suami yang sabar mampu menghadapi karenah isteri yang selalunya mahu menang dalam setiap pertikaian, konflik dan perbezaan pendapat.

5.Komitmen

Suami terbaik bukan dinilai dengan empat perkara di atas sahaja.

Sebaliknya penilaian yang wajar lebih terarah dan terfokus kepada komitmen suami kepada isteri dan anak-anak.

Apa itu komitmen?

Komitmen yang dimaksudkan adalah pendirian dan perbuatan suami tidak kepada yang lain selain isteri dan keluarga.

Dalam memperjuangkan komitmen tersebut, si suami akan membimbing isteri ke jalan Allah SWT agar dapat masuk syurga bersama-sama.

WAJIB BACA :   Usaha jadi kaya pilihan terbaik...ini sebabnya !

Komitmen dalam sisi lainnya diumpama seperti suami tidak menjeling wanita lain kerana dia tahu perbuatan tersebut melanggar nilai tersebut.

Nampak macam sempurna dan kesempurnaan itu tentulah amat sukar ditemui dalam kehidupan sebenar.

Kesimpulan

Seandainya sang isteri sudah ada suami yang memiliki ciri-ciri yang dibincang ini maka bersyukurlah selalu.

Bersyukur melalui hati, lidah dan tindakan.

Jika belum memiliki semuanya, bersyukur juga walaupun hanya ada satu ciri sahaja.

In shaa Allah dengan bersyukur, nikmat yang kita ada akan bertambah.

Percayalah.

31 thoughts on “5 ciri suami yang jadi idaman isteri”

  1. banyak tanggung jawab suami terhadap keluarga…. tak sekedar penuhi kebutuhan ekonomi…. selalu bersyukur dengan apa yg sudah di berikan.

    Reply
  2. agreee Abang 👍👍. yg terpenting dari semua di atas kesabaran buat saya. Krn saya sendiri tipe tak sabar. jadi saya butuh suami yg bisa handle tiap kali saya emosi dengan anak2. biasanya suami yg menenangkan.

    saling melengkapi antara suami istri kan.

    yg lainnya penting juga. tapi kalo bisa jgn sampai pakai kuku bima 😂😂😂. nanti addict pula 🤭🤭

    Reply
  3. Kadang2 kita nak itu ini daripada suami tapi suami juga manusia biasa. Janji yang bertanggungjawab kepada agama dan keluarga, bukan pemarah / kaki pukul, tahu tanggungjawab mencari nafkah. Pernah dengar adik ipar kawan saya pilih isteri jururawat, doktor (yg berkerjaya). Dia pula duduk rumah lenggang kangkung. Dah terbalik pulak. Isteri-isteri cari nafkah. Dia ada beberapa orang isteri. Hmmm….

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge