Baju sekolah putih cumalah cerita rekaan semata-mata dan tidak berkaitan dengan sesiapa sahaja, baik yang maih hidup atau sudah tidk bernyawa.
Nama saya Leman. Di sekolah, kawan-kawan panggil saya Lemis. Mereka buat singkatan nama. Lemis merujuk kepada Leman Miskin.
Tak baik la begitu. Apa-apapun, saya hanya mampu bersabar.
Saya memang berasal dari keluarga miskin. Ibu dan ayah berpisah sejak saya kecil lagi. Menurut ibu, ketika itu saya berumur 3 tahun.
Demi menyara keluarga, ibu saya terpaksa bekerja sebagai pencuci tandas. Saya tinggal bersama nenek yang sudah uzur. Ibu saya terpaksa berbuat demikian. Itu sahaja cara yang ada untuk ibu saya berikhtiar cari rezeki demi sesuap nasi.
Kemiskinan yang mendesak menyebabkan saya sering diberi makan nasi berlaukkan air teh. Kadang-kadang nasi ditabur gula. Rasanya memang tak sedap. Apa boleh buat, kalau dah lapar, telan sahajalah.
Kehidupan saya amat berbeza dengan kanak-kanak lain. Mereka punyai keluarga yang sempurna.
Ada ibu, ada bapa, rumah selesa, makanan cukup, pakaian sentiasa ada. Keadaan hidup saya adalah berlawanan dengan apa yang mereka ada.
Sungguhpun begitu, saya redha. Saya bersyukur dengan ujian yang Allah bagi kepada saya, ibu, dan nenek.
Tatkala usia saya menginjak 10 tahun, saya sudah bekerja sebagai agen upahan. Itu bahasa halus. Bahasa kasarnya, saya bekerja sebagai budak suruhan.
Saya ditugaskan untuk membeli barang di kedai. Saya mengangkut barang atau apa sahaja dengan kudrat seorang budak berusia 10 tahun.
Kadar upah pula tidak menentu. Kadang-kadang dengan ucapan terima kasih. Paling tidak pun segelas air bersih dari mesin Coway.
Saat paling bahagia ketika mana saya diberi upah sehingga mencecah RM2 sehari. Itupun semasa kerja hujung minggu.
Ibu saya masih bekerja, cuma kali ini secara separuh masa kerana nak mengurus nenek saya yang semakin hari semakin uzur.
Baju Sekolah Putih
Alhamdulillah. Berkat kesabaran dan kegigihan selama berbulan-bulan, akhirnya saya mampu beli baju sekolah baru dengan potongan harga 50 peratus.
Jualan penghabisan stok lama.
Baju sekolah putih dan bersaiz besar. Ibu pesan, jangan beli saiz cun-cun dengan badan.
Belilah saiz besar gedabak supaya boleh digunakan bertahun-tahun lamanya. Dengan baju putih itulah saya guna untuk solat Jumaat. Semasa bekerja pun saya pakai baju yang sama.
Pendek kata, saya pakai baju tersebut dari pagi sampai malam. Tengah malam, cuci dan sidai bawah kipas.
Keesokannya, saya guna kembali, dan begitulah rutin sehingga berbulan-bulan lamanya.
Ketika di sekolah dan di luar sekolah, saya sentiasa menjadi perhatian. Ada sahaja mata melirik, menjeling, dan bersinar-sinar memandang saya.
Pendek kata, saya seperti pesalah. Jauh dalam hati, ada juga rasa macam retis.
Nak kata saya hensem, tak la juga. Umur baru 10 tahun. Lagipun, saya jenis peramah dan pemurah dengan senyum. Asal senyum, Lemis la tu.
Asal ada Lemis, adalah senyum. Itulah realiti saya. Miskin harta tetapi kaya budi bahasa.
Sampaikan pada satu hari, ada seorang guru kaunseling memanggil saya ke bilik guru. Saya takut. Saya macam bersalah. Seharian dalam kelas, saya gelisah.
Pada suatu petang yang indah, cikgu kaunseling memulakan bicara.
“Cikgu nak tanya ni. Leman pakai sabun apa untuk cuci baju sekolah?
Putih bersih berseri. Harum mewangi lagi tu.”
Leman tersengih. Wajahnya yang pucat ketakutan bertukar pulak jadi berseri umpama bulan purnama.
“Saya guna sabun ——-> Delourva.”
- Kemas kini 4/1/25
berkat kesabaran dan usaha lemis baju pun berseri2 ye
ya..
kesan dari menggunakan sabun delourva hahaha
wow…bagus la kalau begitu
Berkat kesabaran Zumal membaca, rupanya iklan sabun ya. Terbaik…
semoga terhibur hendaknya
Percubaan terbaik.. di awal penceritaan ada unsur-unsur kejutan..
anuar recently posted…Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
lqmq dah tak mencuba tuan
Semangat saya baca sampai habis hehehe…
hahahha..
terima kasih
Ingatkan apalah endingnya..rupanya rahsia baju Leman putih berseri-seri ya.. 😀
hahaha..
sekali sekala buang tabiat nak tulis storytelling
mesti putih macam baju baru beli
nikkhazami recently posted…Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS
ya..
kalau pandai jaga dan pandai cuci memang putih bersih
tak sabar nak baca ending rupanya iklan hehe..tapi sy suka baca storry telling..penceritaan yang menarik.tetiba rasa simpati pada “lemis”…hehe btw gud luck
susah nak dapat feel sedih
last-last cerita saya bawa rentak lawak pulak..
hahahaha
next artikel saya upkan pengalaman sebenar guna sabun tu.
terima kasih tuan kerana menghargai cerita tersebut
Hehehe…. Putih berseri akhirnya. Good story!
Wan Syahida recently posted…Shaklee Baby : Set Penjagaan Mesra Bayi, Organik, Selamat dan Semulajadi
terima kasih..
stori yang boleh melegakan fikiran
Penyampaian cerita yang baik.. Saluran emosi yang hebat dalam penceritaan..
Semoga leman sentiasa ceria memakai pakaian yang bersih lagi wangi
Dedaun Comel recently posted…Gagal Cabaran 300 Patah Perkataan Dalam 30 minit
terima kasih Bro Fareed.
tak mampu saya nak sambung story tu..
sedih sangat..
saya tukar jadi lawak jelah.