Cara menambah pendapatan sampingan

Cara menambah pendapatan sampingan ini praktikal dan sesuai untuk kita cuba ketika ini.  Ironinya kehidupan pada hari ini amat mencabar dan sukar. Ia perlu dihadapi dengan tabah dan tenang.

Tidak kira sesiapa pun anda. Baik seorang berpengalaman atau orang baharu yang berjinak-jinak untuk mencari pendapatan sampingan.

Dalam artikel ini saya cuba berkongsi 20 cara tersebut. Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk kita semua.

1.Jual barang di Shoppe

Shoppe merupakan website yang amat popular. Website ini berhantu terutama kepada golongan kaki shopping online.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menambah pendapatan boleh mencuba peluang di Shopee.

Cari produk yang bagus dan menjadi permintaan ramai. Lubuk duit sudah tersedia di sana.

2.Menjual produk di Mudah.my

Laman web ini antara yang terawal dalam dunia e-dagang. Sangat popular untuk menjual barang terpakai, baru atau lama.

Masih lagi relevan sehingga ke hari ini kerana pelawat sentiasa mahu mencari sesuatu barangan pelik atau jarang-jarang ditemui.

Amat digalakkan untuk mencuba rezeki atau mencari pendapatan tambahan dengan menjual produk di Mudah.my

Harap mudah dapat pembeli dan penjual mempermudahkan jual-beli.

3.Menyertai komuniti e-usahawan

Komuniti ini disediakan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia atau Mdec dalam membantu rakyat Malaysia celik minda dalam dunia perniagaan online.

Terdapat e-usahawan dan e-rezeki untuk memberi pendedahan kepada mereka.

Program sebelum ini percuma sahaja. Para peserta akan didedahkan ilmu pemasaran, penjenamaan dan perniagaan secara asas.

WAJIB BACA :   Ceburi 9 industri ini untuk elak pinjam duit dengan orang kaya

4. Sertai dropship

Dropship seperti orang tengah daripada syarikat kepada pelanggan.

Anda cuma mencari pelanggan untuk syarikat produk tanpa menyimpan stok.

Komisen daripada setiap jualan adalah upah untuk anda.

Mudah tak untuk melakukan dropship sebagai cara menambah pendapatan sampingan.

Jawapan ada pada kemampuan dan kesanggupan anda sendiri.

5.Menjadi Youtuber

Ramai yang suka mengambil video dan pandai pulak mengedit video.

Mengapa tidak gunakan kelebihan ini untuk menjana pendapatan sampingan.

Buat video tutorial, gaya hidup, memasak dan sebagainya.

Video ini dimuat naik ke channel Youtube dan apabila sudah mencapai kelayakan boleh menjana pendapatan.

Syaratnya sudah ada follower dan content video yang menarik.

6. Jual gambar dan video

Biar betul? Ada tak yang sanggup beli gambar dan video menarik kita.

Mestilah ada dengan syarat gambar dan video yang kita hasilkan tersebut unik dan ada value.

Bahan kita boleh dihantar ke Shutterstocks dan Getty Images. Boleh cuba dan mana tahu ada rezeki di situ.

7.Ceburi e-sport atau game online

Sesiapa yang berminat main game jangan sesia-siakan masa anda. Main game boleh duit.

Perkara ini bukan gurauan.

Jika anda bijak pasarkan diri anda dan handal bermain online game cubalah cara ini untuk menambah pendapatan sampingan.

8.Menjadi influencer di media sosial

Influencer ialah orang yang berpengaruh dan mempunyai ramai follower. Mereka ini ada peminat mungkin di Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok dan sebagainya.

Jika sudah ramai follower mengapa tidak jadikan ia cara menambah pendapatan sampingan atau utama sebagai influencer.

Influencer boleh mengenakan caj perkhidmatan kepada pemilik bisnes yang ingin dipromosikan produk atau servis mereka. Caj bergantung kepada betapa ramainya follower yang berkualiti.

Influencer mungkin menggunakan copywriting, content video mahupun gambar sahaja.

9.Menjadi pereka grafik

Kemahiran menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop atau Illustrator amat bernilai.

WAJIB BACA :   3 ‘BIG WHY’ saya buat bisnes Volten International

Nilainya anda boleh menjual servis editing anda bagi membantu pelanggan menghasilkan packaging atau sticker produk mereka.

Cubalah dan ia amat berbaloi untuk dicuba. Tak cuba tak tahu. Tak ada tindakan pasti tidak ada hasil.

10.Pereka laman web

Mungkin anda ada bakat dan kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan laman web atau rekabentuk blog.

Jadikan jangan pendam bakat tersebut begitu sahaja. Cuba buat promosi untuk beritahu anda memang boleh menghasilkan laman web atau rekabentuk blog yang menarik.

Pekerjaan sebagai pereka laman web tetap ada permintaan kerana dunia pada hari ini menggunakan digital hampir dalam semua aspek kehidupan.

Jadikan seorang yang separuh masa atau freelance sebagai permulaan.

11. Menjadi pengurus media sosial

Rakyat Malaysia kalau tidak main media sosial memang tidak sah. Mana tidaknya telefon dan talian internet sudah seperti aur dengan tebing.

Kepada sesiapa yang ada kecenderungan begini mengapa tidak menjadi pengurus media sosial yang diupah kepada peniaga online untuk jaga page mereka.

Hubungi pemilik bisnes dan tawarkan diri untuk pengurus media sosial mereka.

Dapatlah pendapatan sampingan. Tak banyak tak pe. Janji ada sumber pendapatan tetap dan sentiasa mengalir seperti air paip.

12. Menjadi seorang penulis blog

Inilah pekerjaan yang saya suka dan sangat saya gemari sejak dari dahulu.

Untuk menjadi seorang blogger, tidak perlu kelayakan tinggi.

Cukuplah ada kemahuan untuk berkongsi manfaat untuk orang lain. Tulis la apa sahaja yang menarik.

Apabila konten sudah menarik boleh mohon akaun Adsense. Boleh juga pasang iklan affiliate atau menulis review produk dalam blog.

Kerja-kerja begini akan dibayar dan anda akan mendapatkan sumber pendapatan sampingan.

13.Jadi cikgu tuisyen

Peluang ini terbuka luas kepada para pendidik atau guru. Terpulanglah kepada guru muda atau guru yang sudah berpencen.

Kemahiran seorang pendidik boleh digunakan sebagai cara untuk menambah pendapatan sampingan.

14. Jual produk kraftangan

Produk kraftangan sentiasa mendapat permintaan di kalangan masyarakat.

WAJIB BACA :   5 cara buat bisnes online yang simple lagi best

Potensi pasaran juga luas dan boleh maju ke hadapan jika kena dengan cara dan keunikan produk kraftangan tersebut.

Yang menariknya ia boleh mendatangkan pendapatan kedua. Siapa yang rajin dan ada kemahiran sudah pasti sangat beruntung.

15.Bisnes makanan

Makanan merupakan bidang yang sentiasa mendapat permintaan dalam apa jua keadaan. Jadi ceburi bisnes makanan secara separuh masa memang berbaloi.

Mungkin anda berminat buat kek atau pastri. Jual secara online atau secara kecil-kecilan memang boleh menjana pendapatan kedua.

16.Ejen Top Up telco

Nampak macam remeh. Tetapi komisyen boleh tahan juga jika sales tinggi. Lagipun telco adalah bisnes yang kukuh dan meluas permintaanya.

Hampir semua orang ada telefon bimbit jenis prabayar. Lebih-lebih lagi golongan muda atau remaja.

Jadi ejen top up boleh dicuba untuk menambah pendapatan yang sedia ada.

17.Jual barang terpakai

Tidak kira baju, peralatan rumah, perabot dan sebagainya boleh dijual semua sebagai barang terpakai. Cari barang terpakai dan cari juga pembeli.

Hasil usaha kita berbaloi jika kena caranya.

18. Promosi affiliate

Inilah cara paling mudah untuk dilakukan kerana tugas kita hanya membuat promosi link affiliate.

Jika ada jualan kita akan dibayar komisyen sehingga 50 peratus. Perlu juga ingat bukan mudah untuk menyuruh orang membeli produk dari link affiliate.

Ada cabaran dan halangan tersendiri. Misalnya salah sasaran pasaran dan masa yang tidak tepat.

19.Ejen takaful

Kerjaya takaful sangat mulia kerana membantu orang dalam pengurusan kewangan peribadi. Malah membantu orang yang terkena musibah dengan caruman, hibah dan sebagainya.

Namun begitu tugas ini agak mencabar kerana ramai di antara kita tertutup minda berkaitan risiko dan jangkaan masa akan datang.

Oleh kerana kerjaya ini mencabar tetapi memberi imbuhan yang lumayan. Sesuai kepada mereka yang suka cabaran dan boleh dilakukan secara separuh masa.

20.Bisnes networking ecommerce

Di antara banyak cara menambah pendapatan sampingan, bisnes networking ecommerce diakui paling cepat dan paling terbukti menghasilkan kejayaan. Antaranya bisnes bersamaa Volten Internatioal

Percaya tak dengan modal yang sangat kecil, keuntungan pula sangat besar dalam bisnes tersebut. Sekali pandang sukar untuk dipercayai namun saya bersedia memberi penerangan percuma kepada anda yang berminat. Caranya dengan mengikuti salah satu langkah berikut:

1.Whatsapp saya sekarang  dengan blik button di bawah :

KLIK SINI

2.Bacaan lanjut mengenai bisnes networking ecommerce ada di bawah ini :

arrow

Volten International  

Comments 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge