Persediaan sebelum dan semasa berkahwin 

Berkahwin adalah impian hampir semua orang. Namun ada juga yang tidak kisah sama ada berkahwin atau tidak. Hak masing-masing jangan pertikaikan. Mereka ada alasan tersendiri.

Berkahwin adalah tuntutan agama dan sunnah para Nabi. Banyak hikmah dan manfaat yang terkandung di sebalik perkahwinan.

Perkahwinan bukan perkara main-main. Ia satu tanggungjawab dan amanah yang besar. Sesiapa yang gagal bertanggungjawab dan tidak amanah sudah pasti akan mengundang kehancuran rumah tangga itu sendiri.

Dalam artikel ini, saya berkongsi dengan pembaca apakah persediaan sebelum berkahwin dan semasa berkahwin.

Sebelum berkahwin:

1.Ilmu 

Ilmu adalah pelita hidup. Ilmu boleh menjadi cahaya kepada kegelapan.

Ilmu apa yang diperlukan dalam sebelum perkahwinan ?

Sudah tentu ilmu berkaitan agama, kewangan, seksual, kesihatan dan banyak lagi.

Pendek kata semua ilmu yang baik dan bermanfaat agar rumah tangga yang bakal dibina kelak lebih harmonis dan sejahtera. Kekal lama bahagia hingga ke hujung nyawa.

2.Kewangan

Kewangan merujuk kepada pendapatan yang boleh menyara diri dan isteri. Kewangan yang stabil dan lebih daripada mencukupi adalah paling baik. Pendapatan begini menjadi harga diri seorang lelaki.

WAJIB BACA :   Padanan karekter pasangan penentu kebahagiaan

[ Peluang menjana pendapatan lebih boleh rujuk sini ]

Pendapatan yang memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal sudah kira memadai walaupun belum terbaik dalam kehidupan masa kini.

3.Sikap

Apakah sikap apa yang diperlukan untuk berkahwin ?

Seperti mana yang saya sudah katakan awal-awal tadi, sikap tersebut ialah tanggungjawab dan amanah. Ini dasar dan asas untuk membentuk keperibadian manusia.

Sikap seperti jujur, taat, menghormati dan sebagainya tidak boleh tidak. Wajib ada. Kalau belum, belajarlah untuk berubah kerana pintu taubat sentiasa terbuka luas.

Semasa berkahwin:

1.Ilmu

Sekarang masa untuk mempraktik ilmu yang sudah dipelajari. Ilmu yang paling utama tentulah ilmu agama berkaitan solat, akidah, hukum halal dan haram.

Dalam ilmu kesihatan pula, suami atau isteri wajar faham dan mengaplikasi dalam kehidupan semasa perkahwinan.

Ini belum termasuk lagi ilmu seksual yang menjadi asas kepada kebahagiaan rumah tangga. Ilmu ini mesti diamalkan sebaik yang mungkin agar memberi kesan terbaik.

WAJIB BACA :   Duda Terlajak Laris Bukan Pilihan Hati

2.Kewangan

Jika dahulunya pendapatan kecil dan ala-ala kadar tidak mengapa. Kini ketika menginjak kaki ke alam perkahwinan, mahu atau tidak mahu sumber kewangan yang besar amatlah disarankan.

Pelbagai perbelanjaan diperlukan untuk membayar komitmen bulanan seperti rumah, kereta, bil utiliti dan banyak lagi.

Bayangkan kalau pendapatan tidak mencukupi ketika  menghadapi cabaran  hidup setiap hari. Perasaan sayang boleh melayang. Tekanan perasaan dan ketenangan akan jauh dari panggang jika tiada jalan penyelesaian segera.

Adakah suami wajar berpeluk tubuh tanpa apa-apa usaha dan tindakan?. Lebih menyedihkan lagi kalau suami hanya bergantung harap kepada isteri. Ini bukan kes isteri mithali tau!

Sebab itu jangan pandang remeh isu pendapatan ketika berumah tangga. Suami bertanggungjawab penuh kepada perbelanjaan keluarga. Isteri hanya membantu. 

Wang suami adalah wang isteri dan anak-anak. Sebaliknya wang isteri sepenuhnya milik dia.  Setuju tak ?

3.Sikap

Semasa perkahwinan suami dilihat sebagai orang yang paling bertanggungjawab dan pemegang amanah kepada isteri dan anak-anak.

Isteri pula dikehendaki taat kepada selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam, hormat menghormati dan meletakkan kesetiaan hanya pada suami.

WAJIB BACA :   Cara Cari Jodoh ( Bahagian 7)

Bukan itu sahaja, sikap  saling menyayangi terus disuburkan agar cinta terus bersemi dan berkembang. Perlu dibajai setiap hari dengan keikhlasan dan kejujuran.

Seandainya isteri sudah tawar hati maka terlalu sukar untuk melihat cahaya di hujung terowong untuk melihat perkahwinan ini kekal hingga ke hujung nyawa.

Sikap adalah KPI perkahwinan yang tidak boleh diabaikan.

Kesimpulan

Baik sebelum dan semasa perkahwinan tiga perkara asas ini wajar difahami sebaiknya.

Ilmu, kewangan dan sikap adalah kombinasi asas untuk melayari alam perkahwinan agar lebih bahagia, lebih tenang dan lebih damai.

Itu sahaja. Semoga ada manfaatnya dan saya doakan sesiapa yang belum menemui jodoh moga penantian berakhir segera.

Kepada mereka yang sudah berada di alam rumah tangga, syukuri nikmat tersebut. Teruskan usaha untuk bahagia dan suburkan kasih sayang tanpa batas untuk keluarga tercinta. 

p/s Teruskan bacaan untuk artikel Siber Sukses bakal gegarkan dunia networking masa kini 

Comments 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge