Jodoh anak dara dengan suami orang bukan perkara baru.Isu tersebut hangat jadi bualan.Golongan isteri paling risau.Mereka risau kalau suami masing-masing beralih angin.Dalam erti yang lain ingin menambah cawangan yang kedua,ketiga dan keempat.
Untuk makluman.
Artikel ini sekadar pendapat untuk merungkai kenapa jodoh anak dara dengan suami orang.Jangan salahkan saya jika perkongsian ini menimbulkan kontroversi.
Rasanya tidak kot
Kebetulan juga saya terbaca buku Aduhai Isteri karya tuan Muhamad Mat Yakim. Sebuah buku yang menarik untuk dibaca oleh para isteri,suami dan sesiapa sahaja yang ingin menginjak kaki ke alam rumahtangga.
Saya bukan pakar.
Saya cuma seorang lelaki yang sudahpun menjadi suami orang.Setakat ini saya masih ada tiga tempat kosong lagi.—–> Gurau sahaja.
Table of Contents
Jodoh Anak Dara
Ikut logik akal, anak dara akan cari orang bujang untuk dijadikan suami mithali.Realiti memang begitu.Namun siapalah mereka untuk menolak takdir dan iradat Illahi.
Jodoh,rezeki dan ajal adalah RAHSIA ALAM.Konsep ini dah ramai yang faham.Yang tak faham-faham pun ada.
Lumrah.
Tentu hairan bin ajaib, ada anak dara yang cantik dan cun melecun terpikat dengan suami orang.Biarpun ramai jejaka bujang jauh lebih hensem dan menawan.
Ada juga orang bujang yang bergaya,berkerjaya dan berharta.Balik-balik suami orang juga jadi pilihan sebagai jodoh mereka.
Inilah kehebatan suami orang yang wajar diketahui semua.Para isteri patut tahu.Anak dara lagi-lagi la perlu tahu.
1.Sangat mengambil berat
Pengalaman bersama isteri telah membentuk jiwa mereka untuk menjadi seorang yang sangat mengambil berat.Sakit pening,susah payah dan rasa gelisah seorang isteri cepat sahaja suami faham signalnya.
Bahkan permintaan isteri dalam kamar tidur pasti dipenuhi tanpa alasan.Sekiranya isteri demam dan pening kepala,suami sanggup cuti separuh hari.Pergi dan balik kerja dijemput dengan penuh rela.
Perhatian yang mendalam ini terbawa-bawa kepada orang luar pula.Mungkin anak dara sepejabat,kawan-kawan Facebook dan Group Whatsapp.
Anak dara yang masih keseorangan akan cair juga kalau dilayan suami orang dengan perhatian.Tanpa niat.Lama-lama boleh berniat ke arah itu.[faham sendiri la ya]
2.Sangat penyabar orangnya
Kehidupan bersama isteri yang cerewet dan banyak songeh akan membentuk jiwa yang sabar.Suami yang sabar tidak mudah berkecil hati.Personaliti lebih matang dan menyakinkan dalam setiap tindakan.Persona pemimpin jelas terpancar kepada orang yang sabar.
Mereka sado luar dan dalam.
Wow.Kelas gitu !
Ada anak dara yang mengkagumi lelaki yang penyabar.Sayangnya ramai lelaki yang sabar itu adalah suami orang.
Nak buat macam mana.Lelaki yang baik mudah mendapat pasangan hidup mereka.Masa bujang lagi dah jadi buruan gadis jelita.
Pergh..
Sudah tentu juga anak dara inginkan suami yang penyabar.Alasan mudah.Bukan nak merampas tetapi nak berkongsi.
Siapa setuju sharing is caring…
3.Seorang yang sangat romantik
Bohonglah kalau dikatakan perempuan tidak suka lelaki romantik.Lelaki yang romantik adalah suami orang.Tidak bermakna lelaki bujang tidak romantik.
Sifat romantik ini menjadi-jadi ketika sudah berkahwin.Tidak dinafikan anak dara boleh terpesona dengan suami orang yang romantik.
Ciri ciri romantik suami orang jelas terpancar ketika berbicara,berjalan dan sebagainya.Mereka tahu di mana dan masa untuk romantik.
Contohnya sentiasa memegang tangan isteri seolah-olah tidak mahu berjauhan.Rasanya begitu.
Sangat ‘sweet’ kalau dipandang dari jauh.Orang tengok pun bahagia.
Kalau dah terbukti begitu.
No wonder!
Anak dara suka pada suami yang romantik.Mungkin ending story menjadikan suami orang sebagai jodoh anak dara.
Kesimpulan
Pendapat ini tidak bermaksud memperlekehkan orang bujang.Mereka ada kelebihan yang sukar ditandingi oleh suami orang.
Saya pun pernah jadi orang bujang terlajak.
Kelebihan suami orang kerana mereka memahami tabiat wanita.
Kelemahan anak dara cenderung kepada buaian emosi dalam kehidupan ini.
Opps——->Bukan semua la.
Saya percaya,
“kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.”
Baiklah.Saya nak tanya pembaca.
Apakah sebab lain jodoh anak dara dengan suami orang?
Abaikan dulu kerana takdir,qadak dan qadar.
Akhir kata, untuk mereka yang tengah mencari pasangan hidup cepat-cepat la singgah di laman >> Jodoh Baituljannah
Nota:
Artikel ini telah ditaja dengan rasmi oleh Minyak Herba Asmak
tak suka la topik ni
Raihanah recently posted…CoQ-Trol Shaklee Produk Terbaik Untuk Jantung
hahaha…
risaukan untuk para isteri.
Wow! Takut pula saya baca artikel ini. Haha!
Nak kena tulis ebook ni ‘How To’ Jaga Suami Baik-Baik.
Thanks good sharing.
jangan takut..
artikel itu sekadar pendapat
pesan saya jangan gunakan kelebihan itu tersebut pada anak gadis
wow…anak dara yang memerlukan kebergantungan seorang lelaki tu huhu..
mesti yang bukan yang jenis berdikari hehe
ya memang ada bro.
jenis yang manja-manja sedikit.
ok la tu kalau cantik rupa dan akhlaknya
apa salahnya kalau dah jodoh tapi kalau boleh elakkan lah kesiann
memang tak salah kalau ikut undang-undang.
kadang-kdang benda yang kita tidak suka membawa kebaikan kepada diri
Setuju..
Suami orang lebih romatik dan lebih penyabar berbanding lelaki bujang..
Anuar recently posted…Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
macam ada pengalaman je tuan.
Artikel ini membuat saya lebih bersemangat untuk menjaga dan ‘mengawalselia’ suami…huhu
itulah yang sebaiknya..
jika suami penuh perhatian dari isteri…
dia tak akan beralih arah hehehehe
tak takut kena serang dgn bini tua ke?
nikkhazami recently posted…Cara Delete Akaun Facebook
tak semua bini berani serang suami hehehe
syariat yang harus berdasarkan keperluan iman.
in shaa Allah
mgkin jg isteri suka cerita kt kawn2 kebaikn suami..shgga kwn bujg tingin nk suami cm tuu ..pas tuu..pas tuu..kadg ade bisikn..alangkah untungnya…
hahahaa..
pendapat yang bernas.
ada logik juga tu
sebab mungkin cinta itu buta. kalau dah buta cakap atau buatlah apapun tak guna. bila dah terkena barulah sedar dan masa tu dah terlambat. mungkin ada baiknya perlu contohi niat nabi muhammad dalam beristeri ramai. itu adalah sebaiknya.kalau niat tu baik, mungkin isteri tua berbesar hati untuk menerimanya.
isteri tua akan terasa juga kalau isteri muda lebih cantik dan menarik..
apa-apapun pun mungkin suratan jodoh
Salam singgah menarik untuk di baca
wsalam dan terima kasih kerana singgah.
moga mendapat manfaatnya.
poligami tu bole tp kena la adil dan saksama…bukan senang tuu…
sebab itu hanya orang terpilih sahaja layak untuk berpoligami
Saya suami orang… hihi
Sama la kita
sy x nafikan, ‘pengalaman’ suami org itulah yg membuatkan anak dara terpikat / jatuh hati. hal itu dia x dpt drpd rakan2 lelakinya yg masih bujang… jd dgn itu mereka mudah jatuh cinta dgn suami org… tp kalu jodoh dah tertulis, nak kata apa lg…
kita jalan pintas la nie..
yang untung suami orang kerana dapat 2 kali anak dara dalam hidup mereka.
hehehehe
yang ..
pakej banyak duit apabila ada kerjaya yang baik dan kewangan yang stabil
Suami org biasanya lebih romantis hehee 😀
yes..
satu sokongan padu dari suami orang
Isteri diuji bila suaminya tak punya apa.. Tapi suami diuji bila dah punyai semuanya.. Mula la nak pasang lain.. kesian bini tua.
statement sentap..
itulah kesian pada yang tua..
tapi kalau cinta penuh di dada..
tak akan la beralih arah