Kerja 4 hari seminggu sudah mrhanafi rasai sendiri suatu ketika dahulu. Ia berlaku kira-kira lebih 20 tahun yang lalu
Pada masa itu mrhanafi berkhidmat di sebuah syarikat multinational yang beribu pejabat di Amerika Syarikat.
Namun waktu bekerja mrhanafi agak panjang iaitu 12 jam sehari.
Kerja 4 hari seminggu
Dalam sebulan mrhanafi cuma kerja dua minggu sahaja dan dua minggu lagi cuti la jawapnya.
Seronok tak kalau waktu bekerja begitu?
Tak seronok, kerana mrhanafi orang yang kuat bekerja.
Kebiasaannya mrhanafi akan bekerja lebih masa pada masa cuti.
Lagipun bila cuti tidak tahu nak buat apa.
Pada masa itu mrhanafi belum terfikir lagi nak jadi Blogger atau Youtuber sebagaimana trend orang sekarang ini.
Influencer di Instagram dan Tiktok pun belum wujud lagi.
Namun mrhanafi tetap juga ada masa cuti untuk tidur, jalan-jalan dan beriktikaf di rumah Allah jika tidak ambil kerja lebih masa.
Alhamdulillah ada juga sedikit manfaat.
Kini isu kerja 4 hari seminggu sudah hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia.
Alasannya untuk menyeragamkan masa cuti penjawat awam, pekerja swasta dan pelajar sekolah.
Keadaan ini akan mengwujudkan masa berkualiti bersama keluarga yang akhirnya membawa kesejahteraan negara.
Menurut laporan BH Online menyatakan beberapa negara di dunia seperti Belgium, Iceland, Scotland, Sepanyol, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu sudah melaksanakan sistem kerja 4 hari seminggu.
Ini pendapat mrhanafi berkaitan kerja 4 hari seminggu.
Pertama, bagus untuk pekerja kerana banyak masa untuk bersama keluarga.
Anak-anak perlu perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa untuk membesar sebagai johan.
Kedua, jimat kos minyak sekiranya kurang hari ke pejabat.
Bahkan kesesakan lalu lintas boleh dikurang ke tahap yang wajar.
Ketiga, pekerja boleh gunakan masa cuti untuk cari pendapatan sampingan.
Kos hidup sekarang sangat tinggi dan kuasa membeli sangat rendah untuk golongan marhaen.
Mereka boleh buat bisnes netcommerce atau kerja separuh masa di ladang atau tapak binaan.
Masalah kekurangan tenaga kerja untuk sektor 3D ( kotor, bahaya dan kasar ) boleh diatasi.
Itupun kalau ada yang sanggup berpanas dan berhujan untuk mencari rezeki secara halal.
Keempat, majikan boleh buat sistem penggiliran pekerja.
Ramai boleh bekerja dan ini memberi peluang untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan anak muda.
Tidak dinafikan kos operasi syarikat meningkat namun jika sumber tenaga manusia digunakan sebaik mungkin maka produktiviti dan keuntungan boleh naik berkali ganda.
Kelima, syarikat boleh mengenakan sistem upah secara komisyen dan bukan secara gaji tetap secara bulanan.
Bayaran komisyen lebih lumayan jika produktiviti tinggi dan begitulah sebaliknya.
Kesimpulan
Kerja 4 hari seminggu banyak kebaikan berbanding keburukan.
Keburukan yang ada boleh diminimumkan jika semua pihak boleh bertoleransi dan bekerjasama.
Secara pukul rata semakin kurang bekerja maka semakin seronok rakyat Malaysia.
Itulah pendapat peribadi mrhanafi yang diakui bukan betul pada semua orang.
Apa pandangan anda, jomlah kongsi di bahagian komen.
Sayangnya benda ni tak apply pada orang kerja shif seperti suami saya. Bukan semua orang suka bila kurang masa bekerja. Ada orang, sanggup biar kekosongan tempat tak diganti, supaya boleh buat OT, merangkap lebih banyak masa kerja. Betul, tak tipu, saya dah jumpa orang macam ni.
Nur recently posted…Ikan makan ikan
ya la kan…kerja lebih..maka income pun lebih
bagus juga jika sek cuma 4 hari. jadi memudahkan guru PJJ utk balik menemui pasangan dgn lebih lama lg…
abam kie recently posted…Kami Generasi Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
betul tu Abe
memang ada kebaikan tu