Hidup ini perlu berubah. Berubah dari kurang baik menjadi semakin baik.
Dalam keadaan semakin baik menjadi terbaik dan cemerlang.
Proses belajar berubah ini bukan sehari dua. Boleh jadi berminggu-minggu hingga berbulan-bulan.
Namun jangan sampai bertahun-tahun. Itu namanya tiada perubahan atau masih berada ditakuk lama.
Apakah yang perlu diubah ?
Mengapa perlu belajar?
Sudah tentu bila melalui proses belajar berubah ada yang berjaya dan sebaliknya.
Kita mulakan..
Perkara pertama tentulah sikap.
Sikap wajib diubah.
Sikap kita yang kurang serius, kurang fokus, kurang bertindak dan kurang yakin.
Banyak lagi sebenarnya dan hanya empunya diri sahaja tahu sikap yang bagaimana untuk diubah.
Ada kata-kata falsafah yang sangat terkenal,
“Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok pula lebih baik daripada hari ini.”
Jika berpegang kata-kata tersebut, percayalah perubahan pragmatik akan berlaku.
Namun, secara teori seperti mudah. Realiti tidak semudah disangkakan.
Mengapa demikian ?
Sebab sikap, tabiat dan cara fikir serta cara bertindak sangat mencabar untuk diubah
Ia sudah sebati. Tertanam paling dalam.
Meresap paling kuat pada minda manusia itu sendiri.
Bila berubah, sukar pula untuk istiqamah terutama dalam masa yang cukup panjang.
Lihat kepada peribahasa ini,
“Alah tegal, alah bisa”
Proses belajar untuk berubah wajar dilakukan walau apa keadaan.
Tidak kisah biarpun beranjak sangat sedikit.
Perkara yang sangat sedikit ini boleh jadi momentum paling kuat pada suatu ketika nanti jika dilakukan secara berterusan.
Oleh demikian, ayuh kita berubah dan berazam dengan perubahan tersebut kita semua boleh berjaya yang hebat dalam tahun 2023 ini.
Jadi berani tak sahut dan sambut cabaran berubah menjadi terbaik ?
Cuba komen dam kongsikan pendapat kalian.
Sama2 berubah ke arah kebaikan, insyaallah
SR recently posted…Beli Dress Tutu Elsa Frozen di Pengkalan Kubur
Aamiin dan in shaa allah..do the best
Namun ada satu kunci utama dalam hidup jika ingin menjadi terbaik dalam semua hal, yaitu lakukan apapun itu dengan sepenuh hati dan dengan usaha maksimal dari dalam diri.
wak Lat recently posted…TODAY IS FRIDAY THE 13TH
wah…satu pandangan yang hebat dan terbaik
Betul tu tuan. Kita sendiri kena berubah menjadi lebih baik. Jika bukan kita siapa lagi.
Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Ra’d: 11)
Selepas berubah satu perkara yang perlu buat ialah istiqamah dan konsisten. Orang tua-tua selalu pesan, buat sesuatu perkara secara berterusan selama 40 hari insya-Allah akan menjadi rutin dan kita akan rasa janggal jika tinggal.
Afiffuddin recently posted…Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
Wah…ini satu komnen yang bernas dan mantap.
Moga kita semua berubah menjadi terbaik dan istiqamah dalam tahun 2023..
Berubah jadi lebih baik dari sebelumnya.
Memang ibu tanamkan dalam diri setiap hari tu lah moto kehidupan.
Perubahan yang sedikit plg penting Istiqomah.
Ibu setuju dengan pandangan MrHanafi. 😉
Salina@IbuAqil recently posted…Celebrate Birthday Syira
Alhamdulillah kerana sependapat…
buatlah perubahan walaupun sedkit..
Ye, saya memang sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam. Kadang kecewa juga dengan diri sendiri, sebab tak kuat. Tapi, selagi kita dapat bangun pagi, makna Allah bagi kita peluang satu hari lagi, untuk bertaubat, dan cuba lagi, buat lebih baik. Insya-Allah, kita cuba la, slow-slow, ye. Berusaha!
Nur recently posted…Sejadah
Pada saat kecewwa…nikmati sahaja perasaan tersebut.
tapi jangan terlalu lama dan bila sudah leka, jom bangkit kembali dengan memaafkan diri sendiri.
harap2 nya selari dgn pertambahan usia kita semua akan berubah menjadi lebih baik
semua boleh…yang penting sudah ada tekad untuk dapat yang lebih baik..
setuju, dalam semua yang kita kerjakan ianya perlu bertambah baik dari masa ke semasa.
dari segi pekerjaan, amalan seharian, tanggungjawab, kasih sayang…semua perlu diperbaiki
Jom kita usahakan untuk dapat hal demikian
good sharing..nak berubah dari diri sendiri..orang lain tak boleh nak ubahkan kita..bila kita nak berubah, tekadkan dalam hati & terus pandang ke depan…
berubah merupakan usaha yang mencabar dan perlukan hati yang amat cekap.
perubahan yang diperlukan mestilah yang positif dan terbaik
harus berani utk mencoba. kadang manusia berpikir, alaah, masih ada waktu, untuk saat ini santai dulu.. tapi tiap hari begitu, lama2 dijemput ajal.
memang susah nak berubah. perlu niat kuat dalam melakukan. mungkin juga motivasi biar tetep konsisten melakukan
proses berubah juga memerlukan masa.
sebab nak bentuk sikap antara mencabar bagi manusia