Manusia sudah diiktiraf sebagai makhluk yang sebaik-baik kejadian. Antara bukti nyata kerana manusia itu menjadi khalifah di muka bumi.
Kita sudah diamanahkan untuk menyebar kebaikan dan menghalang kemungkaran.
Manusia dikurniakan akal fikiran, nafsu-nafsi dan yang tertinggi sekali ialah iman.
Bahkan manusia itu sendiri pelik, unik dan istimewa.
Manusia boleh hidup dalam alam nyata dan tidak kurang juga terleka dalam alam fatamorgana.
Fatamorgana
Untuk makluman fatamorgana merujuk kepada khayalan minda yang mengasyikkan.
Dalam dunia nyata, manusia perlu berusaha dan bertindak untuk mencapai sesuatu.
Dalam dunia fatamorgana, manusia hanya perlu berkhayal dan seolah-olah sudah mendapat apa yang dihajatinya.
Kedua-duanya ada kebaikan dan sudah semestinya ada juga keburukan.
Baik secara tersurat mahupun tersirat.
Alam nyata adalah realiti kehidupan yang kita hadapi seharian.
Makan, minum, tidur dan terjaga.
Fatamorgana adalah perkara yang berlegar dalam minda bawah sedar.
Boleh jadi dominan dan ada kemungkinan hanya imbasan kecil berupa mainan fikiran.
Ketika tidur, mengelamun dan berimaginasi akan membawa kita untuk menikmati fatamorgana..
Alam yang tidak ada limitasi dan tiada kesudahan.
Malah penuh keajaiban yang terlalu sukar untuk ditafsir logik akal.
Nikmatilah alam nyata tanpa menidakkan kewujudan alam fatamorgana.
Ironinya kehidupan itu sendiri adalah anugerah terindah kepada manusia selagi nyawa dikandung badan.
Setelah kehabisan nyawa, pergilah kita semua ke alam kekal abadi.
Bukan alam nyata dan bukan lagi alam fatamorgana….
teringat lagu2 lama yang ada sebut fatamorgana
ya…lagu lamak yang best untuk layan petang-petang hehehe
sesekali mengelamun, berangan best juga… dpt relaks kan kepala yg serabut…tu bagi sy laa heehe
setuju juga tu…layan jer kalau yang baik-baik. apa salahnya
Macam proses visualize, dalam buku the Secret oleh Rhonda Byrne. 🙂
Nur recently posted…Motivasi diri sendiri
lebih kurang bgeitulah ceritanya hehehehe
Selepas perginya roh meninggalkan jasad, masuklah episod seterusnya pengembaraan ke alam abadi.
SR recently posted…Video dan Lirik Everybody’s Changing – Keane
rasa takut juga nak kenangkan hal-hal yang begini
masa tidur selalu je mimpi. kdg2 tu letih otak berfikir dlm mimpi..
abamkie recently posted…Jangan melabur di dalam saham amanah
Annagp sahaja mimpi adalah mainan tidur hehehe
fatamorgana bukan selamanya jelek, tapi memang kalo manusia sudah terlalu Lena dengan alam khayalannya, sampai lupa utk ibadah dan kerja, itu baru bahaya
buat saya alam khayalan perlu untuk memupuk motivasi. saya suka membayangkan bepergian ke banyak tempat, Negara2 yg belum saya kunjungi, tapi sebatas saya jadikan motivasi utk bisa kesana. artinya kerja lebih keras di dunia nyata 😄
awak memang bijak kerana mampu menggunakan kelebihan tersebut..
usaha dan ditambahkan dengan imagibasi dalam fatamorgana pasti membuah hasil nanti