Coronavirus ataupun wabak covid-19 menjadi isu paling panas sekarang ini.Sepanas mentari ufuk timur.
Peningkatan angka positif Covid-19 setiap hari menambahkan lagi kegusaran dan kekalutan masyarakat seluruh dunia.Masyarakat Malaysia pulak kecoh dengan panic buy atau pembelian panik selepas kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan.Ingat ya..bukan perintah berkurung.
Beberapa hari kebelakangan ini saya mula tertanya-tanya siapa yang mencipta Covid-19 ( realitinya makhluk Allah ).Saya cari maklumat dari di Google dan Youtube, tetapi sayang saya belum jumpa fakta yang benar-benar sahih.
Menurut sumber ini Covid-19 bukan 100% berasal dari Wuhan, China.
Namun saya tidak mahu berdebat dari mana asalnya.Perkara terpenting sekarang ini bagaimana kita mengawal agar Covid-19 tidak terus merebak dan menjangkiti seluruh umat manusia.
Laporan terkini ( setakat artikel ini ditulis) yang diperolehi daripada portal Worldometers menyebut ada terdapat 182,727 kes dan yang meninggal dunia dalam 7174 orang.Orang yang sudah sembuh dalam 79,883 orang di seluruh dunia.
Jangan risau…
Mangsa yang disahkan positif Covid-19 masih boleh sembuh.Kadar kematian cuma dalam 3.5 peratus.Itupun rata-rata golongan 60 tahun ke atas dan mereka yang mengalami pelbagai penyakit kronik sebelum ini.
Sebagai pencegahan, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.Sekolah-sekolah dipanjangkan cuti.Pusat ibadah ditutup dan para penganut digalakkan solat hanya di rumah.
Tujuannya jelas, untuk elak daripada perjumpaan dengan ramai orang.Lagi ramai orang lagi tinggi potensi untuk dijangkiti virus Covid-19.
Kita tidak tahu ada di kalangan mereka sudah dijangkiti Covid-19.Langkah ini tepat dalam membendung penularan wabak dari terus beredar dengan lebih luas dan pantas.
Tempoh kuarantin pula selama 14 hari sesuai juga mengenali pasti simptom ini.Yang positif dan yang disyaki dibezakan agar tidak menimbulkan rasa panik.
Bukan itu sahaja, masyarakat disaran untuk menjaga kebersihan tahap tertinggi.Cuci tangan dan sediakan bahan sanitasi untuk perlindungan diri daripada kena jangkitan.
Sungguhpun begitu, ketika saya membeli barang keperluan harian, saya dapati ramai juga melakukan pembelian stok makanan secara panik.Saya cuma panik tengok dalam dompet dan bukannya panik untuk membeli barang.Dari situ nampak perbezaan orang yang ada kemampuan dengan yang kurang mampu.
Semasa perintah berkurung di Milan, Itali dan Wuhan, China keperluan membeli makanan menjadi keutamaan.Penduduk di sana membeli keperluan harian secara online.Cara ini mampu mengelakkan keluar dan berjumpa dengan ramai orang.Selain mematuhi perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Semoga coretan ini memberi sedikit pencerahan bahawa wabak Covid-19 perlu dicegah sebelum menjadi lebih parah.
Memang betullah kata-kata orang tua dahulu.
“Mencegah lebih baik daripada mengubati”
Semoga wabak ini segera berakhir dan sama-sama kita berdoa untuk tujuan tersebut.
Aamiin.
huru hara karena media yang membesar besarkan juga mas, aslinya lebih baahaya DBD hehe. semoga sehat selalu kita
moga kita terselamat dari ujian Covid-10..
sama-sama kita mencegah sebelum kena
yaa, sepatutnya jangan panic buying sebab tu yang akan menaikkan angka jadi lagi teruk…
kesan daripada panic buying ialah stok makanan cepat habis di rak supermarket..
orang lain tidak sempat .
bila stok baru yang datang maka harga pula sudah melonjak..
sikap ini dinamakan kiasu…sentiasa mahu menang
Sangat mencemaskan karena penyebarannya begitu cepat. Semoga bisa segera ditemukan obat penangkalnya.
jangan cemas mas..
kalau cemas jadi stress dan sistem imunisasi kita jadi low.
pada masa itu bukan Covid-19 pun boleh serang dengan mudah
Saya berusaha selalu tetap tenang, mengurangi rasa cemas yang tiba-tiba muncul karena korban covid-19 di negara saya terus bertambah jumlahnya.
Semoga penyebaran virus covid-19 bisa cepat ditangani.
kita sama-sama berdoa yang terbaik mas..
moga Covid-19 berakhir dengan jayanya