Isteri diuji apabila suami tiada apa-apa

Jujur agak sebal untuk saya menulis artikel tentang isteri diuji apabila suami tiada apa-apa.

Sebal merujuk kepada kesakitan.

Ya, kesakitan untuk isteri setelah mereka memilih suami dalam keadaan sedemikian.Suami mereka ini tiada memiliki apa-apa untuk dijadikan sandaran agar hidup suami isteri lebih selesa dan sempurna.

Mungkin wang sara hidup.

Mungkin tempat tinggal yang selesa dan mungkin perkara yang berkaitan dalam kelangsungan hidup ini.

Baik, saya gambarkan bagaimana keadaan suami apabila tiada apa-apa.

Suami ketua keluarga.Orang yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk belanja keluarga.

Dalam masa yang sama suami diamanahkan untuk menempatkan isteri tinggal di tempat yang selesa dan selamat.

Bukan itu sahaja, suami wajib memastikan kehidupan mereka dijalani atas tuntutan ibadah.

Sekarang bayangkan bagaimana keadaan isteri apabila suami mereka :

1.Tiada pendapatan tetap

Pendapatan tetap walaupun sedikit masih boleh diterima.Namun bagaimana kalau pendapatan suami tidak tetap.

WAJIB BACA :   Cara check power bank Pineng yang original

Kadang-kadang ada.Jika adapun tidak mencukupi.

Lebih tragis lagi kalau berbulan-bulan tiada pendapatan terutama kalau suami kehilangan pekerjaan, bekerja sendiri dan bisnes jatuh merudum.

Lebih dahsyat akibat penangan wabak Covid-19 yang menyebabkan kemerosotan kesihatan dan ekonomi dunia.

Bayangkan juga pada masa itu isteri pula tidak bekerja.Suami sahaja yang menjadi sandaran pencari nafkah utama.

Bagaimanakah perasaan isteri tatkala menjalani kehidupan ini dalam serba kekurangan.

Ironinya isteri yang tidak tahan ujian akan memohon berpisah atau akan meninggalkan suami mereka tanpa sebarang berita.

2.Tiada rumah sendiri

Dalam zaman serba moden dan serba canggih ini, kesukaran memiliki rumah sendiri memang terasa.Tidak kira di desa maupun di bandar.

Di desa walaupun ada tanah namun ongkos untuk membina rumah bukan seringgit dua.Hidup akan rasa terbeban pula jika belum ada memiliki rumah sendiri.

Apatah lagi di bandar, dengan harga rumah yang tinggi menjulang langit, tidak ramai yang berani untuk membeli.Nak bayar ansuran bulanan pun tidak lepas.Inilah pula untuk membuat pinjaman yang beratus ribu.

WAJIB BACA :   4 punca keluarga tidak bahagia

Ketika tidak memiliki rumah sendiri, tentunya menyewa rumah adalah pilihan wajar.

Namun sewa rumah pula bukan murah.Kosnya pula seumpama membayar pinjaman perumahan.

Sekali lagi realiti kehidupan masa kini.

Sekarang bayangkan isteri tinggal dengan suami dalam keadaan serba kekurangan itu dan ini.

Tahan atau tidak maka tepuk iman meneruskan kesabaran.

3.Tiada kenderaan langsung

Mungkin sangat bertuah kalau suami sudah ada kereta Lotus 311.Sebuah kereta supersport yang hanya ada 311 unit sahaja di dunia ini.

Maaf, lari topik la pulak.

Bagaimanakah penerimaan isteri apabila suami tiada apa-apa kenderaan untuk bergerak.Jangankan motosikal cambuk malah basikal lajak pun tidak mampu dibeli.

Pergerakan hanya bergantung kepada pengangkutan awam yang tambangnya masih murah.

Paling tidakpun hanya mampu berjalan kaki sebagai kudrat yang menyihatkan.

WAJIB BACA :   10 cara nak kuruskan badan bagi remaja menurut Khairil Azib

Perlu ingat berjalan kaki merupakan senaman kardio yang bagus untuk jantung dan menguruskan badan secara alami.Hebatnya boleh bakar kalori dengan baik sehingga menjadi kita sihat dan sentiasa berstamina.

Penutup

Berdasarkan senario dan gambaran yang telah saya kemukakan ini, dapat dirasai betapa sebalnya emosi isteri berdepan dengan suami yang diuji dengan tiga perkara yang paling biasa ditemui.

Namun begitu jangan pula beranggapan dunia sudah berakhir.Rezeki itu milik Allah dan bila-bila masa sahaja boleh dikurniakan kepada mereka yang dihendakinNya.

Saya akur ada juga isteri yang sangat tabah dan cekal dengan keadaan suami yang tiada apa-apa. Isteri seperti ini setia.Cinta mereka tidak tergugah dengan kesusahan, keperitan dan kesengsaraan bertali arus.

Persoalannya berapa ramai dan kalau ada semoga syurga untuk pasangan ini di akhirat kelak.Doa saya penuh ikhlas untuk mereka di luar sana.

Sebelum mengakhiri coretan ini sekali lagi saya mengajak pembaca untuk menghayati lakonan yang ada dalam video bawah ini berkaitan isteri diuji apabila suami tiada apa-apa.

Semoga terhibur hendaknya.

6 thoughts on “Isteri diuji apabila suami tiada apa-apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge