Cara nak kuruskan badan bagi remaja sebenarnya lebih mudah. Mari kita pelajari apa yang dikongsikan remaja yang dikenali sebagai Khairil Azib. Beliau telah mengkongsikan dalam akaun Twitternya.
Aku nak share journey aku dan apa yang aku hadap selama aku berbadan besar dan mesti ramai rasa apa yang aku rasa.
Dari gemuk sampai lah sekarang dan aku nak bagi tips & tricks untuk korang yang berbadan besar juga. pic.twitter.com/fyS2iAM4jR
— khairil azib (@KhairilAzib) October 17, 2018
Admin berpendapat.Tak kira remaja atau dewasa, cara tersebut memang praktikal dan berkesan. Cuma admin tidak jamin cara nak kurus dalam masa seminggu. Naik berat badan pun ambik masa. Inikan pula nak kurus.
Sebelum itu admin belanja beberapa gambar mereka yang berjaya menurunkan berat badan. Buat makluman semua mereka mengamalkan produk halia hitam.
Sungguhpun begitu ada tiga syarat wajib untuk mencapai impian berat badan seperti berikut.
Ada kemahuan.
Ada kesedaran.
Ada kesungguhan.
Jika tiada perkara tersebut lebih baik tak payah. Nanti usaha separuh jalan. Buang masa dan tenaga. Diri sendiri juga yang susah hati. Paling tidak bagus mula menyalahkan orang lain.
Table of Contents
Cara nak kuruskan badan bagi remaja
1.Berhenti dari makan dan minum sesuatu yang manis
Manis dalam senyuman bagus.Manis dalam minuman bahaya. Sama juga dengan makanan. Makanan yang manis mengundang obesiti. Banyak gula. Banyak kalori. Lebihan kalori menimbun lemak.
Belajar untuk menahan nafsu dan keinginan agar tidak mengambil pemakanan yang manis-manis berlebihan. Jika sudah biasa boleh hentikan terus.Inilah cara yang dilakukan oleh Kharil Azib. Beliau boleh dan tidak mustahil pembaca juga boleh.
Admin percaya inilah cara kuruskan badan cara tradisional
2.Ambil makanan mengikut keperluan harian.
Orang yang bekerja aktif dan perlu tenaga lebih, boleh makan lebih banyak. Orang yang kurang aktif dan sedikit pergerakan lebih baik makan sedikit.
Tip ini mudah. Nak dengan tak nak sahaja. Ikut boleh berjaya. Tidak ikut jawap sendirilah ya.
Cuma jangan percaya bulat-bulat kalau ada tips kuruskan badan dalam masa seminggu tanpa ubat
3.Kenalpasti jenis makanan
Ada makanan yang sihat.Ada juga makanan yang kurang sihat. Sejujurnya makanan sihat kurang sedap. Begitulah juga sebaliknya. Untuk menjadi kurus perbanyakkan makanan sihat.Mana tahu boleh menjadi cara untuk kurus dalam masa 3 hari
Sayuran dan buahan adalah contoh makanan yang sihat,Ini termasuk ulam ulaman.
4.Ambil serius dengan kalori
Semua makanan menyumbang kalori.Ada yang banyak dan ada yang sedikit.Untuk mereka dalam program menguruskan badan sudah tentu perlu kepada makanan yang rendah kalori.
Cara mudah.
Makan sikit maka sikitlah kalori yang dapat. Perlu juga diperhatikan badan memang perlu kalori untuk tenaga seharian. Pengambilan kalori setara dengan keperluan badan maka badan akan kekal saiznya.
Kurang dari keperluan jadi kurus.Lebih dari keperluan jadi gemuk. Senang nak fahamkan.
5.Lebihkan pengambilan protein
Sumber protein dari haiwan dan tumbuhan.Daging dan ikan sumber protein yang tinggi.Boleh juga makan kekacang dan sayuran.Makanan ini memang mempunyai protein.
Protein yang mencukupi akan membina otot.
6.Kurangkan pengambilan karbohidrat
Nasi putih dan roti kaya dengan karbohidrat. Memandangkan kita cuba untuk menjadi kurus, cuba kurangkan pengambilan makanan berasaskan karbohidrat.
Karbohidrat punyai potensi tinggi untuk bertukar jadi lemak jika tidak digunakan sepenuhnya oleh badan. Contoh mudah pada bahagian perut.
Makanan yang kaya dengan karbohidrat bukan makanan untuk kurus tau!
7.Buat senaman ringan
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap kurang motivasi (malas) untuk bersenam Pelbagai alasan diberikan. Lagi banyak alasan lagi susahlah untuk menjadi kurus.
Untuk menjadi kurus pembaca boleh memulai dengan senaman ringan.Misalnya berjalan laju,naik tangga ataupun jogging.Senaman ini mudah dan murah.
8.Senaman tiga seminggu
Kekerapan senaman bergantung kegigihan seseorang. Lebih gigih lebih kerap. Jika tidak mampu, sangat dianjurkan tiga kali seminggu. Itupun sudah memadai.Pakar Fitness juga menyarankan sedemikian.
Cuba cabar diri untuk sentiasa bersenam.Barulah boleh diakui cabaran stailoo.
9.Senaman Jumping Jack
Khairil Azib mampu melakukan Jumping Jack sebanyak 100 hingga 400 kali sehari. Memang mudah jumping Jack.
Boleh tonton video ini
10.Amalkan bahan yang boleh booster metabolisma
Ada banyak dipasaran. Pilihan ditangan sendiri.Namun jangan pilih sebarangan. Dikhuatiri mengandungi bahan terlarang dan bahaya. Jika nak selamat bolehkan amalkan minum teh hijau.Harga murah. Bajet terjangkau oleh kebanyakkan kita.
Cuma teh hijau tidak senyaman teh tarik.
Penutup
Cara nak kuruskan badan bagi remaja tersebut lebih berkesan dengan gabungan pemakanan dan senaman.
Kesungguhan dan kegigihan adalah harga untuk dibayar untuk mendapat tubuh yang diidamkan.
Mungkin bukan mustahil untuk mengemplimentasi cara diet berkesan dalam masa seminggu
Selamat mencuba.
p/s: Mulakan praktis di dapur dengan masakan tanpa minyak.
Bagus ni.. saya dah kurus cuma tengah usaha nak bagi badan sado dgn dada bidang dan perut 6pak ni huhu 🙂
Khir Khalid recently posted…CSR Dan NADI Jalin MoU Perkasa Gaya Hidup Sihat Dan Membasmi Diabetes
hahaha…
langkah tuan perlu ke Gym..
dalam 3 bulan boleh nampak result
Lengkap nih tipsnya 🙂
alhamdulillah..
boleh start praktis jika nak kuruskan badan
Boleh amalkan petua dan gaya hidup yang dikongsikan… Terima kasih di atas perkongsian info…
Anuar recently posted…Cabaran Affiliate Pay Per Lead (PPL) RM1
ya..memang boleh tuan
lengkap sungguh…jaga pemakanan & senaman..
lebih hensem bila kurus..
betul juga.
ada yang lebih cute kalau berisi dan montel
Kekadang nak kurus, semua tips dah tahu. Tapi kalau takde kesungguhan dan keazaman memang takkan berjaya. Thanx berkongsi tuan
Kauthar mohd recently posted…Pakai Serum Boleh Merawat Kulit Muka. Bagaimana Nak Pilih Serum Yang Berkualiti?
hahaha..
ramai yang kalah bab tu..
konsisten dan istiqamah
bila masa remaja masa senggang utk diri sendiri tu masih lagi banyak… bila dh remaja purba nih masa utk diri sndiri kurang sikit dh…
tp mmg betul bila kita mula kurangkan amik makanan yg manis2 mmg boleh susutkan sikit badan….
karbohidrat mmg klu kita boleh kurangkan separuh daripada yg biasa kita mkn… mmg blh cpt susut…
sbb tu adik2 sya yg muda belia, senang bebeno nk kurus…. kakak nya ni beria lah mkn buah, mkn syr je tp slow sangat turun pengurusan nya
bila usia dah jadi remaja purba maka metabolisma sangat perlahan..
nak naik cepat tetapi nak turun sangat lambat..
apapun jika sihat walfiat tak per la kalau montel sikit
Harap nya tips tu boleh juga di guna pakai untuk Remaja Purba…Siapa tak nak cantik dan langsing..
memang boleh ..
no problem selagi ada keinginan untuk menjaga penampilan
Bagus betul semua petuanya… memang begitulah caranya untuk turunkan berat badan yang berlebihan. Apa-apa pun kesungguhan dan kegigihan itu teramatlah penting dalam menjayakannya. Hahaha…
plain83 recently posted…WordlessWednesday #32 – BO:TK 6 (ENIGMA)
pendapat tuan..
memang tepat dan sesuai sekali
Mengatur pola makan memang Perlu..berhentilah sebelum kenyang bukannya kenyang dulu baru berhenti
ya..tip yang sangat bagus.
disiplin kena kuat.. lagi lagi remaja yang suka makan makanan segera. tak boleh hangat2 tahi ayam. hehe
nikkhazami recently posted…Makette Steamboat & Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu
hahahha..
betul sangat tu.
ramai yang kalah bab nafsu nie
yang penting konsisten dalam meneruskan diet..
cari satu diet yang sesuai untuk kita .. tak semua sesuai
Protein yang tinggi tak sesuai untuk yang berumur dan ada penyakit.
kurangkan pengambilan gula dan banyakkan bersenam
zool recently posted…Apa Perlu Ada Untuk Melabur Dalam Pasaran Saham
terima kasih tuan…
saranan dan nasihat yang sangat bagus.
saya suka cara kuruskan badan begini. lebih natural dan lebih manusia. hehe.
Suriya Majid recently posted…Vivix Shaklee Berkesan Hentikan Kesan Buruk Makan Fast Food
cuma agak mencabar dan berat menahan hawa nafsu hahahaha
mama setuju dan pernah buat beberapa perkara di atas.. mmg x mustahil cuma kena rajin dan istiqomah
rajin dan istiqamah tulah yang paling mencabar
itu pun bisa tetapi mau ada istiqamah juga ler
tips biasa tapi hasilnya luar biasa kalau ada 3 perkara tu dulu kan.hehe…
ya..begitulah yang sepatutnya
sy rs laa kn kalu no.1 xleh nk buat/ikut jgn haraplah yg lain2 tu boleh buat 😄😄😄😄 sbb sy dah cuba buat (tips org lain tp lbh krg sama tips ni)
kalau ada keinginan dan kesungguhan ..pasti boleh.
cuba sahaja
InshaAllah boleh kalau usaha.paling penting niat kepada Allah SWT.
bagus ni…kena cubalah
ya memang bagus..
memang patut dicuba
Wahhh.. nice
ya…terima kasih
anak saya tak siap kerja sekolah saya harap pkp dilanjutkan 12 mei hingga 25 mei
walaupun PKP dah ditamatkan..sekolah belum dapat dibuka lagi..
kesihatan lebih utama dari pelajaran..
so tuan jangan risau berlebihan..
hahaha. boleh up balik artikel ni. semalam menteri kesihatan dah umum bahawa 3.9juta rakyat malaysia ada masalah obesiti.
Itu lebih 10% daripada populasi negara.
peluang besar kepada coach diet yang betul.
izwan recently posted…PHYTONLC ACTIVE CELL REPAIR SERUM DARIPADA SIRIM BERHAD
satu fakta yang sangat menarik ini bro.
semoga kita diberi kekuatan untuk beri kesedaran kepada mereka yanng memerlukan
Bagus tip nie , kalau berat da berlebihan memang payah nak bergerak belum pape da mengah . Mudah mudahan dapat istiqamah dan konsisten pada yang memang nak dapatkan berat ideal nie.
kalau nak kurus…
perlu buat program defisit kalori
InshaAllah boleh kalau usaha.paling penting niat kepada Allah SWT.
ya betul tu…
usaha sumgguh-sungguh
usaha tidak mengkhianati hasil