Mee Kolok Kuching memang sedap dan baik untuk dijadikan sarapan pagi. Alhamdulillah admin berkesempatan untuk sarapan pagi dengan mee kolok sup di Kubah Ria, Matang.
Pada mulanya admin nak ambik mee kolok bergoreng. Tak jadi. Takut mee tersebut terlalu berminyak. Biasalah ketika usia meniti senja selera tekak tidak boleh dimanjakan sangat.
Dapat isteri manja tak pelah. Itu anugerah dan amanah.
Jom admin belanja tengok gambar mee kolok sup tersebut. Rasanya taklah sedap sangat. Namun yang penting ada khasiat dan mengenyangkan.
Betul tak ?
Table of Contents
Mee kolok Kuching
[ Jangan lupa untuk baca artikel masakan tanpa minyak. ]
1.Mee kolok.
2.Sup.
3.Telur
4.Hirisan daging
5.Bawang goreng.
5.Kicap pedas
Berikut pula resepi mee kolok yang admin sedut dari website rasa.my
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 gulung mee sanggul
- 1 sudu makan perencah sup
- 100gm daging
- 5 ulas bawang putih | dicincang
- 8 biji cili api
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4 sudu makan minyak masak
- 5 sudu teh kicap manis
- 1 sudu teh kicap pekat
- 2 biji limau kasturi | ambil jusnya
- 1 sudu teh sos ikan atau sos soya
- 1 sudu teh cuka
- Daun bawang & daun sup | dihiris
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK SUP:
1. Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
2. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
3. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
CARA MEMASAK Mee:
1. Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
3. Masukkan pula mee yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
4. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
5. Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
6. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
CARA MENYEDIAKAN SAMBAL:
1.Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
Video penyediaan mee kolok Kuching…Jom tengok
https://www.youtube.com/watch?v=-Ly8J-9Y9rQ
Cerita admin makan mee kolok Kuching
Tentulah tidak sempurna dan ideal sekiranya sarapan pagi tidak disertai dengan awek…eh bukan.
Air! Ya admin pesan air kopi o panas.Tiada gula dan tiada kreamer. Biarpun admin suka kopi susu namun atas sebab ingin menjaga bentuk perut maka kopi o adalah pilihan yang terpaksa ditelan.
Seingat admin ada orang berseloroh.Cuma admin mohon maaf andai kata cara berseloroh tersebut agak kelucahan.
” Kopi susu memang best. Kopi boleh minum dan susu boleh pegang ‘
Fuyoo !!
Kos untuk sarapan pagi dengan mee kolok sup dan air kopi o cuma berharga RM5. Masih berpatutan dan boleh diterima akal tatkala berdepan dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.
*kemas kini – 20/4/3021
lama tak makan mee kolok sejak dah tak duduk Sarawak
boleh datang ke Sarawak lagi..
untuk makan mee kolok
Sarapan pagi penting untuk memulakan hari… Menu mesti menyelerakan dan sedap… kalau tak sedap, mungkin tak berapa nak makan je…🤔
IzNy recently posted…Khasiat biji selasih
sebaik-baiknya janganlah skip sarapan pagi..
itulah masa makan yang terbaik untuk perut kita
wah… murah juga tu dengan harga tu dpt air sekali
kalau bg saya, semua masakan mee2 n berkuah mmg sedap….
sya pun skrg mmg amik kopi o tanpa gula, masa mula2 je ssh nk abiskan sbb pahit tp lama2… sedap je telan
tahniah..
sebab kita dh geng.
minumm kopi o sahaja hahahaha
wow nampak lazat. macam mee sup ye
memang sedap.
sukar untuk dinafikan
pernah makan mee kolok di restoran Dapur Sarawak di KL, suka jg…air kopi tanpa gula tentu pahit rasanya, demi mnjaga kesihatan, ditelan juga..terbaik tuan admin..
kopi tanpa gula memang sedap tuan.
kalau dah biasa…macam ok jer hahahaha
dalam gambar pn memang nampak sangat menyelerakan… rasa nak buat sendiri pla dekat rumah… hahahaha
wan recently posted…Kemaskini Borang Permohonan SPA8i Online (SPA8)
ya….
wajar sekali kalau nak mencuba..
lagilah puas nak makan
Saya belum ada peluang makan mee kolok. Tak pernah jumpa tempat yg menjualnya di Muar. Rakan group whatsapp selalu bercerita tentang mee kolok di JB. Teruja nak mencuba
Aqil Adli Agro recently posted…Asam Pedas Daging Melaka di Muar Johor
rasanya di Johor ada ramai juga orang dari Sarawak dan tidak mustahil ada yang ada menjual mee kolok
Tak penah rasa lagi mee kolok ni macam mana. Ada rasa mcm mee celup tak huhu
Kauthar mohd recently posted…Zat Besi Terbaik Untuk Ibu Hamil
rasanya memang mee juga lah..
yang membezakan ialah sup dan sos yang digunakan..
ataupun ramuan yang dicampur ke dalam mee tersebut
Minya tampak lezat sekali
ya..
serius..
mee tersebut memang sedap
mee kolok mmg sedap sgt
akak pun suka
alhamdulllah..
terbaik la gitu
bagusla kalau jaga pemakanan.. lagi2 kalau dah berusia. tak boleh nak ikutkan sangat kehendak perut. hehe
nikkhazami recently posted…Senarai SEO Company di Malaysia
tulah..
seakrang dan sepatutnya dari muda lagi wajar untuk menjaga kesihatan dengan cukup serius
pernah makan mi ni, sedap..
Alhamdulillah..
sesiapa yang pernah rasa tu akan tahulah kesedapannya
Sedapnya. Belum pernah rasa lagi. Nak kena cuba jugak nanti. Bukak blog ni masa perut tengah berdendang sayang. Haha. Aduilah. Nak kena cari makanan nampak nya
hahahaha..
wajib cuba.
dah cuba baru akan tahu rasanya
Start minat mee kolok masa gi Sarawak dulu.
Perthh perkena dengan kopi o tanpa gula.Memang power nie.
tidak dinafikan ..
gandingan mee kolok dengan kopi o …
memang mantap
3 tahun lepas saya ke Kuching, inilah menu yang kawan saya suruh cuba. not bad la. masakan simple je. masih berada di kuching lagi ke?
hahahha…
saya sekarang sudah di samarahan.
Di Kuching cuma sekali sekala sahaja
Tak pernah makan lagi rasanya mee kolok ni. Sedap ke rasanya tu
sejujurnya ya ..memang sedap
Nampak sedap mee kolok tu disertkan pulak dengan cili tu mereciks habis.
Mee dengan air RM5 murah dah tu kalau kat office (Seremban) Mrs. A mee sahaja dah RM5.
Mrs. A recently posted…KEJOHANAN SILAT PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA BAHAGIAN NEGERI SEMBILAN
memang sedap me kolok nie.
sekali cuba memang nak lagi.
lagi pedas cili sos tu..
lagi sedap la feelnya
teringin nk mkn kt resto dapur sarawak tp smpi laa ni xpegi2 jg😊
hahahaha..
sebab belum ada inspirasi untuk ke sana
tu yang terbaik tuan..
memang boleh mencuba mee kolok nie.
buat sendiri pun boleh
Bila teringin nak makan mee kolok..terus jer pergi kedai orang Sarawak kat area rumah ni…
Ema recently posted…Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Cerah Kawasan Miss V
wah ..untunglah kalau begitu.
Lama tidak makan mee kolok ni tuan. Mana tempat yang best jika dekat waterfront? Sehingga hujung bulan ni jak ada dekat Kuching dan akan ke Miri sebelum kembali ke Sabah. Cukup 4 bulan sudah menetap di Sarawak. Hehe ingat mau pekena Mee Kolok sebelum balik Sabah.
AhmadiKatu recently posted…Gembira Itu Milik Mu – Melihat Kegembiraan Orang Lain
wajib cuba.
tak cuba menyesal nanti.
sebenarnya banyak kedai menjual mee kolok sekitar kawasan Waterfront
Untuk pertama kalinya dengar nama mee ni..
nampak memang sedap..
minat sangat dengan bawang goreng.. lagi-lagi yang rangup..tak boleh rendam lama bawang goreng… hahaha.
terbaik dengan perkongsiannya… nak cuba juga sekali sekala..hihihi
saps recently posted…SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan 2018
mee kolok memang popular di sarawak..
jika ada kesempatan jomlah cuba
Cuba untuk buat dirumah dengan mngikut resepi dalam artikel ni..Memang sangat menarik.. tambah2 lagi mee ni sangat popular.. nak juga merasa… ahhaha… tq admin dengan perkongsian yang lengkap ini..
wan recently posted…Semakan Keputusan Peperiksaan Saps Ibu Bapa Secara Online
sama-sama.
kalau rajin memang boleh cuba.
sedaap….
alhamdulillah…memang sedap
Belum pernah dengar nama mie ini, mungkin di Indonesia ada tapi berbeda nama.
Kalau ke Malaysia mesti cobain nih.
ya..Mas.
wajar sekali untuk mencuba.
nama berbeda tetapi fungsinya sama yakni untuk mengenyangkan perut
nyummm sedapnyaa nampak 😀
ya memamg sedap..
alhamdulillah..
memang sedap nie.
Lama rasanya dah tak makan mi kolok ni. Kat sini mmg susah nak dpt kecuali ada satu tempat di kg baru.. sedap juga, cuma lama tak berkesempatan singgah. Best2 🙂
Khir Khalid recently posted…Jakel Raikan 200 Pemenang Pakej Umrah Peraduan Beli & Menang 2018
kalau begitu buat sendiri.
cuma nak cari bahan-bahan sahaja agak mencabar
oh, saya pernah makan mee kolok masa lawatan ke unimas dulu. sedap!
siti hazreen recently posted…Cara Tukar Nama Bil Air
tidak dinafikan mee kolok memang sedap…
hahaha