Masakan tanpa minyak merupakan kaedah memasak paling bagus.Selain menjimatkan minyak masak sudah pasti hasil masakan lebih sihat dan berkhasiat.
Admin nak ajak pembaca mengimbas semula kisah lelaki yang ingin mengempiskan perut yang buncit.
Selain senaman,pola pemakanan dan amalan minum teh hijau ada lagi tip yang sangat bagus untuk lelaki tersebut. Admin mencadangkan lelaki tersebut untuk memiliki alat memasak tanpa minyak.
Alat yang admin maksudkan ialah Volten Air Fryer ( VAF).
Table of Contents
Masakan Tanpa Minyak
Secara peribadi admin kagum dengan fungsi VAF.Ia merupakan peralatan dapur yang pelbagai guna untuk memasak, mengoreng,merebus dan membakar dengan cukup sempurna.
Admin sempat berbisik ke telinga lelaki tersebut,
“Memasak menggunakan VAF memberi pengalaman yang terindah bagaikan pengantin muda menikmati malam pertama”
Lelaki tersebut tersengih sambil mengangguk kepalanya perlahan. Kelihatan rambutnya kian menipis petanda usia menghampiri senja.
Admin faham apa yang dicuba sampai oleh bahasa badan lelaki tersebut.Tanpa membuang masa admin membuka rahsia kehebatan VAF kepada beliau.
Berikut adalah 11 alasan mengapa lelaki tersebut wajar memiliki VAF dalam usahanya untuk menjaga kesihatan dan penampilan.
1.Kualiti masakan
Memasak dengan kaedah yang betul memberi kepuasan dan nikmat sebenar menikmati makanan.
Hasil masakan menggunakan VAF memang sedap malah lebih sedap daripada masakan cara biasa.
Jika VAF digunakan untuk membakar pasti memberi pengalaman mengasyikan. Ia masak sempurna sampai ke dalam.Bahkan hasil masakan menggunakan VAF memang berkualiti.Ini disebabkan penggunaan teknologi “Rapid Air” dan “3D”.
Teknologi ini memastikan makanan masak sekata dan sempurna melalui udara panas beredar secara berterusan.Yang pasti tiada lagi isu masak diluar tetapi mentah di dalam.
2.Produk yang tahan lasak
VAF memang tahan lasak. Dikatakan tiada masalah langsung walaupun digunakan tanpa henti dan tempoh yang panjang.
Tentu bertetapan sekali dengan bidalan alah membeli menang memakai.Guna berkali-kali tetap steadi.
3.Muatan sesuai untuk seisi keluarga
VAF ini memang cukup muatan untuk menyediakan masakan seisi keluarga ataupun untuk rombongan tetamu yang datang.Jika ada rombongan yang datang merisik jangan khuatiri.VAF sedia berkhidmat dengan cemerlang untuk tuannya.
Boleh dikatakan seekor ayam boleh muat dalam bakul VAF
4.Senang untuk digunakan
VAF ini senang untuk diguna. Dalam istilah lain mesra pengguna.
“Tekan je apa menu kita nak dan biarkan je. Tak perlu nak pulas-pulas tombol ke apa. Tekan je terus jadi”
Suhu boleh diselaras mengguna button.
Untuk makanan frozen pula, tak perlu nak defrost. Masukkan terus ke dalam VAF dan boleh dimasak seperti biasa.
“Kalau nak pause bila-bila masa pun takpe, ia akan off sendiri. Lepas tu kita masukkan balik, ia akan sambung semula tanpa perlu kita tekan apa-apa”
Tidak keterlaluan, orang yang kurang rajin masak pun tidak akan merungut menggunakan VAF.
“Campak je dalam bekas tu, setkan suhu dan masa.. tadaaa..siap”
5. Rekabentuk VAF memang cantik
Jatuh cinta pandang pertama bukan pada gadis atau jejaka sahaja. Kemungkinan besar jatuh cinta padang pertama kepada rekabentuk VAF ini pun boleh berlaku.
Mana tidaknya VAF memang simple dan cantik.Letakkan di dapur memang menyerlah. Dapur nampak kemas dan menarik. Orang yang kurang bermotivasi memasak akan merasa gian pulak nak memasak lantaran penangan rupa bentuk nan menawan.
6. Mudah untuk dibasuh
VAF senang untuk dibasuh dan tak memeningkan kepala.Rendamkan menggunakan air panas.
Komponennya pula mudah ditanggalkan.Ini memudahkan kita membersihkan bahagian luar dan dalam tanpa ada rasa leceh tau!
7.Boleh masak pelbagai menu
Alat memasak tanpa minyak aka VAF ini boleh masak macam-macam ada. Nak goreng boleh, nak bakar pun boleh, buat kek pun boleh dan masakan berkuah pun boleh serta macam-macam lagi.
Dikatakan ada lebih 100 resepi dari VAF.
8.Tiada asap,bising,mudah dibawa tiada BPA
Teknologi penapisan udara yang canggih menyebabkan tiada asap yang keluar. Masak dalam bilik hotel bukan satu masalah.Golongan bujang yang masih menyewa memang keperluan untuk mereka.
Mudah dibawa ke mana-mana. Beratnya tidak sampai 5 kg.
VAF amat senyap. Kita boleh masak dengan aman.
VAF adalah bebas BPA. Jadi ia sangat selamat. Ia juga mendapat pengiktiran SIRIM dan CB.
9.Ada jaminan 1 tahun
Tak perlu risau kalau apa-apa berlaku dalam tempoh jaminan. Syarikat akan gantikan yang baru jika ada kerosakan seperti yang termaktub dalam terma-terma waranti.
10.Servis selepas jualan terbaik
Team Volten ni senang untuk dihubungi. Kalau ada apa-apa masalah cuma buat panggilan dan mereka boleh datang untuk mengatasi masalah tersebut.
11.Harga berpatutan mampu milik
Memasak tanpa minyak bukan lagi teknik eksklusif.Sesiapapun boleh dengan melakukannya dengan adanya VAF yang berharga RM900 seunit.
Memang benar ada alat memasak tanpa minyak yang lebih murah.Namun perlu ingat kualiti dan jaminan selepas jualan perlu diambil kira.
Produk berkualiti memberi nilai yang berbaloi kepada duit kita.
Penutup
Tanpa disangka-sangka lelaki tersebut cukup berminat dan bertindak bijak untuk memilih alat memasak tanpa minyak.
*edisi kemas kini 10/4/2022
Tengok ni rasa teruja la pulak. Senang la nk masok pape. Xyh nk msak cara tradisional lagi
Kauthar mohd recently posted…Hilangkan Lingkaran Bawah Mata Dengan Restoring Eye Treatment
hahahaha..
rekabentuk cantik dan fungsinya juga tahan
bagus nih buat aku yang kolesterolnya lagi tinggi dan saran dokter harus hindari gorengan. huhuhu padahal aku suka banet sama gorengan.
Eh, bisa untuk ayam utuh gitu ya, matangkah bagian dalamnya? pinginnn
ya..memang bagus terutama nak masak tanpa minyak.
untuk lebih sihat…cara memasak perlu lebih berhati-hati
Nak beli ni kena buat catuan makan dulu lah..
hahahahha….
kalau ada rezeki lebih boleh la angkat satu
ini mesti sehat tanpa minyak goreng , kolestrol jauh
jalan dan makan recently posted…MUFFIN BROKOLI PISANG
ya..betul sangat mas.
Bagus guna air fryer nie… selain dari jimat dari pengunaan minyak, masakkan mengunakan air fryer nue bagus untuk kesihatan… Teman pun guna air fryer jenis Phillips.
itu sebab saya nak cuba…
nak masakan yang sihat-sihat
Masak jadi mudah dan hasilnya juga lebih sehat ya
kan…
yang penting sehat dan makanan pula lebih sedap
mereka yg nk diet nak mkn mknn sihat mmg patut ada sebiji periuk ni kat rumah… sy pun dah lama mengidam nk dpt kn sebiji 😉
plus nak msk pun jd mudah dgn periuk
betul kata awak..
itu memang tidak dapat dinafikan ..
masak leboh mudah..
makanan pula lebih sedap
yalahkan..
sungguh bagus untuk memasak dengan teknik yang baharu
Wah product yg baik ni. Sepatutnya kita semua dah kena beralih kepada cara masakkan yg kurang or tanpa minyak
AhmadiKatu recently posted…Lumrah Hidup – Jatuh Dan Bangkit Kembali
ya itulah yang sepatutnya selepas ini..
memasak dengan meminimumkan penggunaan minyak
Bagus ni.. bukan shj memudahkan, malah menjadikan masakan lebih sihat tanpa minyak. Pasti hidangan lebih sedap dan bertambah selera.
Khir Khalid recently posted…Culinary Workshop By Master Chef Dr Rick Stephen
cabaran seterusnya bila bertambah selera ialah perut bertambah besar hahahha
ya…kegunaan memang banyak.
paling best masak tanpa menggunakan minyak yang banyak