Vital Whey adalah jenama pertama yang saya cuba untuk merasai khasiat whey protein.Sebelum ini memang beria-ria nak membeli.Tengok harga terpaksa telan air liur.Bukannya seposen dua.Harga boleh mencecah beratus ringgit.Nasib balik belum lagi berharga ribu riban.
Table of Contents
Ada apa dengan whey protein ?
Whey protein adalah makanan tambahan.Ia terbuat daripada susu lembu yang telah diproses dengan cara tertentu.
Protein susu lembu itu terbahagi kepada dua iaitu kasien dalam komposisi 80 peratus manakala whey protein cuma 20 peratus sahaja.
Whey protein digunakan oleh atlet bina badan dan ahli fitness untuk membentuk tubuh mereka supaya lebih kekar,berotot dan macho.Namun whey protein bukan makanan utama.Whey protein cuma menambah pengambilan khasiat protein dalam diet seharian.
Keperluan protein manusia bergantung kepada jenis pekerjaan,umur,jantina dan sebagainya.Makanan yang tinggi protein sahaja tidak cukup untuk mereka yang mempunyai aktiviti lasak .Sebab itulah whey protein diambil bagi memastikan keperluan protein sentiasa mencukupi.
Pakar fitness berpendapat keperluan protein berkadar dengan 1.5g darab dengan berat badan.Jika lebih berat badan maka lebih banyak protein diperlukan.Formula ini khusus untuk mereka dalam bidang fitness dan berikthiar untuk kuruskan badan.
Itu sahaja info ringkas berkaitan whey protein.
Kembali kepada kisah beli Vital Whey
Dengan tekad dan nekad tahun baharu 2019, saya mencuba untuk mengamalkan whey protein dari jenama Vital Whey .Ianya diperakui halal dan buatan Malaysia.Jangan lupa utamakan produk Malaysia.Saya beli di kedai S.Q Supliment di Wisma Satok, Kuching.
Setelah sebotol Vital Whey berada di tangan, saya dengan rasa teruja untuk mencuba.
Pertama kali rasa..Fuyoo memang sedap.Rasa cokelat hahaha.Rasa kenyang dan rasa nak lagi.
Info tambahan Vital Whey
Vital Whey adalah keluaran syarikat tempatan yang beralamat di :
Pharmanutri Enterprise
324-8, Blok 8, Jalan Tenaga 20, Taman Tenaga,
43000 Kajang Selangor
Telefon : +601120208968 / Email : sales@pharmanutri.com.my
Harga mahal tak ?
Harga Vital Whey bawah RM100 untuk jenis 1kg.Dianggarkan boleh serve 33 ( scoop disediakan).Selain itu terdapat juga dalam 2kg yang boleh serve 67 scoop.Buat permulaan saya guna yang kecil dulu.Lihat kepada keserasian tubuh badan dan poket bossku.
Anggaran bajet untuk whey protein dalam RM200 sebulan memang memadai.Jika ada anak kecil yang nak susu formula rasanya utamakan dulu keperluan mereka.Orang bujang dan berkemampuan dipersilakan untuk mengamalkan whey protein supaya penampilan lebih menawan dan memikat awek cun.
Cara amalkan whey protein
Saya beli jenis perisa cokelat.Whey protein jika tanpa perisa memang tak sedap.Itu orang kata.Memang betul kerana whey protein bukanlah aiskrim yang perlu rasa sedap dan lazat.
Untuk satu scoop Vital Whey mengandungi 24 gram protein.Jumlah yang tertinggi berbanding jenama lain.Bagi saya agak tinggi kerana bersamaan dengan 4 biji telur ayam.( satu biji telur ayam mengandungi 6g protein)
Adakah 24g protein mencukupi ?
Sudah tentu tidak. Seperti yang saya katakan awal-awal tadi bahawa berat badan yang lebih maka keperluan protein juga lebih supaya bina dan kekalkan saiz otot.
Tak nak berotot pun boleh tetapi akan menternak lemak.
Saya minum whey protein dalam masa 30 minit selepas workout.Boleh juga semasa sarapan pagi dan sebelum tidur.Terpulang kepada berapa banyak target protein untuk diambil dalam sehari.
Kalau sekadar nak jadi lean dan fit tanpa terlalu berotot sudah memadai satu scoop sehari.Buat workout yang ringan tanpa melalui workout HIIT. ( Google kalau nak tahu lebih lanjut)
Jenis-jenis whey protein
Whey protein terdapat dalam tiga kategori:
1.Whey Protein Concentrate
Jenis ini rendah dari segi kandungan protein.Tidak sesuai untuk mereka yang alah dengan laktosa.
2.Whey Protein Isolate
Proteinnya sudah diasingkan daripada lemak dan laktosa.Ia tinggi protein dan kurang rasa susu.Vital Whey dalam kategori ini.
3.Whey Protein Hydrolyzed
Berbanding jenis whey protein yang ada inilah yang terbaik kerana mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi dan sangat halus strukturnya.Malah sangat cepat dihadam dan diserap oleh badan.Yang pasti harga juga lebih tinggi.Kelemahannya rasa kurang sedap.
Nanti ada rezeki saya nak cuba beli jenama lain pula seperti Mesotropin atau Titan Whey.Kedua-duanya produk halal.
Memandang saya berhasrat untuk menjaga kesihatan dan penampilan, maka pengambilan whey protein amat diperlukan.Saya masih meneruskan aktiviti workout yang ringan-ringan untuk kempiskan perut buncit.Belum lagi serius untuk menjejakkan kaki ke gimnasium.
In shaa Allah jika ada kesempatan masa dan kewangan boleh juga mencuba jadi lelaki sado.Setidak-tidaknya sedap mata memandang dan enak untuk dipegang.
Haisey man …
Penutup
Keperluan protein bukan dari whey protein semata-mata.Amat perlu juga dari makanan harian seperti telur,daging dan ikan.Pelbagaikan sumber protein, karbohidrat, vitamin dan serat agar pemakanan kita lebih sihat.
Kesihatan adalah nikmat.Berusaha untuk kekal sihat dan bersyukurlah dengan beramal soleh kerana diberi nikmat sihat.Alhamdulillah.
Oh…Begitulah pengalaman saya untuk mencuba pertama kali minum Vital Whey dan beberapa info berkaitan whey protein.
Nampak gaya untuk menjadi sado perlu dompet duit yang sado juga.Betul tak kawan-kawan ?
Nak sihat korban duit sikit tidak apa. Lagi pula cari duit untuk apa? Kalau sekadar untuk disimpan.. nanti tidak sempat guna, orang lain yang merasa.
ahmadyani recently posted…Ini Buktinya Dunia Dan Kehidupan Manusia Makin Hampir Ke Penghujung!
perbelanjaan perlu secara berhemah..
ada simpanan, sedekah dan sebagainya..
yang penting terus sihat dan bersyukur dengan apa yang ada
memang baus sangat kita tamba protein tambaanhan dalam menu harian kita..boleh cover nutritional gap yang terkurang dala maanan yang kita ambil setiap hari..
zara recently posted…Masalah Hormon Tidak Seimbang Dan Simptom Yang Patut Anda Ketahui
kekurangan protein adalah boleh jejaskan kesihatan
protein antara nutrisi penting yg wajib kita ambil setiap hari. Saya pula suka ESP Shaklee yang berperisa Vanilla, kalau nak macam2 perisa Shaklee keluarkan utk US, Jepun dan sbgnya sahaja.
Semoga kita semua istiqamah menjaga kesihatan.
ya..betul tu.
moga kita istiqamah menjaga kesihatan..
-health is wealth-
nak sihat kan…. apa salah leburkan sikit demi kesihatan…
betul kerana kesihatan tidak ternilai.
berkat gigih jaga kesihatan kita akan diberi anugerah sihat ..
In shaa Allah
Saya baru cuba vital whey hari ni. Tp kenapa rasanya mcm susu soya?
sebab awak pilih perisa vanila..
whey protien memang tidak sedap…ia sedap apabila ditambah perisa sama ada cokelat. vanila atau strawberi
wah byk khasiat dan bagus utk kesihatan ni
ternyata banyak dan terbaik tu.
jagalah kesihatan untuk masa depan
Sekarang dah masuk 2020….dah jadi sado ke… 😀
hahahha..
belum jadi sado sebab..berhenti sekerat jalan
Utuk badan yg kurus boleh kah guna vital whey ni
boleh tiada masalah kerana vital whey adalah protien…cuma kalau nak naikkan berat badan kena makan lebih banyak dan bersenam
Selamat sejahtera encik masih ke amalkan whey protein jenama ini?.Boleh saya tahu tahap keberkesanan produk ini?Terima kasih 🙏🏽
selamat sejahtera kembali…
saya sudah stop ambil protein jenama tersebut..
jadi susah nak cakap tentang keberkesannanya