Baru-baru ini saya pergi ke Betong (Sarawak).Guna bas.Tidak seperti kebiasaan menggunakan kereta.Tambang RM30 untuk satu hala.Saya beli tiket di Kuching Sentral
Jadual perjalanan cuma dua kali dalam sehari.Jam 2 petang dari Kuching ke Betong.Jam 8.30 pagi dari Betong ke Kuching.Perjalanan mengambil masa 5 jam lebih.Biasalah bas.Bukannya kereta atau van yang boleh dipandu laju sesuka hati.
Itu sahaja pilihan yang sesuai kerana bas ini masuk ke pasar.Bas yang lain-lain cuma berhenti di simpang atau tepi jalan yang berdekatan.
Dalam perjalanan saya sempat bersembang dengan beberapa penumpang lain.Mereka peramah dan suka bersembang.Pelbagai topik diceritakan.
Dari isu remeh hingga ke isu berat.Saya tidak kisah.Saya tidak peduli.
Yang saya tahu “malu apa bossku”
Antara sebab saya suka bersembang dengan mereka kerana saya takut melayan perasaan kesepian seorang lelaki.Saya tengok kiri dan kanan.Masing-masing ada pasangan.Mungkin suami isteri atau sepasang kekasih ataupun teman tapi mesra.
Saya tengok diri sendiri.Alahai seorang diri.Keadaan seorang diri begini akan menerbitkan rasa dan jiwa yang sepi.Perasaan ini sukar diatasi sekiranya berseorangan.Kalau boleh jangan orang lain merasai apa yang saya rasai.
Sekarang saya sudah sedar.
Dulu pun saya sedar.
Saya sedar bahawa teman hidup adalah anugerah terindah untuk mengubat kesepian yang kadangkala tidak berhujung dan tidak berdasar.
Sungguh beruntunglah kepada mereka yang masih ada pasangan hidup.Mereka sudi dan rela untuk bersama kita dalam keadaan susah maupun senang.Hargailah pasangan kita kerana tanpa mereka kita akan diulit kesepian yang berpanjangan.
Benarlah kesepian seorang lelaki akan terubat denga kehadiran wanita dalam hidup ini.
kesepian tu akan berlalu jika kita tak terlalu memikirkannya… sibukkan diri dgn perkara2 yg menggembirakan…
itulah cara yang bagus dan berkesan..
namun bukan yang terbaik..
nak yang terbaik wajar juga ada pasangan hahaha
Semoga bertemu jodoh yg baik & bersedia utk hidup bersama dlm suka & duka, Mr Hanafi…
Zurainny Ismail recently posted…Ginger Snap Tea from Tea Bird Tea
aamiin…
doa dan perhatian kalian amat saya hargai..
tosey-tosey .
Gajetkan ada hehe
gajet tidak mampu memggantikan komuniti manusia yang sebenar hahaha
bila takde teman nak berbual, handphone jd penyelamat…
boleh la..walaupun bukan yang terbaik..
saya pun pernah mengalami kesepian spt itu dahulu. lama kelamaan sy kalih dgn kesepian dgn menyibukkan diri dgn xtvt seharian.
itu cara yang ok juga..
kalau nak lebih ok..sibukkan diri dengan mengingati Allah.
In shaa Allah
aduh terharu dan sebak baca post ni..
tak per tuan..
perkara biasa dan perlu dilalui