Bersamaan 25 Jun 2020 barang idaman hati saya sudah sampai dengan selamat. Istimewanya barang idaman ini didatangkan khas dari Johor Bharu untuk berada di Kuching, Sarawak.
Seperti mana yang telah saya telah war-war dalam artikel sebelum ini, pembelian barang idaman ini pada 20 Jun 2020 dengan Bro Bin.
Perjalananan barang idaman ini bermula dari 22 Jun 2020 yang lalu. Tidak sangka juga hanya mengambil masa tiga hari bekerja untuk sampai ke pemiliknya.
Jejak perjalanan barang ini dari Johor Bahru dan kemudian di hantar ke pusat transit di Kuala Lumpur sebelum dihantar ke Kuching.
Pada mulanya Bro Bin sudah mengingatkan paling cepat dua minggu dan paling lewat dalam sebulan.
Katanya bergantung kepada penerbangan pesawat untuk menyeberangi Lautan China Selatan.
Kalau ada jadi cepat. Kalau tiada jadi lewat.
Mendengar situasi ini, saya bersabar. Saya belajar bersabar kerana saya bukan orang penyabar dalam bab-bab menunggu begini.
Perasaan tak keruan saya bertambah setelah membaca info dari Pos Malaysia.
Pihak Pos Malaysia memohon maaf kerana terdapat lambakan bungkusan yang belum dihantar ke Sabah dan Sarawak.
Saya hanya mampu mengurut dada kerana menahan rasa geram yang tak pasti. Saya tidak boleh salahkan mana-mana pihak kerana semua orang mahu barang yang dipesan cepat dan selamat sampai.
Bukan saya seorang.
Akhirnya saya pasrah dan serahkan segala urusan yang di luar kawalan saya kepada Allah SWT.
Malah ketika bermesej dengan Bro Bin saya cuma ajaknya doakan sahaja.
Walau hati saya rasa antara yakin dengan tidak, akan berlaku sesuatu luar biasa.
Tentu pembaca tertanya-tanya apakah barang idaman yang saya maksudnya.
Tidak lain dan tidak bukan iaitu telefon pintar jenis pertengahan atau mid range class.

Sebelum ini saya pernah menulis artikel berkaitan seperti di bawah :
Dengan kesempatan ini saya nak ucapkan setinggi terima kasih kerana penjual telefon iaitu Bro Bin yang beroperasi di IT Smarttone Mobile, 88, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru. Bro Bin boleh dihubungi di talian 017-7824487 untuk pertanyaan tentang telefon yang diingini.
Itu sahaja kali ini dan saya akan ceritakan pengalaman menggunakan telefon pintar tersebut dalam artikel yang akan datang pula.
Semoga ada manfaatnya.
Sayang sekali gambarnya tak ada tayang, nak lihat benda tu…Lihat kemasannya seperti kemasan obat obatan pula. Ayo bagi tengok
hahhaha…
saya belum buka
next artikel saya tulis produk
owh patut la berdebar2 dan tidak sabar rupanya beli handphone. hehe… kalau saya sendiri pun akan rasa yang sama juga. cepat2 buat entry review handphone baru ye.
hahaha…
saya pun rasa tak sabar nak buat review nie
Wahhh syukurlah jika sudah sampai dengan keadaan utuh, selamat menikmati hadiah barunya.. Semoga hadiahnya bisa memberikan manfaat yang sebesar-besarnya yah
ya..mas saya sangat bersyukur..
terima kasih ye bagi sokongan mantap
jauhnya beli..Alhamdulillah, selamat sampai..
sebab saya malas nak pusing-pusing kedai tuan..
beli sahaja online
berani tu… beli hp via pos
masih ok beli hp guna online..
ada juga yang lainnya beli Laptop guna online..
lagi dahsyat
memang exited kalau barang yang kita beli sampai rumah kan? lega pun ada.
nikkhazami recently posted…Cara Buat Diskaun di Shopee
tidak dinafikan sangat lega dan gembira..
wakaupun tak la lama sangat menunggu