Ketahui penjelasan pakar bedah bagaimana deritanya pesakit Covid-19 temui ajal mereka

Pesakit Covid-19 semakin bertambah setiap hari.Pandemik Covid-19 ini telah menjangkiti mangsa sehingga mencecah lebih satu  juta orang di seluruh dunia.Bayangkan betapa cepat dan luasnya peyebaran virus ini.Walaupun  hanya bernula di Wuhan, China  Disember tahun lepas.

Di Malaysia sahaja sudah lebih tiga ribu orang disahkan positif dan telah meragut nyawa 53 mangsa.( ketika artikel ini disiapkan)

Angka ini memang mengejutkan kita semua.Jangkaan pihak WHO menyatakan angka mangsa jangkitan Covid-19 di negara ini akan memuncak pada pertengahan April.

Kini Perintah Kawalan Pergerakan( PKP) masih berlangsung .Bermula dari 18 Mac sehingga 14 April 2020.Itupun belum pasti akan berakhir pada tarikh tersebut.

Persoalannya sekarang ini, bilakah wabak  Covid-19 akan berakhir.Sedangkan jumlah yang disyaki pesakit Covid-19 terus meningkat dari hari ke sehari.Bukan setakat di Malaysia sahaja, malah meliputi hampir di semua negara.

Ramai yang panik dan hidup dalam ketakutan.Tidak terkecuali ada juga yang masih leka.Mereka beranggapan wabak Covid-19 cuma isu kecil.Hakikatnya wabak ini sangat besar dan sangat serius .

Risiko untuk dijangkiti sangat tinggi dan potensi untuk sembuh kembali sangat bergantung kepada berapa banyak virus ini masuk dalam badan mangsa.

Pesakit Covid-19 ada dua kemungkinan sekiranya mereka disahkan positif.

Pertama akan sembuh.

Pesakit boleh pulih semula.Mereka dibenarkan keluar dari hospital untuk menjalani kehidupan seperti biasa di bawah pemantauan pihak kesihatan.

Kedua akan mati.

Pesakit dikeluarkan dari hospital.Mangsa akan dihantar ke tempat perkuburan dengan prosedur amat ketat oleh pihak yang berkaitan.

Kita tinggal itu dulu.

Berikut ialah penjelasan oleh Dr. Duc Vuong, tentang bagaimana Covid-19 boleh membunuh mangsa dengan cara  mengerikan.

Saya ringkaskan begini.

Pesakit Covid-19 yang terkena jangkitan akan mengalami gangguan penafasan yang amat teruk.Peparu mereka tidak boleh berfungsi seperti biasa.Bantuan penafasan akan digunakan.

Jadi tidak hairan ada yang terpaksa berada dalam ICU.Nasib mereka berada atas pagar.Namun ajal Allah jua yang telah menetapkan.

Analoginya begini.Bayangkan bagaimana kepala kita diletakkan dalam air.Kita tidak boleh bernafas.Keadaan ini menyebab kematian secara perlahan-lahan apabila tiada udara lagi keluar dan masuk

Dengar penjelasan pakar bedah ini. Jangan lupa juga berdoa agar kita semua selamat dari angkara Covid-19 yang ganas dan berbahaya ini.

Semoga dengan penjelsan ini, tahap kesedaran kita semakin meningkat untuk ambil serius.Betul-betul ambil serius bahawa Covid-19 adalah ancaman buat kita semua. 

Bersyukurlah sekiranya masih sihat.Teruskan amalan jaga kebersihan, duduk rumah dan paling penting jaga kesihatan. Bersama putuskan rantaian Covid-19 sebaik yang mungkin.

Teruskan menonton video di bawah : 

6 thoughts on “Ketahui penjelasan pakar bedah bagaimana deritanya pesakit Covid-19 temui ajal mereka”

  1. mmg menakutkan pandemik ni, kita tak tau bagaimana, dengan siapa, kita boleh berjangkit…langsung jd fobia, keluar beli barang haritu, dah tak nak keluar dah..

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: