Sebelum ini saya ada menulis tentang kehidupan dilingkari keajaiban.Dalam artikel ini saya sekali bercerita keajaiban yang saya alami.
Bagaimana boleh dapat keajaiban ini?
Saya boleh simpulkan dengan tiga perkara berikut:
1.Hati yang tenang
2.Fikiran yang lapang
3.Sedekah setiap hari.
Tiga perkara ini biasa kita dengar.Boleh dikatakan setiap hari orang mewar-warkan di sana sini.
Alhamdulillah.Sekarang ramai yang ambil peduli dan tahu akan kesannya.
Berikut tiga keajaiban yang saya alami baru-baru ini.Pada saya ianya cukup besar dan cukup bermakna.
Table of Contents
1.Membeli beg laptop
Saya sudah lama memasang impian untuk membeli laptop yang baharu.Bila ada laptop baharu tentulah ada pakej dengan beg yang baharu juga hehehe.
Entah bagaimana niat saya untuk membeli laptop baharu tidak menjadi.Saya cuma upgrade laptop sedia ada dengan menukar harddisk yang baharu dan Window 10.Kini laptop cukup laju dan berprestasi jauh lebih baik dari sebelumnya.
Saya seronok dan puas hati.Namun saya masih menyimpan hasrat untuk membeli yang baharu juga suatu hari nanti.
Niat saya beralih pula untuk menukar begnya.Tambahan pula beg asalnya sudah lusuh dan uzur.
Saya mula berfikir di mana tempat yang sesuai untuk membeli.Mungkin di kedai biasa atau gedung membelah yang gah.Dalam hati terus memutuskan untuk pergi sahaja ke gedung membeli belah yang dimaksudkan.
Pusing punya pusing akhirnya terjumpa beg berwarna hitam.Tanpa perasan dengan jenama dan harga, saya berminat dan terus pula ke kaunter untuk membuat bayaran.
Pada mulanya saya cuma sedar ada potongan 70 peratus dan sebab itu berani untuk membeli.Rupa-rupanya beg tersebut berharga RM299 dan saya terbeli dengan harga RM89.70
Alhamdulillah.Saya sudah ada beg laptop baharu walaupun bukan laptop yang baharu.
2.Tambang Grab percuma
Senario ini bukan terlalu ajaib sangat kerana setiap awal bulan selalunya ada promosi tambang percuma dari Grab.
Cuma pada hari tersebut saya terkejut kerana tidak sangka dapat naik Grab secara percuma.Yang sebetulnya tidak terlintas langsung untuk tahu promosi begini biarpun saya adalah pengguna Grab yang setia.
Dapatlah pada hari yang bahagia tersebut saya dapat penjimatan yang terbaik.
Inilah dinamakan keajaiban yang sangat diingini untuk ditemui setiap hari.Soalnya bukan tentang penjimatan duit tetapi yang lebih utama rasa gembira mendapat kejutan yang tidak disangka.
3.Dapat wang tunai
Saya yakin pembaca teruja bila mendapat tahu perkara yang berkaitan wang tunai.Saya lagilah teruja kerana wang tunai ada nilai yang tersendiri ketika kita memerlukan wang tersebut.
Sebelum kejadian, saya ada melakukan satu kejutan kepada seorang penjual buah pisang.
Saya beli pisang berharga RM3.00 seikat.Lantas saya membayar dengan harga lebih sehingga menyebabkan penjual tadi terpinga-pinga terkejut.Untuk meredakan keadaan saya cuma kata “keep the change”.Itupun dia masih terkejut kerana budaya “keep the change” terlalu asing di bumi ini kot.
Kisah itu saya hentikan.
Untuk ke pejabat saya menggunakan Grab.Semasa membayar harga tambang Grab saya juga melakukan perkara yang sama dengan si penjual pisang tadi.
Cuma kali ini pemandu Grab tidak terkejut kerana dia biasa dengan budaya “keep the change”.Yang pasti dia dan saya sangat gembira dan seronok menikmati saat tersebut.
Saya sampai ke pejabat untuk mesyuarat lebih awal.Tidaklah rasa tertekan dan tergesa-gesa.
Diringkaskan cerita, habis mesyuarat saya dipanggil mengadap bos besar.Dalam fikiran tidak terfikir apa-apa melainkan rasa tenang dan gembira.
Sembang punya sembang tentang kerja, lalu bos menghulur sejumlah wang sebagai wang saku.Jumlahnya 50 kali ganda dengan jumlah yang saya sedekahkan kepada si penjual pisang dan si pemandu Grab.
Penutup
Sekali lagi saya harap pembaca dapat memahami mesej yang ingin saya sampai.
Bukan menunjukkan saya seorang pemurah tetapi apabila kita berbuat kebaikan maka balasan segera boleh kita dapat tanpa selang masa yang lama.
Beranilah bersedekah.Tenangkan hati dan lapangkan fikiran.Selebihnya biar Allah bantu kita menjalani kehidupan ini dengan bahagia dan gembira.
Jika rasa bermanfaat sila kongsikan kebaikan kerana “sharing is caring”.
the more u give the more u get. So do not hesitant to donate to the needy.
that right sir..
donate and donate
Menarik perkongsian bro pada kali ini
Keajaiban bersedekah memang ada dan sebab itulah kita kene rajin bersedekah
Wan Zawawi recently posted…Sesi Pandu Uji Honda CRV 1.5 Turbo , Honda HRV 1.5 Hybrid Dan Honda Civic 1.5 Turbo
tidaklah begitu menarik berbanding cerita orang lain tuan..
alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang diberikan…
sunah sakura recently posted…Sedap Ke Brown Sugar Deerioca Creme Brulee The Alley?
alhamdulilla..
syukur hanya kepada Allah SWT
mmg ajaibnya kuasa sedekah dan ikhlas dalam hati kita
ya betul tu.
tidak dapat dinafikan
hampir 80% tu potongan harga untuk beg laptop… memang rezeki!
itulah yang untungnya..
jenama pun bukan alang-alang dan dijual di gedung membeli belah yang gah
Alhamdulillah hasil daripada keikhlasan mendapat berkat dari Allah… Doakan saya juga yer…
in shaa Allah bro..
sama-sama kita memperolehi keajaiban
pada mama tiada salahnya untuk berkongsi walaupun sedikit semoga ia akan menjadi amal jariah
semuanya betul..
the more you give the more you get
Alhamdulillah… Semoga kita istiqomah untuk selalu bersedekah…
amiin..
moga bro terus kaya dan sihat selalu
Alhamdulillah syukuri apa yang ada itulah bahagia.
Mrs. A boleh relate apa yang Mr. Hanafi ceritakan ini sebab pernah alami situasi lebih kurang begitu.
Mrs. A recently posted…Mrs. A Menang Giveaway-01 By Ematunz
Alhamduillah…
syukur banyak-banyak dan perkara ini ada disekitar kita
Alhamdulillah…keajaiban bersedekah, sekejapan dapat balasan dari Allah swt..
janji berani sahaja bro..
semuanya bisa