Mengapa Telur Ayam Bebas Antibiotik Menjadi Pujaan Hati

Telur Ayam Bebas Antibiotik

Telur ayam kegemaran admin. Dulu dan selamanya. Namun sejak kebelakangan ini, admin hanya mahu memilih telur ayam bebas antibiotik 

Telur ayam bebas antibiotik atau juga dikenali sabagai telu ayam organik.

Mungkin ada yang nak tahu apa manfaatnya telur ayam yang bebas antibiotik ?

Sebelum tu, nak tahu juga..

Yang mana keluar dulu ?

Ayam ke ?

Telur ke ?

Rasanya tidak perlu jawab soalan tersebut.

Telur ayam dihasilkan ayam yang khas mengeluarkan telur sahaja. Oleh kerana ayam ini hidup dalam keadaan yang sempit dan tidak selesa maka berpotensi untuk mendapat penyakit adalah tinggi.

Para pengusaha ayam akan menyuntik antibiotik kepada ternakan mereka agar tidak mengalami kerugian jika ayam mati sebelum menghasilkan pulangan.

Dos antibiotik yang tinggi memberi kesan buruk kepada pengguna.

Tentunya pengguna boleh akan mendapat kesan tersebut dalam jangka masa panjang. Terutama kepada mereka yang menjadikan telur ayam sebagai menu wajib dalam setiap hidangan.

Itu baru telur ayam. Bagaimana pula dengan ayam itu sendiri.

Admin akui ramai yang suka makan ayam. Nasib baik admin kurang gemar makan ayam sejak dari dulu lagi. Jika nak makan sekali pun, cuma seketul  dua sahaja.

Selepas itu dah rasa mual bagaikan isteri mengandung anak pertama. hehehehe..

Telur Ayam Bebas Antibiotik

Telur bebas antibiotik

Buat makluman semua telur ayam bebas antibiotik agak mahal. Admin beli 10 biji dengan harga RM4.80. Saiznya pula adalah gred D.

Oleh kerana hajat untuk menikmati  telur yang bebas antibiotik terpaksa pejam sebelah mata dengan harga  tersebut.

Sekiranya admin makan dua biji sehari, maknanya stok telur tersebut cuma bertahan lima hari. Bagaimana kalau 10 biji sehari.

Itupun masih murah juga berbanding bajet untuk makan dekat luar.

Untuk kesihatan, jangan kompromi  sekiranya mampu.Tak mampu mungkin dengan cara yang lain.

Penutup

Telur ayam bebas antibiotik bukan keperluan mendesak juga. Terpulang kepada kita untuk memilih jenis yang lebih sihat atau tidak.

Sejujurnya rasa telur biasa dengan telur antibiotik seakan-akan sama. Tiada beza sangat kecuali kepada warna telur kuningnya.

Telur bebas antibiotik lebih cantik dan oren warnanya.

Telur biasa. Macam biasa juga. Warna kuning yang pucat lesi.

Itu sahaja perkongsian kali ini.

  • Kemas kini 19/12/22

Artikel berkaitan

42 thoughts on “Mengapa Telur Ayam Bebas Antibiotik Menjadi Pujaan Hati

    1. hahahaha..

      betul- betul menjimatkan la telur.

      malah telur ayam boleh divariasikan supaya makan tak lekang dek panas

  1. Boleh ganti dengan telur itik. Itik biasa ternak bebas. Mungkin sesetangah orang tidak suka, tapi bagi saya hampir sama sahaja rasa.

    1. Telur itik susah juga nak dapat..

      oh ya..

      saya baru ingat nak makan telur ayam kampung pula selepas ini..

      satu biji berharga RM0.70

  2. setiap kali beli telur, saya pasti akan teringat telur tiruan yg di hasilkan di china…aduhhh mmg bimbang sgt kalau kena tipu

    1. kes telur tiruan semaakin lenyap sekarang ini..

      namun perlu juga berhati-hati selalu agar tidak terkena telur tiruan ini

  3. Macam ni rupanya telur organik dan bebas suntikan antibiotik. Takpelah kena pejam mata sekalipun. Yang penting, betul kata MH. Jangan kompromi dengan kesihatan.

  4. Mahal kan harga barang organik ni. Kalau boleh hari2 nak beli buah-buahan tapi harga memang mencanak..terpaksa tanam sendiri kalau nak makan..

    1. sekarang macam-macam dah ada.

      kalau tak mahu yang organik begini boleh juga mencuba telur ayam kampung tapi susah nak dapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge