2 Langkah Lagi Untuk Jadi Jurulatih Bertauliah [edisi kemas kini]

Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama. Memang betul. Alhamdulilah saya kini ada dua langkah lagi untuk layak menjadi jurulatih bertauliah. In shaa Allah.

Tak sangka ligat sungguh fikiran sejak akhir ini. Ligat untuk memikirkan perjalanan kehidupan yang serba indah dan mempersonakan.

Dulu-dulu saya teringat. Zaman muda remaja. Masih hensem dan jambu.

Ketika itu saya sudah memasang impian untuk menjadi perunding motivasi. Sekadar impian tak susah pun.

Saya bertanya dengan kenalan Facebook, Tuan Moslem Anuar kira-kira 8 tahun yang lepas.. Beliau adalah perunding motivasi tersohor di Sarawak ketika itu.

“Bagaimana untuk menjadi seorang perunding motivasi ? “

Soalan tersebut dijawab tuan Moslem penuh berhikmah dengan nada bersahaja. Terselit nasihat dan azimat yang keramat sehingga menjadi pegangan saya ke hari ini.

Pesan beliau” berilah motivasi secara percuma kepada mereka yang memerlukan”

Wah!

Saya amalkan pesanan Tuan Moslem. Saya menulis dalam blog dan media sosial.

Saya bagi dorongan kepada kawan-kawan sekerja. Saya bercerita dengan ahli keluarga dan sesiapa sahaja tentang motivasi dalam kehidupan.

WAJIB BACA :   Pengalaman jadi halimunan di sebuah restoran

Macam biasa.

Kita tidak akan dilihat atau dipandang selagi belum memperlihatkan kejayaan. Itulah krebiliti dan reputasi yang wajar untuk stigma pemikiran manusia.

Ketika mentelaah buku STOP LOOK GO! tulisan Drs Shukur saya tertarik dengan idea ini.Lihat bawah :

“Dengar apa yang dikata, bukannya lihat siapa yang berkata”

Pemikiran kita secara stigma akan menafikan sekeras-kerasnya idea tersebut.

Biar saya ambik contoh mudah.

Seorang perokok yang tegar [maaf kalau terasa] berpesan jangan merokok kerana membahayakan kesihatan.

Adakah kita ingin mendengar apa yang dipesannya?

Majoriti kata “TIDAK”

Hakikatnya, kita tetap melihat siapa yang berkata demikian dan bukan apa yang cuba disampaikan.

Baiklah. Kita tinggalkan dulu.

Itulah mukadimah saya dalam konten ini. Jauh melencong.

Betul tak Pak Belang ? [bukan Belang Tarung]

jurulatih bertauliah

JEMPUTAN KE KURSUS TRAIN OF TRAINER (TOT) eUSAHAWAN ANJURAN MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION (MDEC)

Kenyataan di atas adalah email yang saya terima baru-baru ini. Alhamdulilah saya terpilih selepas lulus ujian pertama.

WAJIB BACA :   Saya Seorang Jutawan

Pihak MDEC mengucapkan tahniah kerana anda telah lulus saringan awal pemilihan pelatih eUsahawan dan layak mengikuti program TOT Edisi Digital Kenyalang.

Kursus Train of Trainer (TOT) eUsahawan edisi Sarawak  merangkumi lima (5) hari Kursus TOT dan dua (2) hari Sesi Penilaian (lihat jadual di lampiran) yang mana sekiranya tuan/puan lulus Sesi Penilaian yang dijalankan, tuan/puan akan diiktiraf sebagai Jurulaith eUsahawan Bertauliah/ “eUsahawan Certified Trainer” dan membolehkan tuan/puan untuk menjalankan Latihan eUsahawan mengikut prosedur dan ketetapan yang telah dipersetujui di antara KOBIS dan MDEC.”

Saya copy and paste email yang saya terima. Barang baik saya wajar kongsikan bersama pembaca blog saya. Dulu saya pernah kongsikan perkhabaran ini dalam Hidup dilingkari keajaiban

Jom kita teruskan lagi pembacaan.

Berikut adalah dua langkah yang mesti saya patuhi sebaik yang mungkin.

1.Langkah Pertama >> kursus 5 hari

Saya wajib mengikuti kursus TOT 5 hari secara penuh. Seorang staff dari Koperasi Belia Innovatif Sarawak ada menelefon untuk pengesahan.

Awal-awal dia bagi peringatan mesra.

WAJIB BACA :   Tiga mahkota lelaki paling berharga

“Kalau tak complete tak layak untuk dapat tauliah”

Saya mengiyakan dengan “in shaa Allah”

2.Langkah Kedua >>2 hari penilaian

Masa penentuan sama ada saya layak atau tidak menjadi jurulatih bertauliah untuk “eUsahawan Certified Trainer”.

Sebab itu saya nak minta pembaca tolong mendoakan kejayaan saya.

Dalam pemikiran ini, saya nak bantu mereka untuk berjaya menjana pendapatan secara online melalui #youcanduit.

Penutup

Jurulatih bertauliah bukanlah kerjaya yang mudah. Saya akui saya perlu menjaga reputasi MDEC dan KOBIS.

Ada KPI yang mesti dicapai. Namun sekiranya diberi peluang saya akan memberi komitmen terbaik demi memenuhi aspirasi kemajuan negara dalam ekonomi digital.

Nak cakap banyak pun tak guna. Takut tak terlaksana. Biar masa yang menentukan serta layakkan saya dahulu sebagai jurulatih untuk mereka yang memerlukan.

In Shaa Allah bisa direalisasi berkat sokongan doa anda semua.

Aamiin.

Sebelum saya mengakhir penulisan konten ini saya nak kongsikan video terbaru mengenai MDEC. Nampaknya saya perlu mengintergrasikan blog saya dengan MDEC..

  • kemas kini 19/8/22

 

46 thoughts on “2 Langkah Lagi Untuk Jadi Jurulatih Bertauliah [edisi kemas kini]”

  1. Wah bestnya.. kerjasama di antara KOBIS dan MDEC..
    Nanti sampaikan salam saya kepada Bos KOBIS iaitu Ahmad Zaiwin Kassim..
    Beliau merupakan class mate saya dan juga house mate saya semasa belajar di Universiti…
    Tak sangka dia dah jadi orang yang berpengaruh sekarang ni..
    anuar recently posted…3 Cara Buat Duit Melalui UBER!My Profile

    Reply
    • terima kasih bro Fadzli…

      motivasi akan terbit apabila ada matlamat yang hendak dicapai..

      layu boleh disegar kembali dengan air bro..

      air kopi kaw-kaw..

      hehehehe

      Reply
  2. Tahniah dan syabas buat tuan. Semakin hari, tuan semakin upgrade dengan kemahiran yang tuan ada. Terus sukses dengan apa yang tuan capai. Rakan-rakan sentiasa mendoakan kejayaan tuan.

    Reply
  3. Perghh…terus bergelora dengar bro nak menghampiri taraf pakar usahawan…alhamdulillah…mmg patut dari awal mereka bagi peluang nie kat bro.. 😛

    Kalo mereka tak pilih juga…dieorg memang silapbesar aa… 🙂

    Tahniah atas kejayaan ini. In sha allah urusan bro akan dipermudahkan…ameen

    Reply
    • aamiin dan terima kasih bro..

      kalau pakar usahawan masih jauh juga tu..

      belum layak rasanya..

      kita tengok bagaimana resultnya nanti..

      terpilih atau tidak..

      mudahan terpilih..

      aamiin

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge