Hidup Dilingkari Keajaiban

Siapa percaya dia dapat.Tak percaya maka tak dapat.Semudah itu untuk dapat keajaiban dalam hidup ini.

Keajaiban satu perkara yang berada di luar norma akal.Tidak berasaskan logik matematik.Tidak bermain dengan sebab dan akibat.

Hukum keajaiban hanya berlaku dalam dunia Quantum manakala hukum realiti dalam dunia nyata yang kita hadapi dengan mata kepala sendiri.

Apa itu Quantum akan kita bincangkan pada masa yang lain pula.

Yang pasti keajaiban adalah bukti yang sangat luarbiasa tentang kekuasaan Allah SWT.

Keajaiban berkait dengan iman.Tentang keyakinan dan rasa percaya kepada Nya.

Beberapa hari yang lepas saya alami sendiri keajaiban kehidupan.

Besar atau kecil bukan persoalan.Perkara utama buat saya ialah keajaiban ini sangat memberi kesan emosi yang sangat bahagia dan sangat gembira.

Selepas sahaja saya berniat dan melakukan sedekah gila-gila, saya mendapat berita yang gembira.Boss tempat saya bekerja telah maklumkan beliau nak bagi bonus.Apalagi hati saya cukup gembira dan sangat bersyukur.Mana tidaknya kerana tidak terlintas difikiran untuk saya dapat habuan sedemikian.

WAJIB BACA :   Cara atasi demam pada orang dewasa

Bagaimana keajaiban ini berlaku ?

Saya tidak dapat pastikan dengan tepat.Yang saya tahu tindakan saya bersedekah seperti mana yang saya tulis dalam artikel Sedekah gila-gila.

Tidaklah banyak jumlahnya.Baharu tiga hari program tersebut berlangsung.In shaa Allah saya akan teruskan selama sebulan.

Apa yang menarik, habuan yang saya perolehi adalah 16 kali ganda dengan jumlah yang telah saya sumbangkan.Sudah tentu angka ini amat besar dan memberi kejutan sebagai keajaiban.

Sebelum keajaiban tersebut berlaku saya pernah juga alami sendiri di kampung beberapa minggu sebelumnya.Ada tiga kali dan ianya berlaku dalam selang masa yang singkat sahaja.

Pertamanya, saya teringin untuk makan buah engkalak ( buah tempatan di Sarawak).Dalam hati memang niat untuk mencari di pasar.Sehari selepas itu adik saya ada membawa buah engkalak dari kebun keluarga sebelah isterinya.Saya tidak memberitahu apa-apa baik menggunakan telefon atau pesan kepada seseorang.Cuma pasang keinginan semata-mata.

WAJIB BACA :   Mengapa Telur Ayam Bebas Antibiotik Menjadi Pujaan Hati

Keduanya, ketika itu saya hendak berniat membeli beras wangi.Saya kata berulang-kali kepada emak saya akan beli beras tersebut.Padahal wang tunai dalam tangan tidak cukup sama sekali untuk membelinya.Tidak lama selepas itu ada seorang insan bersedekah beras wangi kampit besar.Rasa tidak percaya pun ada kerana saya cuma bercakap-cakap dengan emak bahawa  saya akan beli beras tersebut tetapi tidak tahu bila.

Ketiganya, saya berhajat untuk makan durian kampung.Pada masa itu dikhabarkan buah durian belum lagi musim gugur.Adapun di pasar harga durian memang gila punya mahal.Kebetulan pula wang dalam tangan memang tidak cukup.Mungkin cukup untuk beli bau sahaja kot.Saya cuba mengingatkan kembali kenangan tahun lepas yang saya makan buah durian dengan rasa seronok dan syukur.Bahkan bau harum durian pun saya masih ingat.Entah macam mana tanpa apa-apa pesan ada pulak orang hantar sebijik buah durian untuk saya dan emak beberapa hari selepas itu.

WAJIB BACA :   Kembali angkat besi

Sungguh ajaib dunia ini.

Penutup

Keajaiban berlaku setiap hari kepada kita sebenarnya.Cuma kita tidak sedar dan tidak peduli kehadirannya.Kalau sedar alhamdulillah.Syukur banyak-banyak.

Untuk mendapatkan keajaiban atau rezeki yang tidak disangka-sangka begini cuma melalui hati yang bahagia dan fikiran yang tenang.Selain itu suka bersedekah yang besar-besar dan menakutkan.Apa yang akan berlaku selepas itu ialah kejutan demi kejutan berbentuk keajaiban.

Terpulang kepada kita sama ada percaya atau tidak, keajaiban akan berlaku dan terus berlaku.Tinggal sahaja untuk kita bersyukur dan berbahagia.Semudah itu untuk merasai keajaiban melingkari kehidupan ini.

Semoga ada manfaat dan jom kongsikan cerita ini agar keajaiban itu turut berlaku juga kepada pembaca yang sudi rasa bahagia dan gembira.

Comments 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge