Sedekah gila-gila

Saya cukup teruja untuk bersedekah.Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk.Tetapi sebagai cara untuk kempen bahagia dan kempen dakwah berupa kebaikan untuk semua.

Percayalah.

Persamaan  pemikiran tokoh-tokoh berjaya di dunia ialah mereka memikirkan kebaikan orang lain terlebih dahulu sebelum memikirkan kebaikan untuk diri sendiri.

Maka atas sebab itu saya cukup berminat mewarwarkan sedekah sebagai kunci kekayaan dan kejayaan.Bagaikan sudah direncana bahawa saya menulis cerita ini dalam kondisi saya berusaha untuk berjaya dan kaya.

Persoalanya bila boleh kita bersedekah ?

Mungkin ada yang berkata, “ saya akan bersedekah apabila duit sudah cukup”.

Dalam pada itu ada juga yang berkata “saya akan bersedekah apabila sudah mendapat duit lebih”.

Terpulang kepada anda kerana itu duit anda.

Yang pasti bersedekah bukan hanya dengan duit semata-mata.Sebaliknya posting status Facebook seperti di bawah boleh juga dianggap sedekah kerana boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Cerita sedekah gila-gila ini berkisar kepada saya sendiri.Saya abadikan dalam blog supaya jejak-jejak kejayaan nanti boleh dibaca ramai orang.

Saya kini mencuba formula Sedekah Umpama Formula Luarbiasa Untuk Jadi Jutawan.

Jika sebelum ini saya bersedekah RM1 sehari dengan lebihan wang yang ada.Kadang-kadang sempat dan kadang-kadang tidak mampu kerana bajet selalu tergelincir dari landasan utama.

Kini saya cuba bersedekah dengan menarik separuh dari bajet makanan saya selama sebulan.

Mengapa menarik bajet makanan ?

Sebab bajet makanan boleh diubah berbanding bajet wajib seperti nafkah anak-anak, ibubapa,hutang piutang dan bayaran utiliti.Bajet wajib tidak boleh diganggu kerana ia adalah hak orang lain.

Bajet untuk makanan sendiri terutama orang bujang lebih mudah diurus.Ini tidak bermakna orang berkeluarga tidak boleh bersedekah.Mereka boleh bersedekah namun perlu bincang elok-elok dengan pasangan agar tidak menimbul salah faham dan sebagainya di kemudian hari.

Alhamdulillah saya ada pilihan untuk bersedekah selagi gus, mingguan atau harian.Oleh kerana saya ingin menikmati rasa bahagia setiap hari maka saya ambil pilihan untuk bersedekah setiap hari.

Sejujurnya saya akui agak gementar juga dengan sedekah gila-gila ini.

Namun saya pegang janji Allah bahawa dengan bersedekah tidak akan menyebabkan seseorang jatuh miskin berdasarkan hadis ini,

Walaupun saya selalu berseloroh “ lagi banyak kita beri maka lagi cepat habis apa yang kita ada “

Secara logik matematik memang ya tetapi sebenarnya jauh sekali berbeza.Sebab hukum sedekah umpama Hukum Graviti iaitu barang yang jatuh pasti ke bawah.

Hukum sedekah pula ialah apa-apa yang kita sedekah tetap kembali kepada diri kita sendiri tidak kira siapa pun anda.Lagi banyak yang kita beri maka lagi banyak yang kita dapat.

Yang peliknya jauh berlipat kali ganda sama ada kita sedar atau tidak sedar.

In shaa Allah dalam artikel yang akan datang saya akan tulis kesan daripada sedekah gila-gila ini.Sama-sama kita menantikan kesannya nanti.

Semoga bermanfaat dan jangan malu-malu untuk share sebagai sedekah dari pembaca kepada orang lain pula..

ps: Dapatkan tiket ke TEDx KENYALANG 2019 di SINI 

10 thoughts on “Sedekah gila-gila”

  1. Zumal pun pegang kata-kata, sedekah tak buat kita jadi miskin. Baru-baru ni takde duit sangat, jual la barang peribadi dapat duit beli makanan kucing dulu (utk beri pada kucing terbiar), lebih baru beli untuk sendiri. Alhamdulillah nikmatnya lain. Makan sekali sehari boleh kenyang sampai esok.

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: