Dengan kesempatan ini saya sebagai admin di mrhanafi dot com ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1439H kepada sesiapa sahaja walau di mana mereka berada.
Bersempena tahun baharu dan azam baharu saya akan berusaha untuk menulis blog setiap hari.
Itupun jika lepas beberapa halangan berikut.
1.Ada bajet mencukupi
Keadaan ekonomi sangat mencabar.Jika salah pelaburan maka dana akan lebur.Berhati-hati adalah tabiat yang baik.Berkias sungguh saya berkata-kata.
2.Ada masa yang sesuai
Maksudnya saya ada masa untuk terus online tanpa hilang fokus oleh perkara lain.Banyak gangguan kiri dan kanan.Biasalah jadi CEO di mrhanafi dot com
3.Ada idea menarik
Malu juga kalau saya menulis tak tentu pasal.Pembaca marah.Saya pula susah hati.Tak de mana semuanya jika tiada idea menarik untuk dikongsikan.
4.Keadaan laptop mengizinkan
Ini cabaran utama.Laptop semakin uzur.Prestasi semakin membimbangkan sejak akhir ini.Bila-bila masa boleh pergi tak akan kembali.Hibah pula belum distihyarkan.
5.Keadaan emosi yang stabil
Macam perempuan la pulak.Saya boleh abaikan perkara ini kerana saya sekarang amalkan 5 Tabiat Hijrah Diri sempena tahun baharu 1439H
Ada idea nanti boleh la ulas lagi kot tabiat tersebut.
Begitulah ceritanya.
Jangan risau.
In shaa Allah jika diusahakan sungguh-sunguh pasti boleh diatasi.
Baiklah ada beberapa perkara yang saya nak kongsi juga dalam artikel ini.
Saya Copy And Paste dari Group Whatsapp.
Tentunya berkaitan isu rohani.
Alang-alang dah masuk tahun baharu 1439H.
Kita ambil inspirasi kisah di Turki.
Berikut ini adalah catatan perjalanan Ketua Umum BAZNAS Dr. KH. Didin Hafidhuddin, M.Sc saat mengunjungi Turki.
Cerita yang mengagumkan bukan tentang gemerlapan kota Istambul yang jelas terlihat dari pesawat apabila melintasi Eropah, atau para wanitanya yang berwajah cantik, tapi tentang kehidupan beragama yang semakin pesat luar biasa.
Turki benar-benar berubah 180 darjah sejak dipimpin Presiden Erdogan.
Hal yang sangat menakjubkan adalah suasana keagamaan rakyat Turki yang begitu hebat.
Sekarang masjid-masjid sangat ramai dengan pemuda yang beribadah dan juga kegiatan keislaman.
TERUTAMA yang paling mengagumkan adalah ketika waktu SOLAT SUBUH datang, masjid di Turki sangat penuh sesak dengan jamaah yang didominasi KAUM MUDA , suasana yang mirip dengan di Malaysia, pada solat Jumaat.
Dr. Didin mengingat kembali ketika dirinya berkunjung ke Turki sekitar tahun 1990-an, saat itu Turki masih sangat sekular.
Jangankan waktu solat subuh, dikala azan Maghrib pun tidak ada yang pergi solat berjamaah.
“Saat itu saya solat hanya dengan isteri dan anak, sebab tiada jamaah setempat yang datang.” jelas Dr Didin.
Luar biasa dan yang lebih mencengangkan para remaja Turki ke masjid dengan kereta mewah di parking di halaman masjid” ungkapnya.
Selain tingkat keagamaan masyarakat Turki yang menjadi lebih baik, kondisi ekonomi Turki saat ini juga sangat berkembang pesat.
Tanpa bantuan pinjaman luar negara. pemerintah Turki sanggup membangun, membuat perubahan signifikan dan mampu bersaing dengan negara maju dunia.
Peringkat ekonomi Turki melompat tinggi sekali dari 111 menjadi peringkat 16 dunia, sehingga saat ini Turki masuk daftar 20 negara kuat (G20).
Pendapatan perkapita penduduk pun naik dari $3500 USD (2003)..menjadi $11000 USD (2013).. dan terus melonjak.
Pemerintah Turki sebelumnya serius mencanangkan 3 Program Nasional iaitu:
1⃣ Gerakan Solat Subuh berjamaah di Masjid.
2⃣ Gerakan Infaq dan Sedekah.
3⃣ Gerakan Ekonomi Umat.
❤ Program terobosan GERAKAN solat SUBUH berjamaah di MASJID memperoleh sambutan luar biasa dari masyarakat, dengan hasil membanggakan.
Solat subuh menjadi sangat ramai seperti solat jumaat di Malaysia.
Tentu saja keberkatan solat subuh berjamaah mendapatkan hasil di luar jangkaan, dibuktikan dengan teratasinya berbagai kesulitan nasional Turki yang sebenarnya tidak mudah, apalagi Eropah beberapa tahun lalu menderita krisis ekonomi.
Apa khabar dengan Malaysia kita.. ?!
Bila lagi negara yang berpenduduk majoriti Muslim ini menjadi negara yang tingkat keagamaan yang tinggi.. ?!
Semoga tak lama lagi.
Aamiin.
❤ Jangan lupa kongikan info ini… agar semua MUSLIM MALAYSIA TERGERAK hatinya untuk melaksanakan SUBUH berjamaah di MASJID atau SURAU,
karena Allah sendiri yang menjamin kehidupan orang-orang yang mahu bergegas solat berjama’ah.
Dan solat yang PALING BERAT adalah solat SUBUH berjamaah di MASJID dan SURAU.
SEPERKARA lagi usahakan untuk solat dengan penuh KHUSYUK. [saya tambah sendiri]
Saya sertakan panduan bagaimana hendak solat dengan khusyuk.
Pembaca boleh akseskan panduan tersebut melalui banner dibawah:
Kesimpulan
Saya nak jadikan Maal Hijrah 1439H sebagai permulaan yang terbaik untuk saya berubah mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Mungkin saya tidak mampu melakukan berseorangan tanpa doa para pembaca semua.
Sekali lagikan doakan kejayaan saya untuk tahun 1439H.In shaa Allah saya juga berdoa untuk anda semua.
Sebagai bukti komitmen dan tindakan anda semua amatlah saya berbesar hati jika artikel ini dikongsikan kepada seramai yang boleh.
Selain itu jomlah sertai komuniti
Sekian.
Jumpa lagi
-mrhanafi-
[1 Awal Muharam 1439H]
Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Harap umat Islam hari ni lebih kuat imannya 😊
aamiin ..
semoga bermanfaat juga uamt Islam seluruh dunia
Selamat tahun baru.Kita mulakan tahun baru dengan keazaman baru.
in shaa Allah tuan..
sama-sama kita berazam.
Selamat tahun baru.Kita mulakan tahun baru dengan keazaman baru.
Memilik azam baru. Mulakan amalan tahun baru dengan doa tahun baru. Semoga kejayaan milik kita bersama
Alhamdulillah tuan.. Sama sama kita berazam. In shaa Allah
In sha Allah, semoga istiqomah dan semoga Allah permudahkan urusan kamu Ameen
aamiin dan terima kasih ..
semoga doa tersebut sama-sama dimakhbulkan untuk kita
Selamat menyambut tahun baru tuan…semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 yg lepas.amin…
aamiin dan terima kasih atas doa tersebut..
saya juga doa demikian juga buat saudara
selamat tahun baru. semoga blog semakin mantap di tahun baru ni
nikkhazami recently posted…Menu Best di Hayaki Cafe
Aamiin dan terima kasih Nik Khazami..
Gerak kerja mau lebih agresif la selepas ini.
Alhamdulillah turki yang dulu sekular dah bangkit ke arah islam semula
Kita ni yang declare negara islam bila lagi
Ibu Zaid recently posted…8 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Trimester 1 hingga 3 & Pantang larang hamil!
semoga negara kita bergerak ke arah Islamic Country..
berkatnya kepada semua masyarakat.
Nak tahu bagus atau tak masyarakat di sesuatu kawasan cuba solat subuh di surau tu
Kalau ramai
memang baguslah
Ibu Zaid recently posted…8 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Trimester 1 hingga 3 & Pantang larang hamil!
alhamdulillah tempat saya…
solat subuh ramai berjemaah.
Salam maal hijrah bro Hanafi.
ya..salam maal hijrah bro.
moga tahun ini lebih gempak dan outstanding
selamat tahun baru , semogahajat tercapai ye
lisak recently posted…Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29
aamiin dan terima kasih menghadiahkan doa untuk saya
Salam Maal Hijrah 1439H tuan hanafi
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Faedah Kolagen Bukan Setakat untuk KULIT, Tetapi Juga untuk SENDI RAWAN
terima kasih dan salam maal hijrah juga buat Puan Noriza
Dulu pernah saya buat.. Tulis blog hari hari..
Akibatnya tak ada orang nak baca hehehe..
Salam Ma’al Hijrah juga. Perkongsian menarik dari kisah Turki yang tuan paparkan. Turki juga adalah negara Islam pertama yang sampai ke Jepun melalui pelayaran dan pernah melintasi Selat Melaka kita untuk ke sana.
Negara Turki sangat istimewa.
Nak kata Eropahpun bukan.
Nak kata Arab pun susahnya.
Yang saya tahu kepupusan sistem khalifah bermula di negara tersebut