3 Mitos Tarik Trafik Ke Blog

tarik trafik blog

Tarik trafik ke blog adalah cabaran utama kepada saya.Dulu-dulu trafik blog saya ciput.Sekarangpun masih ciput.Sekondeng sana dan godek sini untuk mencari punca.Akhirnya menemui 3 mitos ini.

Mitos ini hanya sah untuk blog saya.Blog orang lain saya tidak tahu kerana Google Analytics,Jetpack dan Cpanel merupakan privasi kepada mana-mana blogger.

Hanya mereka sahaja yang tahu dan terpulang kepada mereka untuk bersikap terbuka atau dasar tutup pintu.

Awal-awal saya mengaku.Bukan mengaku kalah tetapi nak bagitau.Saya nak tulis ringkas dalam artikel ini.

Beberapa hari yang lepas saya telah menghasilkan penulisan panjang lebar dalam konten Pengenalan Bacaan Istighfar Yang Sempurna.

Siapa yang dah baca?

Tentu tahu.

Siapa yang belum baca?

Boleh bacalah selepas ini.

Adakah ini mitosnya?

trafik blog

Mitos 1:Setiap hari update blog boleh menaikkan trafik blog.

Saya menulis dan update blog ini hampir setiap hari.Diperhatikan trafik blog macam kaku.Sebab itu menjadi mitos.Dulu sama.Sekarang pun sama.Trafik tetap rendah biarpun artikel blog sentiasa bertambah.

Trafik jadi misteri Nusantara.

Mitos 2: Banyak blogwalking dapat tinggi trafik.

Buatlah blogwalking kepada 100 blog sehari.Peratusan untuk balas balik blogwakling sekitar 10-20 peratus.Jadi dapatlah 10-20 orang pelawat.Kadar referal dari blog pun boleh dikirakan hanya dari beberapa blog utama di Malaysia.

Senang cerita masih mitos lagi bab nie.

Mitos 3 : Share Konten Di Group Facebook dapat trafik meroket

Realitinya adalah dalam satu atau dua sahaja LIKE.Selain itu referal dari media sosial memang dalam 10 dan kebawah.Dahlah belum dapat viral.Orang nak jenguk dalam blog pun belum tentu.

Blog saya la tu. Blog orang lain tak la.

Mungkin ini puncanya?

1.Pemilihan topik kurang menarik

Salah siapa kalau bukan diri sendiri.Orang nak klik pun tak nak.Apatah lagi nak baca.Pembaca nak sesuatu yang menarik dan menimbulkan deria ingin tahu yang tinggi.

Ini tak,tulis blog sesuka hati.Siapa yang susah kalau bukan diri sendiri.Saya akui itulah kesilapan  saya.Orang akan kata.Tulah tak nak belajar sungguh-sungguh.

2.Bahasa penulisan lintang pukang

Orang baca pening kepala.Isi konten berterabur sana sini.Mesej yang nak disampaikan tak jelas dan tak cukup.Jadi pembaca rasa tidak berbaloi.Trafik tak naik.Darah pula yang jadi naik.

Akhirnya jadilah blogger mrhanafi menulis syok sendiri.Khayal dalam fatamorgana.Kasihankannya.

3.Sentuhan SEO belum menjadi

Saya akui sendiri blog ini hanyak memiliki satu sahaja konten  yang berada di halaman utama Google.Konten ini  menjadi carian utama organik berkaitan info yang bukan berbentuk komersial.

Artikel yang lain berada di kedudukan tercorot.Pemilihan kata kunci pula kurang menjadi biarpun kajian telah dibuat melalui Google Word Planner,KW Finder dan sigraph.com.

Nasib kau la Labu Labi.

Ini tindakan yang sepatutnya

Post mortem ini tidak lengkap.Masih tidak khusus dan tidak menyuruh.Namun sebagai tindakan permulaan saya harus follow dekat-dekat 3 blog ini.Blog yang dinyatakan ini mempunyai kadar trafik yang tinggi dan ada krebiliti yang terbaik.

1.Blog Wanyusof.com

Satu blog yang sangat ilmiah penulisannya namun santai dan bersahaja untuk dibaca.Pembaca akan dihidangkan dengan ilmu SEO di platform WordPress.

Bukan itu sahaja kepakaran tuan Wan Yusof turut terserlah dengan penulisan konten yang berautoriti dan berpengaruh.

Saya perlu membaca konten blog tersebut sebanyak yang boleh dan hadam satu persatu ieda yang disampaikan.

2.Blog Hasrulhassan.com

Saya kagum dengan blog yang ditulis oleh pakar blogspot Malaysia.Memang diakui artikelnya mengundang trafik yang mencanak setiap hari.

Topik yang ditulis ada pelbagai.Ia memang menepati sasaran pembaca dari golongan ibu muda,anak gadis remaja.Tidak terkecuali dari golongan bapa serta anak bujang teruna.

3.Blog Seocarabaik.com

Blog yang dimiliki oleh Saudara Syed memfokuskan kepada niche keyword.Dengan pemilihan keyword yang tepat dan pilihan ramai akan mengundang trafik yang kencang.

Perkara utama pastikan artikel tersebut berada di halaman utama.Barulah trafik boleh masuk dalam jangka masa panjang.

Penutup

Rupa-rupanya bukan senang nak tarik trafik ke blog.Banyak perkara untuk dipelajari dan diamalkan.

Ilmu buat dan ilmu tindakan .Dah buat dan dah bertindak barulah nampak hasilnya.

Belum tentu hasil yang terbaik tetapi jika dibuat selalu in shaa Allah menghasilkan kemahiran yang luarbiasa.Ketika itu dinamakan seni menulis yang boleh meledakan trafik blog.

Sekian salam sayang dari mrhanafi.

ps :Buat pilihan dibawah sebagai tanda sokongan dan ingatan tulus ikhas.Terima kasih tak terhingga saya ucapkan.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

 

 

Artikel berkaitan

20 thoughts on “3 Mitos Tarik Trafik Ke Blog

  1. saya tak fikir sangat pasal trafik ni. Post saya pun jarang-jarang. Saya berblogging seronok2 je. Nak post setiap hari macam bro memang tak mampu. kering idea

  2. GV akan bookmark artikel ni kat google lappy GV nanti. Banyak info bagus berkaitan trafik blog. Bahasa GV pun tunggang langgang juga. huhu. Just GV perasan kalu kat group FB tu, kalu cth kita wat artikel pasal Dato Siti dan share kat group facebook sitizoners, mmg trafik mencanak naik dan akan sustain untuk jangka masa agak lama. Tapi GV suka artikel Mr Hanafi sebab gunakan bahasa dan penjelasan yang sangat mudah difahami. Terbaik Mr Hanafi. 🙂

  3. Banyak benda nak difikirkan bila kita terjun dalam bidang blogging ni.
    1. Nak trafik?
    2. Nak ranking di page pertama google?
    3. Nak job advertorial!
    4. Nak dapat sale
    5. Nak dapat komisen
    6. Nak dapat banyak klik pada iklan

    Lepas tu bila bab SEO ni pulak, masuk page pertama belum tentu boleh dapat sale. Yang tu kena bukak kitab copywriting pulak 🙂
    sabree hussin recently posted…Iklan kerja data entry online dan office based yang boleh dipercayaiMy Profile

  4. Rasanya perlu juga ada niche walaupun bukan setiap hari post niche tersebut. Macam heroborneo dulukan ada pasal otak tu, pemikiran bawah sedar. Menarik apa.

    Teruskan menulis. Doa, usaha dan tawakkal biar seiring 🙂

    1. saya dah hampir melupakan heroborneo..

      sekarang fokus kepada masa sekarang dan akan datang pula..

      terima kasih kerana mmemberi pendapat yang bernas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge