Pengenalan Bacaan Istighfar Yang Lebih Sempurna

Saya selalu terdengar orang kata begini,bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan manusia mana yang tidak pernah dilanda masalah.

Masalah dan kehidupan saling melengkapi.Namun ramai yang tertewas dengan kehidupan apabila berdepan 1001 permasalahan.

Alhamdulillah sebagai orang Islam kita telah dibekalkan dengan ubat paling mujarab untuk solusi masalah.Ubat tersebut tak perlu beli di farmasi.Percuma untuk semua.Ubat itu adalah bacaan istighfar.

bacaan istighfar

Definisi Istighfar – Siapa Suruh?

Bacaan istighfar menurut Wikipedia adalah perbuatan memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba dengan upaya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi kepada Allah SWT.

Amalan beristighfar adalah tuntutan dari Al Quran,

“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan beristighfar kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” – (Surah An-Nasr: ayat 3)

Begitu juga dari Hadis Rasullullah saw,

“Barangsiapa senantiasa beristighfar, niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya kelapangan dan untuk setiap kesempitannya jalan keluar, dan akan diberi-Nya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (HR. Abu Daud)

Malah para ulama tersohor pun menyarankan kita untuk beristighfar sebagaimana pesan Imam Hasan al-Basri.

Penjelasan lanjut telah saya tulis dalam satu artikel Testinomi Istighfar Oleh Pengamal Tegar

Kelebihan Istighfar 100x

Sebut tentang pahala hanya Allah SWT yang tahu dengan setepatnya.Urusan kita berusaha untuk beristighfar paling kurang 100x.

Lagi banyak maka lagi bagus.

Baru-baru ini saya telefon kawan untuk bertanya khabar?

Kasihan dia dihimpit masalah yang boleh tahan hebatnya.Saya terus sarankan dia untuk baca istighfar paling kurang 100 kali.

Mari kita lihat kelebihan beristighfar.

1.Hati jadi tenang

Rasionalnya hati yang tenang adalah hati yang sentiasa teringat dengan Allah.Hanya kepada Allah sahaja tempat berserah dan bergantung sepenuh harap.

2.Mendekatkan diri kepada Allah.

Orang yang membuat dosa jauh dari Allah.Orang yang bertaubat dekat dengan Allah.Konsep mudah untuk difahami.Jadi beristighfar adalah pendekatann terbaik untuk berada dekat dengan Yang Maha Esa.

3.Melupuskan  dosa

Sifat Allah ialah Maha Pengampun.Harus disedari bahawa besar manapun dosa (tidak termasuk syirik) tetap Allah bagi pengampunan kepada hambanya yang ingin dan telah bertaubat.

4,Menjauhkan fikiran negatif

Ini yang terbaik.Beristighfar mampu menjauhkan perasangka buruk dan fikiran negatif.Mungkin pada orang lain.Mungkin juga kepada Allah SWT.

5.Sentiasa sedar diri

Ayat skema ‘sedar diri tu siapa’.Itu sesama manuasia.Yang ini lain.Kita sedar diri kita kepada Allah bahawa kita tiada apa-apa.Jadi dengan beristighfar maka automatik kita sedar diri bahawa kita tak la sehebat manapun.

6.Melancarkan aktiviti harian

Dari terbukanya mata pada waktu subuh sehingga terlelap semula selepas waktu Isyak  banyak perkara boleh berlaku.Jika nak semuanya berjalan lancar maka amalkan istighfar.Saya sendiri ada mengalami kelainan yang luarbiasa selepas selalu beristighar

7.Membuka pintu ke syurga

Hidup dalam dunia amat singkat.Entah esok lusa kita sudah tiada bernafas lagi.Tentu beruntung kalau sebelum ajal menjemput kita sempat bertaubat dan memohon keampuan.In shaa Allah pintu syurga terbuka untuk kita.

Kelebihan Istighfar Kalau 1000x Pula

Sekarang kita lihat apa kelebihan kalau beristighfar lebih banyak atau buat tanpa henti setiap hari.Pasti akan berlaku keajaiban Allah di dunia

Agak-agak kalau saya senaraikan kelebihan istighfar boleh cecah 1000 kebaikan.Lenguh nanti kalau nak baca.

Sebetulnya kelebihan adalah lanjutan dari point-point yang telah saya katakan.

Namun keajaiban yang saya senaraikan adalah bukti dalam sanad Al Quran.

1. Lapangkan rezeki seorang hamba

“Beristighfarlah kepada Tuhanmu – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun – niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan(pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. (QS. Nuh :10-12)

Dah jelas dengan istighfar para pengamal akan menjadi kaya,bahagia dan yang rezeki yang murah.Tak perlu bukti.Yang penting yakin dalam beramal.

2.Mendatangkan rahmat Allah

Perkataan Nabi Saleh a.s. kepada kaumnya (kaum tsamud) :  Dia berkata: “Hai kaumku mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum (kamu minta) kebaikan? Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat”. (QS. An-Naml : 46)

Sangat-sangat penting kerana seorang itu masuk Syurga bukan kerana amal tetapi kerana rahmat dari Allah.Perbetulkan saya kalau silap kerana itulah yang selalu ustaz bagitau dalam ceramah mereka.

Tidaklah bermakna kita beramal sambil lewa takut-takut dah la tiada amal dan tak dapat pula rahmat dari Allah SWT

Rugi sangat la kita di dunia dan beramal.

3.Menambah kekuatan peribadi orang Islam

Perkataan Nabi Hud a.s. kepada kaumnya ;

Dan (dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud : 52)

Saya bukan alim sangat pun.Bukan juga ahli agama.Namun saya faham dengan beristighfar,Allah akan mengurniakan kekuatan demi kekuatan keatas peribadi,fizikal dan mental kita.

Malah saya pernah terdengar para jemaaah di masjid berseloroh bahawa amalkan ayat tersebut sekiranya si suami kahwin berpoligami.Tak nak ulas lebih.

Saya dedahkan rahsia mereka dan dalam Islam tiada satupun ilmu yang boleh dirahsiakan.Sedangkan aib pun orang dedah sana sini.

4.Menjadikan wajah menjadi berseri dan bahagia pada hari pertemuannya dengan Allah

“Barangsiapa yang ingin bahagia dengan catatan amalnya (pada hari kiamat), hendaklah ia beristighfar kepada Allah.” (HR. Ath-Thabarani)

“Sangat beruntunglah orang yang menemukan bahwa pada catatan amalnya terdapat banyak istighfar.” (HR. Ibnu Majah)

Apa yang dikongsikan ini adalah dari hadis.Dua hadis yang popular.Biasa baca dan dengar dari kuliah pak Ustaz di masjid.

5.Datangkan hujan

Nabi Nuh a.s  dalam firman Q.S.  71  ayat  10-11  : ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat.

Istighfar merupakan salah satu amalan yang dapat mengundang hujan.Sebab itu ada cerita yang dikaitkan dengan Imam Hasan al Basri.

Boleh baca dalam artikel sebelum ini.Rujuk point di atas.

6.Sebab terkabulnya doa seorang hamba.

Nabi Yunus mengatakan: “Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri.” (QS. Hud: 87)

Di dalam perut ikan Nun, Yunus bertaubat meminta ampun dan pertolongan Allah, ia bertasbih selama 40 hari dengan berkata: “Laa ilaaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu minadzh dzhalimiin (Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang yang telah berbuat dhalim)”

Allah mendengar doa Yunus, dan Memerintahkan ikan nun mendamparkan Yunus di sebuah pantai.

Itu bukti yang sangat jelas bahawa doa orang beristighfar akan dimakbulkkan oleh Allah.Cepat atau lambat sahaja.Yang penting sabar.

Apa Dia Sayyidul Istighfar [Penghulu Segala Istighfar]

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَيِّدُ الْاِسْتِغْفارِ أَنْ يَقُوْلَ الْعَبْدُ: اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ ، لَا إِلٰـهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ ، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوْقِنًا بِهَا ، فَمَـاتَ مِنْ يوْمِهِ قَبْل أَنْ يُمْسِيَ ، فَهُو مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوْقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ .

Dari Syaddad bin Aus Radhiyallahu anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , “Sesungguhnya Istighfâr yang paling baik adalah seseorang hamba mengucapkan :

ALLAHUMMA ANTA RABBII LÂ ILÂHA ILLÂ ANTA KHALAQTANII WA ANA ‘ABDUKA WA ANA ‘ALA ‘AHDIKA WA WA’DIKA MASTATHA’TU A’ÛDZU BIKA MIN SYARRI MÂ SHANA’TU ABÛ`U LAKA BINI’MATIKA ‘ALAYYA WA ABÛ`U BIDZANBII FAGHFIRLÎ FA INNAHU LÂ YAGHFIRU ADZ DZUNÛBA ILLÂ ANTA

(Ya Allâh, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).

(Baginda bersabda) “Barangsiapa mengucapkannya di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu sore, maka ia termasuk penghuni surga. Barangsiapa membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk penghuni surga.

kredit : https://almanhaj.or.id

Saya petik dari satu portal web dari negara jiran.Dalam banyak bacaan istighfar saya akui inilah paling sempurna.Sebab itu dikatakan Penghulu Segala Istighfar atau Sayyidul Istighfar

Saya selitkan juga video berkaitan Sayyidul Istighfar agar lebih kefahaman dari segi pelaksanaan.In shaa Allah.

Doa Istighfar Yang Dibaca Rasulullah SAW

Saya bertanya kepada diri sendiri.Saya malu kepada Allah SWT kerana dosa-dosa yang banyak tidak terkira sama ada sedar atau tidak.

Sengnaja atau tidak.

Atas sebab itu saya merekodkan keseluruhannya Doa Istighfar Yang Dibaca Rasulullah SAW.

Mudah mudahan saya diberi kekuatan untuk beristighfar secara istiqamah dan penuh keikhlasan.

Rasullulah dan suri tauladan kita, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling banyak beristigfar dan bertaubat padahal beliau adalah orang yang telah diampuni dosa yang telah lalu dan akan datang. Sebagaimana hal ini terdapat pada firman Allah,

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا (1) لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا (2)

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata , supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan ni’mat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, (QS. Al Fath : 1-2)

Dalam kitab shohih, dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا صَلَّى قَامَ حَتَّى تَفَطَّرَ رِجْلاَهُ قَالَتْ عَائِشَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَصْنَعُ هَذَا وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَقَالَ « يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا ».

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terbiasa shalat sehingga kakinya pecah-pecah. Kemudian aku mengatakan kepada beliau, ‘Wahai rasulullah, kenapa engkau melakukan hal ini padahal engkau telah diampuni dosa yang telah lalu dan akan datang.’ Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur.” (HR. Muslim no. 7304)

Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan, “Inilah kekhususan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang seorang pun tidak ada yang menyamainya.

Tidak ada dalam satu hadits shohih pun yang menceritakan tentang balasan amalan kepada selain beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menyatakan bahwa dosanya yang telah lalu dan akan datang akan diampuni.

Inilah yang menunjukkan kemuliaan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam segala perkara ketaatan, kebaikan dan keistiqomahan yang tidak didapati oleh manusia selain beliau, baik dari orang yang terdahulu maupun orang yang belakangan. Beliaulah manusia yang paling sempurna secara mutlak dan beliaulah pemimpin (sayid) seluruh manusia di dunia dan akhirat.”

Walaupun dosa-dosa beliau telah diampuni, namun beliau shallalahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling banyak beristigfar di setiap waktu.

Para sahabat telah menghitung dalam setiap majlisnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terlihat paling banyak beristighfar.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)
Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ فَإِنِّى أَتُوبُ فِى الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ

Wahai sekalian manusia. Taubatlah (beristigfar) kepada Allah karena aku selalu bertaubat kepada-Nya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim)

Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu berkata,

كَانَ فِى لِسَانِى ذَرَبٌ عَلَى أَهْلِى لَمْ أَعْدُهُ إِلَى غَيْرِهِ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-

“Dulu lisanku biasa berbuat keji kepada keluargaku. Namun, aku tidaklah menganiaya yang lainnya. Kemudian aku menceritakan hal ini kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَيْنَ أَنْتَ مِنَ الاِسْتِغْفَارِ يَا حُذَيْفَةُ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ كُلَّ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

“Mana istigfarmu, wahai Hudzaifah? Sesungguhnya aku selalu beristigfar kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali dan aku juga bertaubat kepada-Nya.” (HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sabda Nabi ‘…إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ’ adalah shohih lighoirihi yaitu shohih namun dilihat dari jalur lainnya yang lebih kuat atau semisal dengannya.

Sedangkan sanad hadits ini dho’if)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

مَا أَصْبَحْتُ غَدَاةً قَطٌّ إِلاَّ اِسْتَغْفَرْتُ اللهَ مِائَةَ مَرَّةٍ

Tidaklah aku berada di pagi hari (antara terbit fajar hingga terbit matahari) kecuali aku beristigfar pada Allah sebanyak 100 kali.” (HR. An Nasa’i. Dishohihkan oleh Syaikh Al Albani di Silsilah Ash Shohihah no. 1600)

Dari Ibnu Umar, beliau mengatakan bahwa jika kami menghitung dzikir Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam satu majlis, beliau mengucapkan,

رَبِّ اغْفِرْ لِى وَتُبْ عَلَىَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Robbigfirliy wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rohim

[Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang] sebanyak 100 kali. (HR. Abu Daud. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ash Shohihah no. 556)

Faedah dari bacaan ini adalah sebagaimana yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sabdakan dari lanjutan hadits di atas,

وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهْوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهْوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ »

Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu sore, maka dia termasuk penghuni surga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni surga.

Hadits sayyidul istigfar ini meliputi makna taubat dan terdapat pula hak-hak keimanan. Di dalam hadits ini juga terkandung kemurnian ibadah dan kesempurnaan ketundukan serta perasaan sangat butuh kepada Allah. Sehingga bacaan dzikir ini melebihi bacaan istigfar lainnya karena keutamaan yang dimilikinya. –

Semoga kita termasuk orang yang selalu merutinkannya di setiap pagi dan petang.

Bacaan istighfar lainnya adalah sebagaimana terdapat dalam shohih Bukhari dari istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Aisyah radhiyallahu ‘anha. Aisyah berkata bahwa beliau mendengar

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (ketika menjelang kematiannya) sedang bersandar padanya. Lalu beliau mengucapkan,

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى وَارْحَمْنِى وَأَلْحِقْنِى بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى

Ya Allah, ampunilah aku, kasihilah aku dan kumpulkanlah aku bersama orang-orang sholih.” (HR. Bukhari no. 5674. Lihat Al Muntaqho Syar Al Muwatho’)

Jadi lihatlah kehidupan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang setiap waktunya selalu diisi dengan istighfar bahkan sampai akhir hayat hidupnya pun beliau tidak lepas dari amalan tersebut.

Sebagaimana beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam selalu mengakhiri amalan-amalan sholihnya seperti solat, haji, shalat malam dengan istighfar, beliau juga mengakhiri hidupnya dengan istighfar.

Jika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam saja yang sudah dijamin dosanya yang telah lalu dan akan datang akan diampuni, bagaimana lagi dengan kita yang tidak dijamin seperti itu[?] Sungguh, kita sebenarnya yang lebih pantas untuk bertaubat dan beristighfar setiap saat karena dosa kita yang begitu banyak dan tidak pernah bosan-bosannya kita lakukan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta’ala berfirman,

يَا عِبَادِى إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِى أَغْفِرْ لَكُمْ

“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kalian berbuat dosa di waktu siang dan malam, dan Aku mengampuni dosa-dosa itu semuanya, maka mintalah ampun kepada-Ku, pasti Aku mengampuni kalian.” (HR. Muslim no. 6737)

Semoga Allah mengaruniakan kita untuk selalu mengikuti jejak beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam. Semoga Allah memberikan kepada kita akhir hidup yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Mengabulkan do’a.

kredit kepada  https://rumaysho.com

Penutup dan kesimpulannya

Alhamdulillah.

Selesai satu konten panjang tentang bacaan istighfar yang sempurna.

Ada cerita menarik disebalik penulisan konten ini.Sebabnya adalah seperti berikut.

Teruskan bacaan.

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan blogger saya iaitu Saudara Syed .

Saranan Saudara Syed dalam Macam Mana Nak Tulis Artikel Yang Buat Orang Baca telah mendorong saya menulis topik istighfar.

Saya amat mengalu-alukan tindakan beliau agar mutu penulisan saya lebih baik dan matang.Semua ini untuk manfaat para pembaca juga.

Dalam pada itu saya juga memohon para pembaca yang ada mengamalkan bacaan istighfar tolonglah sedekahkan  bacaan istighfar kepada Blogger Suria penulis blog Lekat Lekit Dot Com.

Beliau hadapi ujian dunia yang gentir.Sedekahkan bacaan istighfar untuknya supaya dia diberi Allah SWYT jalan kemenangan.

Atas doa,perhatian dan ihsan semua,saya mewakilinya mengucapkan terima kasih tak tak terhingga.Hanya Allah SWT yang mampu membalas sumbangan tuan dan puan.

Selain itu juga saya ajak umat Islam di rantau Nusantara untuk terus menerus beristighfar.

Hadirkan niat untuk memberi kemenangan kepada pejuang Palestine yang mempertahankan kesucian Masjid Al Ansar dari dinodai oleh rejim Zionis laknatullah.

Allahu Akbhar.

Sekian.Salam perjuangan dari mrhanafi

 

 

(Visited 86 times, 1 visits today)

24 thoughts on “Pengenalan Bacaan Istighfar Yang Lebih Sempurna”

  1. Terbaik, walau pun panjang tapi sempurna. Bagus untuk peringatan diri saya yg pelupa.

    Thank you tuan. Hope more to come from you as good as this entry.

  2. SubhanaAllah.Rerima kasih perkongsian ini.Kita tahu istighfar tapi mungkin kurang tahu manfaatnya dan kesan kepada si pengamalnya…alhamdulillah perkongsian ini sangat membantu.

    1. Alhamdulliah..

      ramai yang tak amal kerana tak tahu kot..

      macam Al Quran sendiri..

      kalau sedar hakikat ramai yang sanggup beramal dengan Al Quran

  3. Alhamdulillah, perkongsian yang sangat menarik dan mengingatkan sesama muslim bahawa kekuatan Ayat Al-Quran yang boleh kita gunakan sebagai mendekatkan lagi hamba dengan penciptaNya…..

    1. ya..memang panjang..

      ikutkan hati saya nak tarik sehingga 3K patah perkataan

      kalau nak baca boleh tengok bahagian mana yang disukai..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge