Begitu lama saya hilang dari radar blogging. Rasa bersalah pun ada, kalau-kalau ada orang yang mencari.
Rasanya tiada la kot. Lain la blogger yang popular dan tersohor.
Namun jauh terdetik dalam hati, mungkin ada yang tertanya-tanya sihat ke Mrhanafi?
Alhamdullillah saya sihat dan baik-baik saja.
Antara faktor hilang dari radar blogging kerana kesibukan mengurus hal dunia yang entah apa-apa.
Selain rasa kurang rajin untuk menaip atau mengemas kini aktiviti buat tatapan khalayak.
Untuk makluman, saya tidak aktif di Facebook, Tiktok dan Youtube.
Keaktifan saya di media sosial semakin menurun semenjak usia hampir menginjak separuh abad ini.
Kurang aktif ada baiknya juga.
Sudut baik yang pertama kerana saya banyak masa untuk aktiviti offline.
Keduanya mengurangkan kesesakan informasi dalam fikiran terutama saya bekerja memang dalam industri media.
Sekurang-kurangnya selepas waktu bekerja adalah healing time buat saya.
Namun blogging saya tetap teruskan kerana itulah platform saya belajar menulis dengan lebih baik, mencanai buah fikiran dan curhat hati yang bukan bersifat peribadi.
Sebab itu saya letak tajuk alamak blogging lagi.
Ya saya blogger dan blogging adalah passion hingga ke akhir hayat.
In sha Allah.
Tentulah belum terlambat saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat rakan-rakan blogger semua.
Kita layan dulu lagu ini Alamak Raya Lagi.
Terkurus lepas Ramadhan sangat bonus. Ada juga yg naik berat sebab lepas terawih sibuk bermoreh yg berat2.
hahaha..terkurus itu senang nak naik balik
memang tidak dinafikan ada yang termontel pada Raya kali ini
Iya cukup lama juga menghilang dari dunia perbloggingan,.kluarga dan dunia nyata memang sepatutnya di utamakan..mohon maaf lahir batin 🙏
ya agak lama tapi tetap akan muncul semula tau…
dalam bulan syawal ini kita kosong-kosong ye
Kalau saya aktif menulis juga aktif di youtube
ya demi mencari berlian buat makan 😀
Ayo aktif lagi, selamat idul fitri
Alhamdulillah, jika punya kabar baik
alhamdulillah..
saya usahakan untuk aktif
kalau ada idea yang best..mahu juga aktif di Youtube
sayaaaa termasuk yg bertanya2 kenapa Abang tak update tulisan 😄. beberapa kali mampir sini, tapi tak ada yg baru. saya pikir memang sibuk karena raya ☺️
isssh lagu alamak itu tenaaar sangat kan, terngiang2 dalam kepala hahahahahha. sampai2 anak2 di sini seriiing sangat menyanyikan lagu ini 🤣
itulah yang saya risaukam kalau ada yang cari kehilangan saya dalam radar blogging…
BTW memang sibuk dan cara untuk rehat juga
Selamat hari raya, Encik Hanafi. Maap zahir batin, ya. Cantik gambar satu famili.
Saya faham perasaan tu, time out sekejap dari dunia blog dan media sosial. Aman damai, dan jadi lebih produktif settlekan kerja offline. Dah tua-tua camtu ler. Hehe…
Terima kasih Puan Nur…itulah foto family yg ok…Yang lain tak berapa ok..sebab sy kurang cun dalam gambar hahaha
Sekali sekala best juga tidak aktif dalam sunia online
Selamat Hari Raya Tuan…semoga dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Zaki recently posted…TELEFILEM RENDANG BUATAN TIMAH
selamat Hari Raya juga..
Moga bertemu lagi Raya pada tahun yang akan datang
Sayapun tidak aktif di media sosial lain cuma blog yang memberi keseronokan pada saya.
Baguslah kalau begitu…
boleh jimat masa untuk aktiviti sosial yang lain
ldy kalau BW mmg akn pergi terjah ke semua blog dlm friendlist.. maka kalau blog x update mmg ldy akn tertanya2 jugalah…
Betul tu…
kalau lama tak update pasti akan tertanya-tanya juga
risau kalau ada apa-apa yang berlaku ke atas mereka
Selamat Hari Raya MrHanafi. Untung terkurus lepas puasa, mcm kmk tok sik juak kurus2 walaupun sik giney2 makan. Cabaran perempuan lepas umur 40an, metabolisme pun dah menurun.
sik kurus pun sik apa juak..
yang penting Allah merik kesihatan terbaik.
perkara biasa apabila wanita atau lelaki atas umut 40-an memang hormon tidak sewaktu muda lagi
dan lagi kan nak wish selamat hari raya utk en hanafi sekeluarga…
media social ni smpi bla2 pun tak habis…
kena pla ada gosip panas sana sini
lagi semak kepala dibuatnya
terinma kasih atas ucapan Raya
betul…isu media sosial tak akan habis sampai bila-bila
di umur skrg.. dgn anak 4 org yg masih bersekolah ..mmg tiada masa nak bermain di platform media sosial seperti fb, ig dan nak update blog pun bukan mudah nak ada masa..
betul tuan..
dunia kita sudah berubah dan tidak seperti zaman muda-muda lagi