Pengalaman bergelap selama 11 minit

Tempoh 11 minit ini sangat singkat sebenarnya. Namun apabila dihayati memberi kesan mendalam apabila dikaitkan dengan suasana di Gaza ketika ini.

Saya sempat menyahut cabaran Solidariti Pembebasan Palestin dengan bergelap selama 11 minit.

Itu di Malaysia dan kita alhamdulillah masih selesa lagi dengan keamanan sedia ada.

Di Gaza sudah sudah tiada elektrik, internet, bahan api, makanan, air, bahan ubatan dan segala keperluan yang diperlukan oleh manusia.

Bayangkan keperitan dan kesusahan mereka.

Sudah pasti kita tidak mampu membayangkan keadaan tersebut.

Paling sadis apabila hospital dibedil dan diserang tentera rejim Zionis dalam jarak 20 meter.

Memang sasaran mereka kepada orang yang tidak terdaya seperti kanak-kanak, bayi dan orang yang sudah cedera.

WAJIB BACA :   Kegembiraan 80 peratus…

Kematian demi kematian berlaku.

Misi utama melenyapkan Genting Gaza dari peta dunia.

Setelah itu mereka akan menghancurkan kawasan Masjid Al-Aqsa demi mengapai impian membina Solomon Temple.

Sehingga artikel ini dicoretkan, angin gencatan senjata atau perdamaian belum lagi kedengaran.

Negara-negara besar dan kaya di rantau Arab seperti tidak terdaya lagi untuk mengekang keganasan regim Israel dan sekutu mereka.

Lebih-lebih lagi kepada negara yang sudah mengakui normalisasi dengan negara Israel.

Berbalik kita kepada topik bergelap 11 minit.

Tak nampak apa pun…

Ketika dalam gelap begitu saya membayangkan keadaan di Gaza ketika waktu malam.

Pengalaman bergelap bukan asing kepada saya secara peribadi.

Misal Earth Hour yang bergelap selama satu jam.

WAJIB BACA :   Belajar Dari Pakar Internet Untuk Buat Duit

Dalam satu jam tersebut paling sesuai jika putuskan semua peralatan yang menggunakan elektrik.

Memang terasa tidak selesa dan janggal.

Namun memberi pengalaman yang menarik kerana setahun sekali.

Lagipun program sukarela begini untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik serta memanjang hayat bumi.

Apa-apapun teruskan berdoa untuk Palestin agar mereka menang, berjaya dan terus kuat hadapi ujian yang sangat berat.

Aamiin.

34 thoughts on “Pengalaman bergelap selama 11 minit”

  1. kalau sukarela enggak apa bang,biar bisa juga merasakan penderitaan rakyat di Palestine , beda cerita tempat saya mati lampu berturut-turut.

    Reply
  2. Solomon temple tu alasan diorg je. pd hal perkara sbnr nak jarah tanah palestin habis habisan. x sedar diri punya penjajah!

    sy x sempt nk bergelap sbb x de masa tu

    Reply
        • .mustahil mereka melenyapkan bangsa Palestin yang sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam..

          Gaza musnah tetapi Palestin di Tebing Barat boleh bangkit menyerang mereka

          Kalau bersandarkan hadis..kaum Yahudi akan musnah dan bri kemenangan kepada orang Islam

          Reply
  3. selalu Abang… ga berhenti doa dipanjatkan untuk saudara muslim di sana. kalo ttg sokongan dari Negara2 muslim lainnya, ntahlaah, macam hopeless saya. negara Asean saja yg tidak jalin hubungan dengan kaum laknat itu cuma indonesia, Brunei dan Malaysia. 😔. semoga yaa hasil keputusan rapat OKI kemarin bisa ada manfaatnya untuk kemerdekaan Palestin.

    Reply
    • Indonesia saya respek…usaha mereka lebih kedepan beranding negara lain.
      selain ada hospital (sekarang dah kena bom) negara Indonesia hantar kapal hospital

      Reply
  4. Bagusnya Encik Hanafi. Saya ketinggalan keretapi. Apa pun, bagus, dapat juga selami sedikit bagaimana keadaan di sana. Memang zalim. Dia orang memang betul-betul nak hapuskan orang Palestin. Saya dah tak sanggup tengok.

    Reply
  5. Alhamdulillah di tempat saya (Paris 3, Kinabatangan) berjaya ikut bersolidariti bergelap cuma di tempat saya panjang gelapnya dari jam 6:30 petang sehingga 7:55 pagi esoknya. Bila disiasat punca kenapa lama sangat, rupanya tiang elektrik dilanggar oleh kenderaan sehingga wayarnya putus 😂
    AhmadiKatu recently posted…Anakanda Surat Ini Buat Mu 1My Profile

    Reply
  6. Kita buat apa yang termampu untuk membantu saudara kita di Palestin. Tidak sanggup dah baca berita terkini tentang kekejaman ke atas mereka sebenarnya

    Reply
    • saya faham ..ada yang tidak tahan dengan apa ayang erlaku di sana.

      secara peribadi…saya pun tidak sanggup juga untuk mengemas kini perkara tesebut

      Reply
  7. Israhell memang sedang membuat pembersihan etnik palestine sebab tu mereke cuba membunuh seramai mana yang mungkin. Insyallah kita jgn putus doa untuk rakyat palestin Amin

    Reply
  8. Kami pun ikut bergelap pada malam 11/11 sambil pasang qunut nazilah berulang kali. Anak tanya kenapa kita tutup lampu, kami beritahu untuk rasai keadaan yang berlaku di Palestin sekarang. Air mata saya tumpah lagi malam itu tapi macam biasa, bila light on semua taktau yang saya dah menangis. Mak2 mesti pandai cover muka 🙂

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge