Selamat hari jadi CODE007

Selamat hari jadi CODE007. Siapa pulak dia tu? CODE007 merujuk kepada sayalah orangnya. Sengaja nak nama yang mudah ingat untuk akaun di TikTok. Sebelum saya guna nama tersebut, terfikir juga nak guna nama sebenar atau mrhanafi. Tak jadi pulak sebab saya nak cipta sedikit kelainan. Akhirnya saya buat keputusan juga guna CODE007. Maka terhasillah video … Read more

Salam Maal Hijrah 1448

Syukur alhamudlillah masih diberi peluang dan rezeki untuk bertemu tahun 1448 hijrah. Sebagaimana saban tahun kita akan melaungkan harapan dan azam untuk berhijrah dari tabiat, amalan, sikap dan tindakan yang kurang baik menjadi lebih baik. Berdasarkan artikel tahun 1447 hijrah, saya ada menulis 3 azam Maal Hijrah demi kejayaan, kekayaan dan ketenangan. Dalam artikel tersebut saya … Read more

Kenapa saya uninstall Thread ?

Satu persatu media sosial saya jauhi bermula dengan Facebook dan kini beralih kepada Thread. Dunia kini sangat bising atau noise dengan lambakan info, hiburan, fakta dan auta. Jadi sebagai cara untuk mengurang dan mengawal ‘noise ‘daripada media sosial saya nekad untuk uninstall Thread daripada telefon. Bagaimanapun Thread di Laptop saya masih kekalkan kerana ada urusan … Read more

Cuti panjang, balik kampung dan jalan sakan

Bulan Mei antara tempoh yang paling mencabar buat saya tahun ini. Bukan soal krisis tenaga atau isu Timur Tengah ataupun kemelut Teluk Hormuz. Tapi kisah peribadi yang membawa seribu satu cerita, pengalaman dan pengajaran . Mana tidaknya, dari 17 hingga 20 Mei saya berpeluang ke Shah Alam atas urusan tertentu. Jika ditanya sama ada seronok atau … Read more

Hari pertama ‘fly and travel’ ke Semenanjung Malaysia

Pada 17 Mei 2026, saya berkesempatan untuk ‘fly’ dengan pakej penuh tajaan syarikat ke Semenanjung Malaysia. Dulu pernah sekali kira-kira sebelum Covid-19 yakni pada tahun 2019 untuk siri jelajah Kelantan. Pada kali ini, saya terpilih untuk mengikut kursus digital bersama tiga orang rakan sekerja yang lain. Venue kursus kami di Shah Alam yakni di Shah … Read more

Kalau dapat RM1 juta, apa nak buat?

Saya dan angan-angan bagaikan aur dengan tebing. Mana mungkin dipisahkan seperti ombak dengan pantai atau kuku dengan isi. Daripada berfikiran negatif, risau tak tentu pasal dan buruk sangka tanpa sebab alangkah bestnya berangan-angan untuk dapat RM1 juta. Dapat juga menaikkan hormon serotonin iaitu hormon kebahagiaan dalam melayari hidup ini. Jika dapat RM1 juta saya akan … Read more