Kenapa saya uninstall Thread ?

Satu persatu media sosial saya jauhi bermula dengan Facebook dan kini beralih kepada Thread.

Dunia kini sangat bising atau noise dengan lambakan info, hiburan, fakta dan auta.

Jadi sebagai cara untuk mengurang dan mengawal ‘noise ‘daripada media sosial saya nekad untuk uninstall Thread daripada telefon.

Bagaimanapun Thread di Laptop saya masih kekalkan kerana ada urusan kerja untuk berbuat demikian.

Sehingga ke hari ini masih berjaya tidak buka Thread di telefon dan kadang-kadang di laptop.

Kesannya  cukup positif dan masa saya ada lebihan masa untuk perkara di luar talian.

Ini tidak bermaksud saya anti teknologi tetapi sebagai cara ampuh untuk mengawal diri dari terbabas terlalu jauh dalam dunia penuh pancaroba.

WAJIB BACA :   3 Langkah Untuk Kaya Raya

Tetapi sebelum itu saya terjumpa ada orang kongsikan perkara tentang Uncle Gedek di Thread.

 

View on Threads

 

 

Boleh semak di sini untuk kepastian.

Sehingga kita jumpa lagi, saya ucapkan selamat menyambul Maal Hijrah 1448

[Edisi 1 Muharram 1448]

 

8 thoughts on “Kenapa saya uninstall Thread ?”

  1. Alahai cutenya uncle & aunty kita ni 😀

    Sy dah hampir sebulan tak tengok TT. alhamdulillah kepala rasa ringan, tak perlu ambil tahu hal orang, or over stimulate our brain dan rasa lebih tenang. FB dah lama saya tinggalkan.

    Reply
    • Tahniah Puan Hazel kerana berjaya tak layan TT dan FB.

      Blog masih ok kerana cirle yang baik-baik ada dalam tu.

      Lagi pun kita ada kawalan masa untuk tengok atau lawat blog .

      Reply
  2. Saya pun sudah coba hapus Facebook dan Thread. Pusing rasanya tiap buka aplikasi itu, banyak informasi yang tak perlu, dan banyak buzzer pula.
    Cuma kalau untuk instagram, saya belum bisa. Sebab banyak pekerjaan sehari-hari yang mengharuskan buka app itu.
    Akhirnya saya memilih untuk deactivate account saja 🙁

    Reply
  3. KSarie memang tidak pernah install Thread. Sosial media yang lain masih ada. Tapi kalau terbuka FB ke apa-apa memang kadang-kadang KSarie jadi ralit dan lagho sakan. Hmmmmm. Kena slow-slow kurangkan screen time nampaknya ye

    Reply
  4. Uncle tak pernah ada akaun Threads… Belum rasa nak ada lagi… Biar dulu lah….

    Uncle maklum juga tentang video TT uncle yg di kongsi di Threads… Sebab Suria hubungi uncle terlebih dahulu minta kebenaran untk dia repost di medsos mereka… Hehehe…

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge