Bulan Mei antara tempoh yang paling mencabar buat saya tahun ini. Bukan soal krisis tenaga atau isu Timur Tengah ataupun kemelut Teluk Hormuz.
Tapi kisah peribadi yang membawa seribu satu cerita, pengalaman dan pengajaran .
Mana tidaknya, dari 17 hingga 20 Mei saya berpeluang ke Shah Alam atas urusan tertentu.
Jika ditanya sama ada seronok atau tidak, sudah tentu ada seronok.
Namun, jika tidak pergi lagi seronok la jawapnya.
Tidak lama selepas itu, dari 28 Mei hingga 1 Jun pula, saya pulang ke kampung halaman di Pekan Dalat.
Kepulangan kali ini bukan soal bercuti semata-mata, sebaliknya untuk melawat ibu bapa dan meluangkan masa bersama keluarga.
Dalam masa yang sama, saya mengambil kesempatan membawa keluarga bersiar-siar dan menikmati suasana kampung.
Perjalanan dari Kota Samarahan ke Dalat mengambil masa hampir lapan jam, manakala perjalanan pulang sekitar tujuh jam.
Biasalah apabila memandu sendiri, ada banyak persinggahan di sepanjang jalan dan tidak perlu terlalu mengejar masa.
Ketika berada di kampung, aktiviti kami agak sederhana.
Selain mengunjungi Pasar Sabtu Oya, kami turut melalui Jambatan Igan dan Jambatan Batang Lupar 1 yang kini menjadi perhatian ramai di media sosial.

Cuma saya berkesempatan untuk ambil video sebagai kenang-kenangan atau bukti kepada diri sendiri.
Lagipun, selepas berjam-jam berada di dalam kereta, keinginan untuk berehat jauh mengatasi keinginan untuk bergambar.
Bayangkan sahaja, hampir empat jam perjalanan diperlukan dari Mukah sebelum tiba di kawasan jambatan tersebut.
Memang memenatkan, tetapi itulah antara kenangan yang mewarnai cuti panjang kali ini — ada yang menggembirakan, ada yang menguji kesabaran.
Cuti panjang kali ini mungkin tidak sempurna, namun setiap perjalanan yang ditempuhi meninggalkan cerita tersendiri.
Ada yang menggembirakan, ada yang memenatkan, dan ada juga yang akan terus menjadi kenangan untuk dikenang pada masa hadapan.

Alhamdulillah berpeluang balik kampung ziarah keluarga. Penat yang berbaloi hendaknya.
Itulah yang paling penting sekali..
Ziarah kedua orang tua.
Jalan jauh pun kena hadap juga
Ya Allah jauhnya tempuh perjalanan. Hehe cuti panjang alhamdulillah.
Sarawak memang cuti sakan kepada mereka yang bekerja ofis hours.
tapi untuk saya tidak juga..
jauh perjalanan luas pemandangan. bila dah tua2 ni malas plak nak memandu jauh2 tp kalau terpaksa terpaksa jua ku lakukan….huhuhuhu…
Abam Kie recently posted…Kos Kerja Kahwin dan Realiti Kewangan
Tulah sebabnya.
Memang malas juga nak jalan-jalan jauh tapi jika terpaksa apa boleh buat kan
Masya-Allah, jauhnya perjalanan Encik Hanafi sekeluarga untuk pulang ke kampung. Jambatan pun cantik, walaupun belum siap sepenuhnya. Salam AidilAdha, Encik Hanafi, walaupun sudah lepas.
Memang jauh dan Sarawak juga luas sungguh.
Perjalanan dari satu daerah ke daerah yang lain umpama negeri ke negeri jiak di semenanjung.
Terima kasih Puan Nur…selamat hari raya kurban juga.
Road trip memang best sebab dapat singgah mana-mana tempat yang kita rasa hendak tersinggah kan. Tapi bila jauh perjalanannya memang buat rasa penat dan mood hendak bergambar itu agak kurang. Sabah dan Sarawak banyak tempat semulajadi cantik yang molek untuk diambil gambar
Betul..
Sarawak dan Sabah ada banyak tempat untuk dilawati juga dan sesuai untuk mereka yang suka dengan alam semula jadi
best kalau boleh pergi Sarawak, dalam Malaysia semua negeri sudah kawe lawati.
kecuali Sarawak, belum berpeluang teroka Sarawak lagi
Snapbackpacker recently posted…7 Destinasi Luar Negara Yang Lebih Murah Dari Bercuti Dalam Malaysia
Kalau macam tu..jom la ke Sarawak.
Ada rezeki masa boleh la kita jumpa seketika
Wah 350km lebih, jauh betulll mas hanafi.
Jaga kesehatan diri dan keluarga yaaa
Memang jauh dan cukup meletihkan perjalanan tersebut
Apa-apapun semuanya sudah berlalu dan berlaku
serunya road trip abaaaaang 👍👍. tp bagi driver pastilah penaaat yaaa. 😅. macam saya dan suami, yg Drive hanya dia. jadi macam ke JKT – Medan yg mengambil masa 6 hari jalur Darat, pastilah suami langsung lebih suka istirahat selama di Medan 🤣.
Happy kalau bisa ketemu orangtua di kampung ☺️☺️. penat pun berasa hilang setelah lihat wajah mereka yg gembira ketika anaknya datang
Bagi driver memang penat giler wei tapi tetap puas seban dapat jumpa orang tua di kampung.